Selamat tinggal 2009

Tirai 2009 akan berlabuh, terasa cepat benar masa berlalu. Apa yang saya pelajari sepanjang tahun ini? hmmm...salah satunya menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan saya akan meneruskan aktiviti ini selagi terdaya. Letih? Sangat2 meletihkan tapi akhirnya menjadi sebahagian drp minat saya. Apabila punya minat kita akan melakukannya sebaik mungkin.
Saya mengharapkan sinar kebahagiaan akan menjelma ditahun baru nanti & sentiasa mengingatkan diri untuk menjadi yang lebih baik drp sebelumnya! Besar harapan saya jika niat untuk mengerjakan umrah dapat ditunaikan pada tahun 2010. Rasanya sudah sampai seru untuk saya ke sana, kalau hendak tunggu bersedia sampai bila pun saya tidak tahu. Saya akan mendoakan yang terbaik utk ahli keluarga sekalian, teman2 & rakan taulan serta seluruh umat islam semoga kita sentiasa diberkati & dirahmati, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & sentiasa berada disalam keadaan sihat agar kita dapat beribadah kepada-Nya, insyaAllah.
Nota : Semoga dipermudahkan perjalanan kita di tahun baru ini. Selamat datang 2010!

2 comments:

Dura said...

2009 & tahun2 sebelumnya yg byk meninggalkan kisah suka & duka..insyallah semoga hidup kita akan terus & lebih diberkati..aminnnn...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

awal2 tahun 2009 aku dah buka diari kisah sedih....hopefully this year xde lagi yg suwei...hehehe...moga kita sama2 akan menjadi yg lebih baik, insyaAllah