Nasi


Siapa kata saya tidak makan nasi langsung? Sesekali keinginan tu tetap ada cuma saya perlu pastikan nasi yang diambil cuma dari beras perang. Sewaktu mula2 pergi ke gym dahulu memang saya tolak nasi terus, ada masanya saya tidak makan apa2 pun selain daripada minum air kosong dalam kuantiti yg banyak sebelum memulakan rutin harian di gym. Kalaulah trainer saya tahu memang kena membebel lah jawabnya!

Kalau pulang ke Ipoh memang tiada istilah diet langsung, apa saja yang bonda masak semuanya akan masuk ke perut saya! Tiada pantang larang selain drp pantang tengok! Sebab tu saya tak berapa suka berada lama dikampung halaman sebab berat saya akan naik mendadak apabila kembali nanti.

Ini menu saya untuk semalam. Nasi goreng sayur caca merba namanya. Ada ayam, kentang, carrot, kacang peas, lettuce, telur & cili api yang sewajibnya ada, kalau tidak alamat tak lalu nak makan! Sayur semestinya diletakkan sebanyak mungkin.

Nasi goreng ni saya tidak makan sekaligus, sedikit diwaktu rehat, separuh diwaktu makan tengahari, selebihnya pada waktu petang. Memang kerap sbb beras perang memang tidak mengenyangkan langsung pada saya. Malam sebolehnya tidak makan selepas jam 8 malam. Cuma ada ketika apabila pulang dari gym jam 11 malam perut mula terasa lapar, jadi jalan yang mudah adalah dengan membancuh milo panas, rehat seketika & kemudian boleh tidur.

Sesiapa yang sanggup makan seperti saya bolehlah ikut. Ada juga yang kata saya seperti menyeksa diri kerana tidak makan seperti orang lain. Rasanya mereka lebih menyeksa diri sendiri kerana makan tidak ikut seperti yang sepatutnya. Diet itu bukanlah tidak makan langsung tapi makanlah mengikut kadar tertentu disamping senaman yang sesuai agar tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Ini sekadar pendapat saya, setiap dari kita mempunyai tahap kesihatan & keperluan yang berbeza terhadap anggota badan masing2. Kita yang menentukan corak kehidupan kita. Jangan sampai dah terbaring dikatil hospital waktu itu baru menyesal kerana mengabaikan kesihatan diri.

Nota : mati akan tetap datang kepada kita cuma kalau boleh saya tidak mahu mati disebabkan kelalaian saya kerana tidak menjaga tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah dengan baik. Andai perut mampu berkata2.....


0 comments: