Makan-makan-makan

Kalau dah Cik Harny kita ni pulang ketanahair alamat program2 lain terpaksa ditunda atau dibatalkan terus untuk memberi peluang pada Cik Harny kita ni berjalan2 sakan, almaklumlah ada masa saya harus menjadi supirnya untuk berjalan kesana kemari. Kata Cik Harny ada juga beberapa teman yang sudi meminjamkan binatang tunggangan mereka untuk kemudahannya berjalan2 di ibukota. Wah semakin seronoklah Cik Harny kita ni ke sana ke mari.

Suatu malam tu kami keluar melepak dengan Amy kat Quan Desa Pandan, bila dah bertemu faham sajalah memang berborak sampai ke pagi. Kebetulan Mak Ngah menghadiri rumah terbuka di tempat lain makanya aktiviti makan2 ni sesama kami yang bujang2 saja. Kalau ke rumah Mak Ngah tau sajalah segala jenis masakan mahu disediakan. Sesiapa yang kenal dengan Mak Ngah memang dah sedia maklum bahkan teman2 saya juga memang mesra dengannya. Keramahan Mak Ngah sekeluarga memang amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali mereka.

Beberapa hari selepas itu Mak Ngah menjemput kami datang kembali ke rumah. Katanya dia terkilan sebab tak menyediakan apa2 juadah sewaktu kami datang tempoh hari, walhal makan kat Quan tu sudah beres dibayar olehnya. Bukan selalu Harny balik ke Malaysia, dah orang jauh datang beraya takkanlah tak memasak pula katanya. Hmmm memang begitulah Mak Ngah, sangat prihatin, bahkan Ayah Ngah bekalkan ikan bilis & udang kering untuk dibawa pulang oleh Cik Harny ke tanah ratu. Harap2 tidak ditahan oleh pihak imigresen disana dek kerana baunya yang enak itu :-D.

Kebetulan minggu pertama syawal Pak Busu mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Tun yang sememangnya sudah menjadi tradisinya setiap tahun. Seperti biasa memang ramai tetamu yang datang berkunjung, daripada VIP sampailah kami yang cuma IP ni. Makanan yang dihidangkan pun memang banyak, dari pelbagai nasi, mee, kuih muih, sate bahkan kambing golek pun ada! Puaslah kami dapat makan bermacam2 makanan hari tu.

Kata Cik Harny memang banyak lagi keinginannya yang belum tertunai. Sedari awal dia sudah mengingatkan saya untuk membawanya makan japanese food & western food di California Kitchen KLCC. Demi Cik Harny saya turutkan sahaja, lagipun sewaktu saya berkunjung ke Glasgow dulu sebaik mungkin dia melayani kami meskipun dia sibuk dengan tugasan di universiti.

Nota : malam nanti Zura sudah berjanji mahu belanja kami makan malam, dapatlah merasa naik kereta barunya..yeay!

0 comments: