Selamat Pengantin Baru Zurd!

Alhamdulillah akhirnya Zurd telah sah menjadi isteri orang. Lebih bermakna Zurd memilih 18 Disember bersamaan dengan Maal Hijrah mengikut tahun baru islam untuk hari istimewanya, bermulalah penghijrahan & kehidupan baru sebagai isteri pula selepas ini.

Nampaknya mudah untuk saya mengingati ulangtahun perkahwinan mereka kerana bersamaan dengan tarikh harijadi saya juga. (Kalau saya punya calon tentu saya juga memilih tarikh yang sama kerana jarang2 sekali ada perayaan yang disambut pada tarikh tersebut apatah lagi maal hijrah).

Sejak dari awal lagi Zurd meminta saya menemaninya sewaktu majlis akad nikah tapi disebabkan saya datang bersama rombongan yang sedari awal memang sudah dijangka akan kelewatan mereka makanya saya tidak dapat turut serta pada majlis pernikahan itu. Tidak mengapalah yang pasti semuanya sudah selamat.

Sewaktu dalam perjalanan ke rumah Zurd hujan turun selebat2nya, habis basah kuyup saya dibuatnya tapi demi Zurd kami semua tiba juga. Kata Zurd, hujan turun dengan lebat sepanjang majlis pernikahannya tapi sebaik selesai majlis hujan pun turut reda. Barangkali hujan rahmat seperti kata orang.
Memandangkan Zurd tidak bersanding selepas majlis akad nikah maka tidak banyak gambar yang dapat saya ambil selain daripada berposing sesama sendiri walaupun dalam keadaan basah kuyup, lebih malang hanya saya seorang sahaja yang kebasahan seperti orang baru keluar dari telaga! Apa pun tahniah buat Zurd & pasangan. Semoga bahagia hendaknya sampai ke hujung nyawa. Selamat pengantin baru :-D
Nota : dulu sama2 pergi kursus kahwin dengan Zurd, agak2nya giliran siapa pula selepas ni ye?

0 comments: