Duit Raya

Seperti biasa setiap kali tibanya perayaan company saya akan memberikan duit raya! Selalunya saya akan membeli sesuatu yang boleh dilihat atau dipakai sebagai tanda kenangan. Kalau tahun lepas saya membeli beberapa pasang kasut tapi tahun ni saya bertukar ke peralatan senaman pula. Dah lama saya berhajat nak membeli alatan senaman ni. Lain kali sudah tiada alasan untuk tidak bersenam sekalipun sedang bercuti!

Malam tadi juga saya bergegas ke Fitness Concept di Jusco Cheras Selatan. Memang tak boleh tunggu lama takut nanti saya membeli benda lain pula. Dengan duit raya tu saya dapat membeli 2 Dumbell masing2 seberat 3lb & 5lb dan juga exercise ball bersaiz L. Sebelum kaki saya melangkah ke ladies dept lebih baik saya pulang dahulu. Tahu sajalah kalau sudah masuk kesana alamat saya akan pulang dengan beg2 plastik ditangan! Untuk beberapa bulan saya perlu menahan diri drp membeli pakaian baru, lagipun baju yang ada sudah penuh dalam almari, bergantungan sana sini, yang masih baru & tidak boleh dipakai pun masih ada lagi.

Yang ini produk Herbalife pemberian big boss saya. Ini boleh dikira sebagai hadiah hari rayalah! Kalau nak harap saya beli semua ni memang mahal harganya! Kebetulan company saya terlibat dalam setiap event Herbalife diserata Asia, jadi setiap kali selepas event kami boleh mendapat produk Herbalife secara percuma! Saya ni dah seperti 'guinea pig' yang dijadikan sebagai 'bahan ujikaji'! Memang saya yang paling berdisiplin bila makan produk Herbalife ni, memandangkan ramai yang tidak sukakan rasanya maka semua produk Herbalife tu saya sapu licin! Saya tak nafikan memang produk Herbalife sangat bagus, sebelum ini pun saya pernah mencuba dan berat saya turun sehingga 11kg dalam tempoh kurang dari 3 bulan. Tetapi saya tidak boleh bergantung sepenuhnya pada produk ni sebab badan saya pernah naik kembali ke asal selepas saya berhenti pengambilannya seketika. Memandangkan sekarang saya akan kembali ke Fitness First tiada masalah untuk mencuba produk ini lagi. Jadi saya tidak perlu risau kerana walaupun saya mengambil produk Herbalife di waktu yang sama saya masih melakukan senaman di Gym.
Terima kasih pada big boss saya yang sentiasa membawa pulang produk Herbalife & mahu melihat saya kembali ke bentuk badan asal. (Saya telah mengenali & bekerja dengan beliau selama berbelas tahun jadi dia pernah lihat saya dari zaman kurus melidi sehingga menjadi comel seperti sekarang!)
Nota : berhati2 jika membeli produk pelangsingan badan dipasaran kerana tidak semuanya bagus! Saya percaya dengan senaman yang baik & makanan yang seimbang adalah perlu untuk menjamin kesihatan badan sepanjang masa.

2 comments:

Dura said...

kat sini si herba life ni memang fofuler kat org hispanic ..tak tau ler kenapa..ramai dia punya dealer/agent dia asyik org ni ajer. Ex -opis mate aku dulu dok siap meng usher aku beli produk dia lagi..maleh mak cik nak melayan nya..kalau free boleh jugak lah hahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

nak harap aku beli mmg hazab ler...mahal nyah! takkan ler sbb dapat free kan, apa lagi sapu je ler...hehehe