Kerana kelalaian orang lain menjadi mangsa

GRIK: Tidak sampai sehari tragedi tiga maut di sini, satu lagi kejadian hampir sama berulang, juga membabitkan kematian pasangan suami isteri dan pertembungan dua kereta, petang kelmarin. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 3.30 petang hari kedua Aidiladha itu, dua maut manakala enam cedera termasuk tiga parah apabila dua kereta bertembung, dekat Tasik Banding, Kilometer 48, Jalan Raya Timur–Barat (JRTB). Mangsa yang maut ialah suami isteri warga emas iaitu Zainal Amran Mohamed Ali, 66, dan Suhaimah @ Sahemah Mohd Ali, 62, beralamat di 323, Laluan Taman Meru, Ipoh. Mereka penumpang kereta Proton Saga yang dirempuh Toyota SEG dari arah bertentangan. Suhaimah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zainal Amran mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Grik (HG). Mangsa bersama tiga yang lain, menaiki Proton Saga yang baru dibeli tiga hari lalu dan dalam perjalanan secara berkonvoi ke majlis menyambut menantu di Tanah Merah, Kelantan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Tragis ibu bapa mati bersama

IPOH: “Sebelum ini, ramai saudara-mara dan kenalan lama ibu bapa sering bergurau mengatakan mereka pasangan sehidup semati kerana tidak pernah berenggang walau ke mana sekali pun, termasuk ke kedai runcit berhampiran rumah.“Saya tidak sangka kata-kata gurauan itu jadi kenyataan apabila mereka berdua pergi meninggalkan kami sekeluarga serentak dan lebih menyedihkan, ia berlaku di depan mata kami,” kata Izma Zainal Amran, 36, anak perempuan pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Grik, petang kelmarin. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang di Kilometer 48, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Zainal Amran Mohamed Ali, 66, dan isteri, Suhaimah @ Sahemah Mohd Ali, 62, terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lain dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju.

Lebih tragis, kemalangan itu berlaku di depan ahli keluarga yang menaiki empat lagi kenderaan di belakang ketika dalam perjalanan ke majlis menyambut menantu di Tanah Merah, Kelantan. “Kereta Proton Saga itu baru saja dibeli arwah bapa tiga hari lalu dan ia pertama kali digunakan semalam (kelmarin) untuk menghantar adik perempuan saya, Intan Azida, 29, ke rumah mentuanya di Tanah Merah selepas melangsungkan perkahwinan di sini pada 22 November lalu. “Kami menaiki lima kenderaan dengan arwah ibu dan bapa menaiki kereta nombor dua di belakang kereta dipandu Intan Azida, manakala saya dalam kereta keempat. “Kejadian berlaku terlalu pantas. Sebaik tiba di kawasan berselekoh di tempat kejadian, saya lihat kereta Toyota itu meluru laju dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kereta dinaiki ibu dan bapa saya yang dipandu adik bapa, Shahrul Na’am, 27,” kata Izma yang ditemui selepas pengebumian ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini, petang semalam.

Menurutnya, kereta di belakang kenderaan dinaiki ibu dan bapanya yang dipandu bapa saudaranya terpaksa mengelak daripada melanggar mereka sehingga memasuki longkang di tepi jalan. “Pilu hati kami semua melihat ibu yang mengalami pendarahan teruk di kepala manakala bapa lemah tetapi tidak mengalami kecederaan luaran. “Sebaik menarik keluar semua lima ahli keluarga kami daripada kenderaan yang remuk teruk itu, kereta berkenaan terbakar.“Saya sempat mengajar ibu mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di depan kami manakala bapa pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Grik,” katanya. Menurut Izma, doktor memberitahu bapanya mengalami kecederaan dalaman teruk akibat impak rempuhan manakala ibu pula parah di leher.“Saya sedih dan terkilan kerana ketika kejadian, semua kenderaan rombongan kami dipandu perlahan memandangkan jalan berkenaan bahaya dan banyak selekoh. “Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dan anggap ia takdir kerana Allah lebih menyayangi mereka,” katanya sebak.

Sementara itu, Intan Azida berkata, majlis menyambut menantu di rumah suaminya di Tanah Merah ditukar majlis tahlil kerana semua persediaan sudah dilakukan termasuk menyembelih seekor lembu.“Keluarga suami turut sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku pada hari bahagia saya. Jika pemandu kereta itu memandu secara berhemah, mungkin kejadian ini tidak berlaku.“Saya anggap kejadian ini takdir dan ujian. Namun jauh di lubuk hati, saya anggap tragedi ini ada hikmahnya kerana arwah ibu dan bapa pasangan paling bahagia dan seperti sudah berjanji sehidup semati,” katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kedua2 arwah merupakan teman baik ayahanda bonda. Mereka seringkali bertemu dimasjid. Bonda pula tidak habis2 memuji akan kebaikkan arwah isteri yang sangat baik budi bahasanya, begitu juga dengan arwah suaminya. Terkilan sekali kerana mereka meninggal dunia dek kerana kecuaian orang lain. Lebih menyedihkan hati mereka sekeluarga berkonvoi untuk ke majlis bertandang di Kelantan. Walhal pada pagi itu arwah suami masih lagi berada dimasjid kerana menguruskan ibadah korban dimasjid taman meru sebelum bertolak ke sana. Sudah tertulis mereka pergi bersama2. Tinggallah anak2 menjadi yatim piatu. Tinggallah rumah yang kini tiada berpenghuni. Tinggallah segala kenangan sebagai tanda ingatan pada mereka yang masih hidup.

Dek kerana kebaikkan mereka ayahanda pernah menyuarakan hasrat pada bonda untuk menjodohkan saya dengan anak arwah. Semuanya bermula apabila arwah mengadu pada ayahanda akan kebimbangannya pada anak terunanya yang masih membujang. Susah betul nak kawin! itulah bebelan arwah. Kata ayahanda pula,' sekurang2nya dia lelaki, anak saya tu perempuan, pun susah nak kawin juga, entah apa ler yang dia cari!' Rupanya apabila pulang ke rumah hasrat itu dinyatakan pada bonda, 'cubalah awak tanya pada kak mah tu nak tak kita berbesan?'. Ketawa saya mendengar cerita bonda maklum sajalah ayahanda tidak pernah berbuat demikian. Ayahanda juga tidak pernah berceritakan hal ini pada saya. Jadi saya anggap itu sekadar hajat ayahanda semata2 kerana tidak pernah dinyatakan pada empunya badan. Apa pun jodoh pertemuan itu ditangan ilahi, seperti pasangan arwah telah tertulis mereka sehidup semati hingga ke akhir hayat. Moga ditempatkan roh mereka dikalangan orang2 yang beriman & beramal soleh. Alfatihah.

2 comments:

Dura said...

innalillah wainnalillah hirojiun ...alfatihah untuk arwah suami isteri ..jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah ..
Memang sakit hati bila ada yg meninggal dunia disebabkan kelalaian orang lain..sedih sebab masih ramai yg tak tahu dan jugak tak pernah ambil tahu cara memandu yg berhemah :(

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

pemandu kat msia je yg berani mati...kat negara lain semua jenis sayang nyawa...tu pasal kat msia je ada mat2 rempit.