Kisah Raya Haji

Saya kembali ke Ipoh pada hari khamis malam jumaat, ingatkan bila dah mula cuti sekolah sejak minggu lepas keadaan jalanraya tidak akan sesak, tapi jangkaan saya silap apabila kereta mula bergerak perlahan sejak dari tol Jalan Duta lagi, menuju ke utara. Bayangkan perjalanan dari Jalan Duta ke jejantas Sg Buloh yg mengambil masa tidak sampai 10 minit terpaksa saya harungi selama 1 jam 15 minit! Kalau berlari pun dah lama sampai!

Saya bertolak dari rumah pada jam 8.45 malam, sampai di jejantas Sg Buloh sudah jam 10 malam, perut pula sudah berdendang pelbagai lagu! daripada saya meneruskan perjalanan yang membosankan lebih baik saya melayan perut & berhenti seketika, tambahan pula saya memandu berseorangan kerana adik2 sudah pulang lebih awal. Dengan badan yang semakin letih & mata yang semakin layu saya pandu juga sampai ke Ipoh & alhamdulillah dapat tiba dengan selamat walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi! Ayahanda pula sedia menunggu didepan pintu pagar kerana bimbangkan keselamatan si anak sampai tak senang tidur! Terharu rasanya.

Pagi raya kami sekeluarga menunaikan solat raya di masjid berdekatan. Dek kerana keletihan saya cuma berehat dirumah menikmati juadah yang telah disediakan bonda. Nasi Dagang, Rendang, Nasi Impit & kuah Kacang sudah menjadi hidangan wajib kami setiap kali raya. Bahkan jika tidak kerana hari raya pun bonda suka menyediakan hidangan yang sama kerana memang itu kegemaran kami semua. Waktu petang mereka semua berangkat pulang ke Grik melawat keluarga disana kecuali saya yang tinggal berseorangan melayani rancangan2 tv & mengemas apa2 yang patut. Memang dari awal saya tidak mahu kemana2 kerana perlukan rehat yang secukupnya!

Keesokkan harinya kami bertandang ke rumah ibu saudara yang terletak tidak jauh dari rumah saya di Desa Chepor (DC). Kiranya saya bakal menjadi jiran mereka sekiranya saya berpindah secara rasmi ke DC nanti. Seronok dapat berkumpul ramai2 begini. Memasak & bergossip sama2 meriah! Maklumlah sekali sekala bertemu macam2 perkara yang hendak diceritakan!

Kesempatan pulang ke Ipoh membolehkan saya menjenguk rumah DC, sudah lama saya tidak kesana. Rupanya ayahanda & bonda saban hari bertandang ke rumah saya. Itu belum lagi saya masukkan segala furniture, kalau tidak mahu mereka menetap disitu agaknya. Sejak pencen ayahanda memang suka bercucuk tanam, habis segala jenis tanaman yang ditanam dirumah DC. Dari kacang tanah, jagung, pokok mangga, pokok rambutan, serai, tembikai macam2 pun ada. Bila dapat hasilnya nanti bolehlah dijual pula :-D

Nota : kata bonda, sekiranya ayahanda tiada nanti sekurang2nya ada juga peninggalan yang ditinggalkan untuk saya sebagai ingatan. Jaga & sayangilah ia dengan baik. Sudah tentu!

2 comments:

Dura said...

terharu bila ayah mu setia menunggu sampai awal pagi..lagi terharu bila dia bercucuk tanam semata mata untuk anaknya..itulah dia kasih ayah ..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

itu yg touching tu, lately ni makin terserlah kasih sayangnya, itu belum lagi masuk kerja2 lain, tolong bayarkan duit rumah kat bank, bil2 air & api, jumpa lawyer, developer & segala yg berkaitan ngan umah DC tu dia yang tolong buatkan...uwaaaa terharu tau!