Lewat malam tadi saya menonton 'This Is It' seorang diri. Sejak tinggal bersendirian ni hendak menonton wayang pun terpaksalah pergi sendirian. Seronok juga sesekali melayan perasaan seorang diri. Tapi saya bukan nak bercerita betapa seronok atau tidak hidup bersendirian cuma ingin berkongsi tentang cerita yang saya tonton lewat malam tadi.This Is It - Michael Jackson
Lewat malam tadi saya menonton 'This Is It' seorang diri. Sejak tinggal bersendirian ni hendak menonton wayang pun terpaksalah pergi sendirian. Seronok juga sesekali melayan perasaan seorang diri. Tapi saya bukan nak bercerita betapa seronok atau tidak hidup bersendirian cuma ingin berkongsi tentang cerita yang saya tonton lewat malam tadi.Bon Voyage
Jam 2.45 pagi tadi cik Harny kita dah berangkat kembali ke Scotland. Sewaktu blog ini ditulis pastinya cik Harny kita ni masih berada didalam perut kapal terbang. Pejam celik rupanya sudah sebulan juga Harny berada di tanahair walaupun jika mengikut jadual asal sepatutnya beliau harus kembali sejak seminggu yang lalu, tapi dek kerana kelewatan mendapatkan visa terpaksalah ditangguh dahulu kepulangannya.
Seronok sekali cik Harny bila mendapat tahu beliau akan kembali semula ke Glasgow memandangkan banyak kelas yang telah lama tertangguh, saya juga tumpang seronok kerana akhirnya saya dapat berdiet kembali almaklum sajalah sepanjang cik Harny berada di tanahair habis serata tempat makan yg ingin dinikmatinya saya harus turut serta. Sedih pun ada kerana sudah tiada lagi teman yang akan menemani saya makan2 tidak kira siang, malam ataupun di tengah malam!Leganya
Dirumah baru saya tinggal seorang diri. Mulanya saya pun kurang yakin untuk tinggal berseorangan kerana memikirkan keselamatan saya ditempat baru. Tapi alhamdulillah setakat ni segalanya baik tambahan pula ada juga jiran yang boleh diharapkan. Saya sebenarnya kurang gemar untuk tinggal dikejiranan melayu, sejak bertahun dulu jiran saya kebanyakkannya bangsa asing termasuklah diapartment terakhir yang saya duduki sebelumnya. Faham sajalah dengan mentaliti orang melayu tambahan pula saya tinggal berseorangan, kadang2 tu terasa seolah2 gerak geri saya diperhatikan oleh mereka. Ada yang berikan senyuman ikhlas, ada juga senyuman terpaksa, entahlah. Asalkan mereka tidak mengganggu hidup saya sudah!
Mak Bonda saya turut bimbangkan keselamatan saya. Memang sedari awal lagi mak bonda minta saya carikan teman serumah bagi menggantikan tempat adik saya. Hmmm...kalau saya perlukan teman serumah tidak perlulah saya bersusah payah mencari rumah lain yang sewanya mampu dibayar oleh saya seorang. Saya pernah tinggal seramai 10 orang sewaktu belajar dulu, bila mula bekerja kami tinggal dalam 4-5 orang serumah, kemudian menjadi 3 orang, lepas tu 2 orang pula dan kini saya lebih selesa tinggal berseorangan.
Memang saya tiada niat untuk mengambil teman serumah lagipun saya perlukan privacy. Sejak meningkat usia, saya sedar yang diri saya semakin cerewet. Saya tidak mahu orang berkecil hati dengan sikap cerewet saya. Saya cuba menjaga segala keperluan terutamanya rumah yang saya sewa sebagai tempat berlindung supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pada waktu ini apa yang saya perlukan adalah ketenangan. Saya ingin kembali dari tempat kerja dengan hati yang tenang & gembira. Apabila membuka daun pintu saya ingin melihat rumah saya yang tenang & bersih! Kalau dahulu sewaktu tinggal beramai2, baju & seluar bergantungan dimana2, itu belum lagi dengan benda kecil2 yang bergelimpangan disana sini ahhhh tension betul!
Pada saya perlulah ada kesedaran apabila kita meningkat dewasa, takkan masih mahu hidup seperti zaman sewaktu belajar dahulu. Kalau tinggal bersama teman2 faham saja lah, kadang2 ada benda yang menyakitkan mata tapi kalau kerap ditegur akan menimbulkan rasa benci pula dihati dia, akhirnya saya sendiri yang sakit mata & makan hati. Saya pernah tinggal bersama teman2, saya juga pernah tinggal bersama adik beradik, jadi macam2 perasaan yang pernah terbuku dihati masing2. Pada saya jalan yang terbaik adalah memilih untuk hidup bersendirian. Lagipun saya akui bahawa saya seorang yang cerewet. Sejauh mana cerewetnya saya memang tiada siapa yang boleh tahan! Alangkah bagusnya jika teman serumah saya seorang cerewet & pembersih seperti Bree didalam Desperate Housewives! Saya buka tergolong didalam mereka yang terlalu pembersih cuma saya ingin melihat rumah yang sentiasa kelihatan kemas!
Saya pasti tiada siapa yang tahan untuk hidup bersama saya! Saya juga tidak mahu selalu berkecil hati atau makan hati dengan mereka2 setiap kali melihat perkara2 yang saya tidak suka! Saya juga tidak mahu orang membenci saya dek kerana sikap cerewet saya yang kadangkala memeningkan! Saya tidak akan sama sekali menghalang sesiapa untuk datang ke teratak saya malah saya sangat mengalu2kan & amat hargai kedatangan mereka, saya gembira jika ada yang sudi datang berkunjung atau menjenguk saya. Cuma setakat itu sahaja, untuk mencari teman serumah saya tidak mahu.
Lagipun saya harus memikirkan keselesaan keluarga saya yang kerap datang ke KL samada untuk bercuti, melawat saya atau atas urusan kerja, jika saya punya teman serumah harus pula memikirkan keselesaan dia! Jadi daripada memeningkan kepala sampai termakan hati lebih baik begini saja. Izinkanlah saya hidup bersendirian. Kepada mereka yang pernah tinggal bersama saya sesungguhnya banyak kenangan pahit manis antara kita semua. Jika ada yang pernah tersinggung dengan kata2 atau perbuatan saya maafkanlah saya kerana saya tidak dilahirkan sempurna segalanya. Harus saya akui kenangan sewaktu tinggal bersama Dura & Harny di Kerinchi adalah yang paling best setakat ini.
Ini apartment terakhir saya, Belimbing Heights. Gambar diambil dari tingkap bilik saya ditingkat 5. Sememangnya saya akan sentiasa merindui pemandangan cantik ini :-( Nota : Saya perlukan beberapa minggu lagi untuk menghiasi rumah baru saya dek kerana barang yang terlalu banyak. Sebahagiannya akan dihantar pulang ke Ipoh memandangkan rumah baru saya disana telah siap sepenuhnya.
Majlis Pertunangan 10.10.09
Kami sekeluarga mengelarnya 'akak', boleh dikatakan saya banyak berkongsi cerita pahit manis bersama malah cerita2 kebodohan masing2 pun kami kongsi bersama. Tak sangka, adik yang saya kendong sewaktu kecil2 dahulu kini sudah bergelar tunangan orang. Memang sudah tertulis jodoh dia sampai lebih awal dari saya. Sebagai kakak tentunya saya tumpang gembira dengan pilihannya tambahan pula Anas memang sudah biasa dengan keluarga kami.
