Kisah Raya Haji

Saya kembali ke Ipoh pada hari khamis malam jumaat, ingatkan bila dah mula cuti sekolah sejak minggu lepas keadaan jalanraya tidak akan sesak, tapi jangkaan saya silap apabila kereta mula bergerak perlahan sejak dari tol Jalan Duta lagi, menuju ke utara. Bayangkan perjalanan dari Jalan Duta ke jejantas Sg Buloh yg mengambil masa tidak sampai 10 minit terpaksa saya harungi selama 1 jam 15 minit! Kalau berlari pun dah lama sampai!

Saya bertolak dari rumah pada jam 8.45 malam, sampai di jejantas Sg Buloh sudah jam 10 malam, perut pula sudah berdendang pelbagai lagu! daripada saya meneruskan perjalanan yang membosankan lebih baik saya melayan perut & berhenti seketika, tambahan pula saya memandu berseorangan kerana adik2 sudah pulang lebih awal. Dengan badan yang semakin letih & mata yang semakin layu saya pandu juga sampai ke Ipoh & alhamdulillah dapat tiba dengan selamat walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi! Ayahanda pula sedia menunggu didepan pintu pagar kerana bimbangkan keselamatan si anak sampai tak senang tidur! Terharu rasanya.

Pagi raya kami sekeluarga menunaikan solat raya di masjid berdekatan. Dek kerana keletihan saya cuma berehat dirumah menikmati juadah yang telah disediakan bonda. Nasi Dagang, Rendang, Nasi Impit & kuah Kacang sudah menjadi hidangan wajib kami setiap kali raya. Bahkan jika tidak kerana hari raya pun bonda suka menyediakan hidangan yang sama kerana memang itu kegemaran kami semua. Waktu petang mereka semua berangkat pulang ke Grik melawat keluarga disana kecuali saya yang tinggal berseorangan melayani rancangan2 tv & mengemas apa2 yang patut. Memang dari awal saya tidak mahu kemana2 kerana perlukan rehat yang secukupnya!

Keesokkan harinya kami bertandang ke rumah ibu saudara yang terletak tidak jauh dari rumah saya di Desa Chepor (DC). Kiranya saya bakal menjadi jiran mereka sekiranya saya berpindah secara rasmi ke DC nanti. Seronok dapat berkumpul ramai2 begini. Memasak & bergossip sama2 meriah! Maklumlah sekali sekala bertemu macam2 perkara yang hendak diceritakan!

Kesempatan pulang ke Ipoh membolehkan saya menjenguk rumah DC, sudah lama saya tidak kesana. Rupanya ayahanda & bonda saban hari bertandang ke rumah saya. Itu belum lagi saya masukkan segala furniture, kalau tidak mahu mereka menetap disitu agaknya. Sejak pencen ayahanda memang suka bercucuk tanam, habis segala jenis tanaman yang ditanam dirumah DC. Dari kacang tanah, jagung, pokok mangga, pokok rambutan, serai, tembikai macam2 pun ada. Bila dapat hasilnya nanti bolehlah dijual pula :-D

Nota : kata bonda, sekiranya ayahanda tiada nanti sekurang2nya ada juga peninggalan yang ditinggalkan untuk saya sebagai ingatan. Jaga & sayangilah ia dengan baik. Sudah tentu!

Cable Cross


Ini peralatan kegemaran saya jika berkunjung ke Fitness First pada hari minggu, kalau hari biasa jangan harap dapat pegang alat ni disebabkan ramai bodybuilders yang berlatih ditingkat atas. Kebetulan cuma ada satu sahaja yang disediakan di Fitness First jadi siapa cepat dia dapat! Sebab itu saya suka berada seawal jam 7am pada hari minggu, selain daripada nak bermain cable cross ditingkat atas, tidak ramai yang datang berkunjung ke gym pada hari minggu. Itu yang paling saya suka! Macam2 latihan dapat dilakukan dengan cable cross ni, kalau ada sebiji begini dirumah memang berotot2 lengan saya agaknya! Ini memang sesuai untuk otot2 dibahagian lengan, abs, hamstring dsb. Kalau tiba waktu saya bermain dengan cable cross ni jangan harap orang lain dapat pegang! Kalau nak juga terpaksalah menunggu sekurang2nya 1 - 1 1/2 jam. Nasiblah!
Nota : saya telah meng'upgrade'kan membership saya ke PLATINUM bermakna kontrak saya bersama Fitness First akan ditambah setahun lagi & membolehkan saya berkunjung ke Fitness First terbesar yang bakal dibuka di Subang Jaya pada March 2010 ...yeay!!

Macam2 Hal

Perihal Gym

Mulai minggu lepas saya terpaksa mulakan diet kembali, kali ni yang lebih ekstrem memandangkan berat saya telah naik 300 gram dari 2 minggu lepas. Memanglah tak sampai sekati pun tapi kadang2 rasa segala usaha saya seperti sia2 saja. Sejak dulu saya tidak punya masalah untuk menurunkan 10kg dlm tempoh 3 bulan pertama, cuma selepas ini saya harus berusaha lebih kuat lagi sehingga mendapat berat yg sesuai dengan saya. Kenapalah lemak2 ni degil sangat, separuh mati saya melompat di gym tapi ada masa memang tiada perubahan langsung! Kalau diingat2 kembali rasa menyesal pula 'menaikkan' badan dulu! Waktu tu rasa rimas bila orang asyik kata badan ni kurus keremping sampaikan nak cari seluar jeans pun tiada size, almaklumlah pinggang pun size 24 je mengalahkan pinggang supermodel. Sekarang pun pinggang ala2 model juga cuma model iklan beras :-p

Sepatutnya minggu lepas merupakan latihan terakhir bersama trainer saya tapi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan maka latihan terpaksa disambung selepas raya haji nanti. Inilah yang paling saya benci sebab apabila pulang ke kampung halaman sudah pastinya juadah ibu akan merosakkan diet saya! Mana mungkin saya menahan godaan dari semua itu.

Perihal Kerja

Kerja pula memang tak pernah habis & tak akan habis selagi bernyawa & bekerja. Entah sampai bila mahu bekerja disini saya pun tidak tahu. Kadang2 rasa nak berhenti sahaja! Kalau tak kerana hutang piutang barangkali bekerja di bahagian cashier atau menyusun barang di Tesco pun tidak mengapa! Tapi jangan harap ler dapat berjoli katak sebab tak cukup duit nak menampung semua keinginan tu. Almaklumlah keinginan tu besar tapi qada diri tu tak banyak duit. Sabar je lah

Perihal Keluarga

Bangga saya dapat melihat anak2 saudara yang semakin membesar & bijak. Rasa seperti baru semalam saya memangku mereka tapi sekarang masing2 sudah menunjukkan prestasi yang terbaik di sekolah masing2. Daniel memang sejak kecil terserlah sifat kebijaksanaannya sedangkan Adam lebih berminat pada barang2 permainan. Kalau pergi ke Jusco menjadi satu perkara wajib untuk membeli buku di MPH, itu syarat Daniel tapi Adam lebih berminat pada buku2 kartun kegemaran seperti Spiderman, Superman, Batman, Ben10 & entah apa jenis MAN lagi. Jadi apabila Adam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang memang ada yang tidak sangka. Tapi sejak dahulu saya perasan Adam memang tidak gemar membuat homework, kalau ada pun memang dia akan buat last minute & sambil lewa sahaja. Tapi alhamdulillah dia seorang yang mudah menghafal setiap apa yang diajarkan. Bahkan kalau diajar mengaji dia lebih mudah menghafal. Saya selalu berdoa dipanjangkan umur olehNya agar dapat melihat kejayaan mereka apabila dewasa kelak.

Nota : bilalah boleh dapat hidup dengan aman & jauh dari segala masalah yang membebankan!

Kahwin

Siapa yg tidak mahu berkahwin? Bukankah kita dijadikan untuk hidup berpasangan? Saya juga tidak pernah kata yg saya tidak mahu berkahwin langsung cuma saya rasa buat masa ini saya tidak berminat ke arah itu. Saya pernah merancang utk berumahtangga 10 tahun yg lalu tetapi jodoh pula tidak lama. Selepas 3 tahun kemudian saya mula bersedia untuk mencari pasangan yang sesuai buat peneman hidup saya. Tapi mungkin waktu itu saya hanya bersedia dibibir sahaja sedangkan dihati saya tidak berminat langsung ke arah itu. Kerana itu setiap jodoh yg datang semuanya tidak dapat bertahan lama.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun apa yang boleh saya katakan sesungguhnya saya sangat bahagia melalui fasa hidup saya kini tanpa pasangan! Mungkin orang akan menganggap saya ego atau berbangga diri kononnya dapat hidup tanpa lelaki, tapi pada saya apa guna ada suami jika hidup penuh bebanan! Ya memang benar tidak ada rumahtangga yang bahagia sepanjang hayat, dalam kehidupan berumahtangga sudah pasti ada pasang surutnya cuma mungkin disebabkan telah lama hidup bersendirian saya rasa semakin gembira dengan kehidupan sekarang.

Bukan ibubapa saya tidak pernah menegur tapi selalunya saya buat endah tak endah sahaja. Bukan juga saya tidak memberi ruang hati untuk mengenali mana2 lelaki tetapi ibu saya pula selalunya berlainan pendapat dengan saya. Sejak dahulu setiap lelaki yang berkawan dengan saya akan dipantau oleh ibu. Tidak seperti adik beradik yang lain ibu saya lebih bersifat terbuka terhadap mereka. Semuanya kerana saya lebih berminat pada lelaki bangsa lain sedangkan ibu saya telah menetapkan syarat bahawa saya mesti berkahwin bukan sahaja dengan lelaki islam bahkan dia semestinya lelaki melayu! Lain pula dengan ayahanda saya, beliau lebih bersifat terbuka dalam banyak perkara kerana itu apabila mendapat tahu saya pernah berkawan dengan lelaki yang tidak seagama dengan saya beliau tidak terus melenting.

Walaupun saya pernah menyayangi lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya itu tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu menderhaka pada ibu saya, tambahan pula sejak dahulu saya memang dah kerap menderhakai ibu terutamanya apabila berbicara bab lelaki! Entah kenapa atas nasihat ayahanda, saya meninggalkan dia walaupun masih ada perasaan sayang yang menebal pada waktu itu. Pada saya walau sejauh mana kasih sayang saya pada dia tidak dapat ditukar ganti dengan kasih sayang keluarga sendiri. Lelaki boleh dicari keluarga tiada tukar ganti, bahkan mungkin saya akan dapat lelaki yang lebih baik, insyaAllah...

Saya tidak pernah membenci lelaki melayu cuma saya lebih berminat pada lelaki bukan melayu, mungkin disebabkan kebanyakkan mereka yang bukan sebangsa dengan saya lebih gentleman & bersifat terbuka dalam banyak perkara. Bukan juga saya tidak pernah memberi ruang untuk mengenali lelaki melayu tetapi saya rasa mereka 'lebih takut' pada saya! Kononnya kerjaya & pangkat saya membuatkan mereka takut untuk mendekati saya. Terpulanglah, pada saya dalam usia sebegini saya harus ada kerjaya yg stabil & aset untuk jaminan dimasa depan, saya juga tidak mahu lelaki mendekati saya hanya sekadar untuk menumpang apa yang telah sedia ada sahaja! Bukankah menjadi tanggungjawab mereka juga menyediakan keperluan itu untuk masa depan anak2 & isteri mereka nanti?

Jangan sesekali menganggap seolah saya terlalu memilih kononnya hanya memandang lelaki berharta semata. Saya hampir dijodohkan dengan lelaki yang kaya raya tetapi jodoh kami tidak sampai. Kalau saya gilakan harta & kebendaannya sudah pasti sedaya upaya saya akan mengejar & mendapatkan dia tapi tidak! Tidak perlulah bersusah payah bersengkang mata bekerja kuat apatah lagi dia mampu memberi kemewahan yang melimpah buat saya. Mungkin kebetulan, setiap lelaki yang dikenalkan kepada saya kebanyakkannya berharta, tapi bukan itu yang saya cari. Memang benar wang itu penting tapi bukan itu keutamaan saya. Dalam soal jodoh saya hanya inginkan seseorang yang serasi dengan saya & pastinya dia juga semestinya punya jaminan masa depan. Saya tidak mencari kesempurnaan dalam sesuatu perhubungan kerana saya juga tidak sempurna.

