Puasa 6

Diam tak diam hari ni dah 10 syawal, sekejapnya masa berlalu rasa macam baru je beraya 2-3 hari lepas. Sejak dari minggu lepas undangan rumah terbuka tidak henti2 bahkan sampai minggu2 terakhir syawal pun masih ada yang menjemput bertandang ke rumah. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan tidak bertindih dengan jadual, saya akan sampai juga nanti. Almaklumlah teman2 yang rapat dengan saya memang sedia maklum kalau nak bertemu dengan saya harus membuat temujanji sebulan lebih awal atau sekurang2nya 2 minggu awal. Saya pula jenis yang suka merancang aktiviti sebulan lebih awal, kerana itu kadang2 ada juga kawan2 yang berkecil hati kononnya saya tidak sudi keluar bersama mereka.

Ramadhan dah berlalu, syawal pun dah hampir ke pertengahan rasanya dah tiba masa untuk berpuasa 6 pula, kalau lambat2 takut nanti rugi pula dek kerana terleka. Saya rasa minggu ni saya nak berpuasa 3 hari & selebihnya sambung pada minggu hadapan pula. Sekurang2nya dapat juga perut saya berehat sementara setelah 'penat bekerja' sepanjang raya. Sudahlah sepanjang ramadhan saya asyik mengambil makanan berat setiap kali berbuka kini ditambah pula aktiviti ke rumah terbuka disana sini, kadangkala timbul rasa bersalah yang amat sangat pada perut saya. Yang hairan tu bila tidak berpuasa tidak pula saya meragam nak makan itu ini tapi bila bulan puasa ada je yang saya idamkan! Boleh dikatakan sepanjang berbuka di bulan ramadhan baru2 ni menu utama saya adalah nasi, tapi jika berpuasa sunat pada hari2 biasa tidak pula saya teringin nak makan nasi, pernah suatu masa saya cuma minum air sebanyak mungkin dan mengambil sedikit makanan ringan sebelum melakukan aktiviti di gym, nasib baik tak pengsan atas treadmill! Tapi begitulah, kekadang mungkin sebab ikutkan nafsu semata2, teringin itu ini walhal tak makan beria pun.

Nota : dah tengah2 raya ni baru teringin nak makan rendang & lemang!

2 comments:

Dura said...

betul tu Elly . bila dah terlalu byk sgt jemputan ..kalau tak pegi nanti ada plak yg kecil hati..adohaiiii.. puasa 6 pun boleh terganggu dek rumah2 yg sentiasa terbuka sana sini ..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

tu ler secepat mungkin nak habiskan puasa 6 ngan puasa ganti skali, pastu boleh kuar beraya sakan lagi...hahaha...kat KL ni biasa ler selagi dlm bulan syawal selagi tu ler open house disana sini.