InsyaAllah beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan syawal. Sekejap benar masa berlalu, rasanya baru beberapa hari sahaja kita berpuasa kini ramadhan semakin hampir tiba ke penghujungnya. Barangkali tentu banyak pengalaman yang kita lalui sepanjang tempoh berpuasa. Bagi saya sendiri sejak beberapa tahun lepas kemeriahan beraya semakin berkurangan mungkin disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat ditambah pula ramai sepupu2 yang sudah berkahwin. Maklumlah sewaktu kecil2 dahulu hari raya memang paling dinantikan sebab dapat berjumpa sepupu sepapat yang jauh atau dekat dan yang paling penting dapat mengumpul duit raya!
Masa kecil2 dulu berpuasa pun sebab nak dapatkan duit. Itulah cara mak saya melatih anak2 berpuasa, siapa dapat puasa penuh satu hari boleh dapat RM1, jadi kalau 30 hari sudah jadi RM30. Waktu itu RM1 sangat besar nilainya. Zaman sekarang budak2 dah demand, cuma terima wang kertas berwarna hijau atau merah sahaja. Untungnya kanak2 zaman sekarang, sampaikan kita sendiri pun segan nak bagi duit raya takut nanti tak cukup pula! Nasib baik anak saudara saya baru ada 3 orang kalau tidak mahu bankrap juga saya dibuatnya. Tapi yang paling seronok anak2 saudara saya lebih suka wang syiling sebab boleh dapat banyak & berat! :-D. Pernah suatu masa saya susun wang RM50, RM 10 & syiling sebanyak mungkin untuk mereka pilih. Memang tepat jangkaan saya, wang syiling itulah yang menjadi rebutan! Sukanya mereka kerana dapat memenuhkan dompet kecil masing2. Tapi wang kertas tetap juga saya berikan untuk simpanan atau perbelanjaan mereka. Untungnya sekarang kanak2 tak perlu bersusah payah nak berjalan keliling kampung 'mengutip' duit raya, dalam rumah saja pun boleh dapat beratus2 ringgit! Melihatkan gelagat mereka sudah cukup menggembirakan hati saya.
Pada saya hari raya memang kanak2 yang paling seronok, lagipun kalau beraya dikampung takkan nak melaram dengan baju berlabuci, baju tali guni, make up tebal bak opera cina atau sanggul setinggi gunung! Lainlah kalau beraya di Kota, bolehlah nak melaram sakan sekali pun. Kalau dulu tiap kali raya mesti nak pulang ke kampung halaman tapi sekarang saya tidak kisah menyambut raya dimana2 asalkan dapat bersama ibubapa & adik beradik lain sudah cukup bagi saya. Barangkali suatu hari nanti jika beraya diperantauan sekalipun saya tidak kisah asalkan ahli keluarga saya ada bersama2.
Walaupun masih belum dapat merasai bahang syawal yang hampir tiba saya tetap tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Tambahan pula tahun ini semua adik beradik ada bersama. Paling seronok dapat melihat anak2 saudara saya meraikan hari raya nanti. Tentu meriah tidak terkata memandangkan kami semua akan beraya buat pertama kalinya di Lumut. Entah bagaimana agaknya suasana beraya disana ye?
Persiapan untuk syawal pun tak banyak yang saya sediakan. Sekadar menyediakan duit raya untuk anak2 saudara sahaja. Sepasang baju raya pun saya tidak beli! Lagipun masih ada pakaian yang belum dipakai & masih elok disimpan. Ada juga yang baru dipakai sekali sahaja. Pada saya daripada membazir lebih baik saya pakai apa yang ada. Memanglah syawal cuma sekali tapi tidak bermakna kita harus berbelanja sakan, cukuplah sekadar yang termampu. Paling banyak saya beli pun hanyalah tudung, lagipun tudung tu saya beli untuk dipakai pada hari2 biasa & waktu bekerja bukan untuk hari raya semata2.
Kita pasti akan merindui bulan ramadhan, rindukan sembahyang terawih berjemaah dimasjid, rindukan waktu berbuka puasa & bersahur bersama, rindukan bazaar ramadhan yang menjual makanan2 yang enak dan rindukan segalanya. Lagipun ramadhan adalah bulan yang paling mulia bagi mereka2 yang tahu akan kelebihannya. Tentunya sayu untuk meninggalkan bulan ramadhan, masihkah kita berpeluang meraikan ramadhan lagi di masa akan datang atau mungkinkah ini ramadhan kita yang terakhir? Wallahualam.
Nota : alangkah bahagianya jika saya dapat merasai pengalaman berpuasa & menyambut syawal di Kota Mekah. Sekadar berniat & memanjatkan doa memohon padaNya semoga suatu hari nanti saya dapat merasai sendiri pengalaman itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Insyallah Elly ..satu hari nanti jika dipanjangkan umur, sihat tubuh badan & dimurahkan rezeki..kita semua akan sampai ke sana :)
Memang betul ..raya ni kanak2 yg paling hepi...w/pun puasa tak cukup hehe..
InsyaAllah Dura..doa2kan saja moga kita semua dapat ke sana juga.
tu ler budak2 yg paling seronok, kalau nak rasa seronok gak kena ler ikut diaorg punya keseronokkan tu sama2...nak main mercun sesama ler camni :-D
Post a Comment