Walaupun mungkin agak lewat saya yakin jodoh saya akan tiba juga suatu hari nanti. Saya juga mengharapkan ibu akan lebih bersifat terbuka & dapat menerima sesiapa sahaja yang telah ditakdirkan untuk saya, bahkan kalau sudah tertulis jodoh saya bersama lelaki melayu saya tetap akan menerima seadanya. Melihatkan kebahagian adik2 bersama keluarga mereka selalu terbit keinginan dihati untuk berkahwin tetapi apabila melihat perceraian yg terjadi pada sepupu saya membuatkan saya takut untuk berumahtangga. Tetapi dalam hidup tentulah ada pasang surutnya, jika tidak nanti tak meriah pula kehidupan kita dimuka bumi.

Nota : walaupun jauh disudut hati saya masih tidak bersedia untuk berumahtangga lagi namun saya tetap mengharapkan suatu hari nanti ditemukan olehNya jodoh yang terbaik buat saya & sentiasa memohon kepadaNya agak dibukakan hati saya untuk menerima seseorang dalam hidup.

Hi-tea sambil bergossip

Susah sekali nak menemukan kami bertiga, biasalah masing2 ada saja alasan. Walaupun kami semua menetap di KL tapi nak jumpa sekali sekala tu pun terpaksa menunggu berbulan2 lamanya. Jadi apabila nyah (gelaran utk pn mazita kita) menelefon & mengajak utk hi-tea bagai pucuk dicita ulam mendatang! waktu itu saya masih berkira2 samada hendak pergi ataupun tidak memandangkan saya harus memulakan program diet kembali setelah puas menambahkan kalori yang sedia banyaknya sejak aidilfitri yang lalu. Tambahan pula keesokkan harinya saya ada kelas bersama trainer setelah sekian lama asyik tertangguh dek kerana kesibukkan masing2.

Seperti biasalah kalau bertemu kisahnya asyik berkisarkan tentang hal rumahtangga masing2, saya yang tidak berumahtangga ni sekadar menjadi pendengar sajalah. Nak komen lebih2 pun saya tidak berani, sekadar meluahkan apa yang perlu sahaja. Apapun saya sangat mengagumi ketabahan & kekuatan yang ada pada Amy, kalau ini terjadi pada saya entah apalah yang akan saya lakukan! Saya pernah melihat Amy mengharungi semua ini sewaktu dia putus tunang beberapa tahun lalu, mungkin kerana itu apabila terjadi perpisahan didalam perkahwinan yang dibina tidak sampai 3 tahun dia nampak lebih tenang walau dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui. Kata Amy, dia harus kuat demi anaknya Rania.

Amy yang saya kenali sejak kecil adalah antara sepupu yang paling rapat dengan saya. Kami berkongsi banyak cerita suka & duka bersama tetapi Amy memang pandai menyimpan sesuatu rahsia! Kalau berbual bersamanya kita tidak akan tahu akan masalah berat yang sedang dialaminya, itu satu kekuatan yang ada pada Amy & pastinya tidak ada pada saya! Sewaktu mendengar berita perpisahan mereka beberapa bulan lalu, saya hanya terbayangkan nasib Amy & si kecil yang baru lahir itu. Kasihan Rania yang tidak mengerti apa2. Sampai kini setiap kali memandang Rania hati saya merasa sebak, tambahan pula dia manja dengan saya. Kesian si kecil yang tidak berdosa itu. Memang berat sekali dugaan buat Amy sejak dahulu. Selalu dia bertanya pada saya apakah salah dia sehingga selalu ditinggalkan. Wahai Amy, sesungguh mereka tidak tahu menghargai kamu, percayalah ada insan yang lebih baik buatmu dimasa akan datang. Bukankah telah tertulis jodoh yang terbaik itu untuk mereka yang terbaik?

Nota : sesekali terfikir elok juga saya tidak berumahtangga daripada dibebani masalah begini tapi itulah adat resam dalam rumahtangga, ada pasang surutnya. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apapun kekuatan & kesabaran tu harus ada sebelum melayari bahtera rumahtangga bersama2.