Entahlah

Ada teman2 rasa hairan kenapa saya bersusah payah berdiet? Saya lebih hairan kenapa mereka bersusah payah bertanya! Apalah yang hendak dihairankan jika saya hendak kembali sihat seperti dahulu. Bukankah elok begitu? Ramai pula yang ingat saya berdiet dek kerana nak menaiki jinjang pelamin. Alahai...kalau badan comel tak boleh bersanding ke? Orang yang nak sehidup semati bersama dengan saya tu pun tak cakap apa2 orang lain pula yang suka menyibuk!

Kerjaya saya yang sentiasa sibuk & tidak menentu menuntut saya mengubah corak kehidupan ke arah yang lebih sihat. Ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat saya rasa perlu ada keseimbangan dalam hidup. Selama berbelas tahun saya bekerja didalam bidang yang sama hingga menyebabkan saya hampir kehilangan waktu sosial bersama teman2 lain. Dahulu saya gila mencari duit. Siang malam tidak kira hari bekerja atau bercuti dihujung minggu aktiviti saya hanyalah KERJA! KERJA! KERJA! Tidak cukup kerja di office saya buat freelance pula, daripada sekadar suka2 sehingga menjadi salah satu pendapatan pula. Seronoknya waktu itu sebab duit masuk ke dalam akaun beribu2 ringgit setiap bulan. Waktu itu saya hanya inginkan duit sahaja! Soal hidup memang saya tidak ambil peduli. Selepas daripada itu saya mula fikirkan apa yang saya cari dalam hidup. Saya punya duit yang banyak waktu itu tapi saya korbankan waktu sosial bersama teman sehingga saya tidak menyedari teman2 yang semakin berkurangan.

Sejak dari itu saya mula kurangkan bebanan kerja terutamanya kerja2 freelance yang takkan habis sampai bila2 pun. Tumpuan saya lebih banyak pada kerja2 di office sahaja. Tapi hati saya tetap tidak tenang juga waktu itu. Saya cuba mengembirakan hati, ada ketika keluar shopping bersama teman2 atau sekadar lepak2 kosong sambil berborak sampai ke pagi tapi tetap sama! Sampai bila saya perlu hidup begitu? Saya mula hilang keyakinan. Tidak yakin pada diri sendiri, tidak lagi yakin pada kerjaya, tidak yakin pada banyak perkara! Sampai satu ketika saya mengalami kemurungan. Doktor pula mengesahkan saya mengalami tekanan darah tinggi peringkat awal & saya pula tergolong dalam mereka yang takut makan ubat & paling malas berjumpa doktor! Sejak akhir2 ini pula banyak sangat kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung. Takutnya! Bayangkan ibarat membunuh diri sendiri jika saya tidak menjaga jantung dengan baik! Saya juga tidak pernah mengalami penyakit yang serius, kalau ada pun cuma demam & selsema itu pun sekali setahun sahaja. Sebelum terjadi apa2 lebih baik saya mengikuti kelas di Fitness First kerana tidak mahu berterusan hidup begitu.

Sebulan pertama saya dapat rasakan perubahan dalam diri, hidup saya kembali ceria & yang lebih penting saya dapat kembalikan keyakinan saya yang pernah hilang dahulu. Kalau dulu saya cepat melenting tapi sekarang semakin berkurangan. Mungkin disebabkan aktiviti yang meletihkan menyebabkan saya tidak ambil peduli pada perkara yang remeh temeh lagi. Perubahan saya juga disedari oleh GM saya, katanya sekarang saya semakin bijak mengimbangi bebanan kerja & tekanan dengan baik. Alhamdulillah.

Memang dahulu saya berdiet & terlalu obses melakukan senaman kerana ingin kurus kembali tapi bagi saya apa yang lebih penting saya dapat mengimbangi hidup saya dengan lebih baik. Saya tidak mahu punya wang yang banyak tapi akhirnya saya terbaring kaku di katil hospital. Biarlah tak punya banyak wang asal hati saya tenang. Saya bersyukur memiliki apa yang saya impikan selama ini. Saya mampu membeli banglo walaupun tidak sebesar mana, masih mampu bertukar2 kereta walaupun tidak kereta mewah, punya sedikit simpanan walau tidak berjuta2, pernah merantau ke negara orang walau tidak serata dunia. Apa lagi yang saya mahukan selain dari kehidupan & jiwa yang tenang.

Betapa bersyukurnya saya hanya Allah yang Maha mengetahui. Saya selalu menganggap yang saya sentiasa diberi peluang kedua oleh-Nya, tidak semua orang akan mendapat peluang begitu. Saya tidak akan sesekali melupai zaman kejatuhan saya dahulu. Dibebani hutang keliling pinggang sehingga hampir jatuh muflis. Ini pernah terjadi dalam hidup saya. Kalau tidak kerana pertolongan dari seorang teman yang membuka jalan buat saya pada waktu itu entah dimanakah saya sekarang agaknya. Saya masih ingat kata2nya 'aku tak mampu nak bagi kamu wang ringgit tapi aku ada jalan untuk kamu keluar dari semua ni'. Terima kasih kerana memberi ruang & mempercayai kebolehan saya. Memang saya tidak akan sesekali meminta bantuan kewangan dari teman2. Biarlah saya menanggung bebanan yang saya ciptakan sendiri.

Nota : Dahulu saya sering bertanya bagaimana dengan hanya bersenam kita mampu hidup tenang? Baru kini saya percaya & saya bersyukur corak kehidupan saya yang semakin seimbang. Alhamdulillah.

2 comments:

Dura said...

bila kita berdiet dgn cara yg betul ..badan kurus hati senang jalan pun rasa ringan..kalau diet cara tak betul..adohaiii tu yg jadik yoyo tu..macam aku ni lah nyah..susah betul nak berdiet..bila kiddos tak habis makan..aku yg jadi trash can nya..sebab sayang nak di tong sampahkan makanan2 tu :(

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku dulu selalu gak jadi tukang perabis makanan orang ni nyah, yg dalam pinggan sendiri pun licin, yg dlm pinggan orang pun aku sapu, mana ler badan x mcm DBKL