Salam Aidilfitri

Esok seawal jam 4am saya sudah mahu berangkat pulang ke rumah Angah diLumut Perak. Tahun ni kami sekeluarga beraya buat pertama kalinya disana. Lagipun memberi peluang pada Angah beraya sakan tahun ni sebab dah 2 tahun berturut2 beraya dinegara orang, tahun depan entah ke negara mana pula, tak tahu masih dapat menyambut raya bersama lagi ataupun tidak.

Buat semua teman2 diserata benua saya pohon jutaan kemaafan jika ada tersalah kata & bahasa sehingga menyinggung hati kalian sepanjang perkenalan kita semua, saya pohon ampun banyak2 & halalkan makan minum dunia akhirat.

Bagi yang memandu seperti saya sama2lah kita mengingati mereka yang sedang menanti kepulangan kita dengan selamat. Pandu dengan berhemah. Bagi yang akan berangkat pulang ke Malaysia selamat kembali ke tanahair.

Persiapan terakhir :
1. Kereta - check!
2. Beg Pakaian- check!
3. Beg Make-up - check!
4. Kasut2 - check!
5. Duit2 Raya - check!
6. Touch & Go - belum reload!

Nota : Salam Aidilfitri semua. Saya akan kembali ke KL pada 23.09.09. mmm..memang tiada cuti panjang pun :-((

2 comments:

Dura said...

tahun ni cuti raya paling sikit ke nyah?

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

takde amik cuti pun, last2 amik mc jek hari rabu tu sbb takde mood nak balik opis, org lain sibuk beraya sakan lagi...uwaaaaa