Seperti biasa bila adik saya yang melangkah dulu ada saja mulut2 yang bertanya itu ini, saya sendiri pun sudah tak mahu ambil pusing sebab tak kuasa nak melayan soalan yang sama saban tahun. Memang saya memilih untuk tidak berumahtangga buat masa ini. Sampai masa jodoh saya akan tiba juga, cuma saya minta diberi ruang waktu sehingga saya benar2 bersedia. Hanya Allah yang maha mengetahui isi hati saya.Makan-makan-makan
Suatu malam tu kami keluar melepak dengan Amy kat Quan Desa Pandan, bila dah bertemu faham sajalah memang berborak sampai ke pagi. Kebetulan Mak Ngah menghadiri rumah terbuka di tempat lain makanya aktiviti makan2 ni sesama kami yang bujang2 saja. Kalau ke rumah Mak Ngah tau sajalah segala jenis masakan mahu disediakan. Sesiapa yang kenal dengan Mak Ngah memang dah sedia maklum bahkan teman2 saya juga memang mesra dengannya. Keramahan Mak Ngah sekeluarga memang amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali mereka.
Beberapa hari selepas itu Mak Ngah menjemput kami datang kembali ke rumah. Katanya dia terkilan sebab tak menyediakan apa2 juadah sewaktu kami datang tempoh hari, walhal makan kat Quan tu sudah beres dibayar olehnya. Bukan selalu Harny balik ke Malaysia, dah orang jauh datang beraya takkanlah tak memasak pula katanya. Hmmm memang begitulah Mak Ngah, sangat prihatin, bahkan Ayah Ngah bekalkan ikan bilis & udang kering untuk dibawa pulang oleh Cik Harny ke tanah ratu. Harap2 tidak ditahan oleh pihak imigresen disana dek kerana baunya yang enak itu :-D.
Kebetulan minggu pertama syawal Pak Busu mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Tun yang sememangnya sudah menjadi tradisinya setiap tahun. Seperti biasa memang ramai tetamu yang datang berkunjung, daripada VIP sampailah kami yang cuma IP ni. Makanan yang dihidangkan pun memang banyak, dari pelbagai nasi, mee, kuih muih, sate bahkan kambing golek pun ada! Puaslah kami dapat makan bermacam2 makanan hari tu.
Kata Cik Harny memang banyak lagi keinginannya yang belum tertunai. Sedari awal dia sudah mengingatkan saya untuk membawanya makan japanese food & western food di California Kitchen KLCC. Demi Cik Harny saya turutkan sahaja, lagipun sewaktu saya berkunjung ke Glasgow dulu sebaik mungkin dia melayani kami meskipun dia sibuk dengan tugasan di universiti.
Nota : malam nanti Zura sudah berjanji mahu belanja kami makan malam, dapatlah merasa naik kereta barunya..yeay!
Puasa 6
Ramadhan dah berlalu, syawal pun dah hampir ke pertengahan rasanya dah tiba masa untuk berpuasa 6 pula, kalau lambat2 takut nanti rugi pula dek kerana terleka. Saya rasa minggu ni saya nak berpuasa 3 hari & selebihnya sambung pada minggu hadapan pula. Sekurang2nya dapat juga perut saya berehat sementara setelah 'penat bekerja' sepanjang raya. Sudahlah sepanjang ramadhan saya asyik mengambil makanan berat setiap kali berbuka kini ditambah pula aktiviti ke rumah terbuka disana sini, kadangkala timbul rasa bersalah yang amat sangat pada perut saya. Yang hairan tu bila tidak berpuasa tidak pula saya meragam nak makan itu ini tapi bila bulan puasa ada je yang saya idamkan! Boleh dikatakan sepanjang berbuka di bulan ramadhan baru2 ni menu utama saya adalah nasi, tapi jika berpuasa sunat pada hari2 biasa tidak pula saya teringin nak makan nasi, pernah suatu masa saya cuma minum air sebanyak mungkin dan mengambil sedikit makanan ringan sebelum melakukan aktiviti di gym, nasib baik tak pengsan atas treadmill! Tapi begitulah, kekadang mungkin sebab ikutkan nafsu semata2, teringin itu ini walhal tak makan beria pun.
Nota : dah tengah2 raya ni baru teringin nak makan rendang & lemang!
Pindah
Nasib saya baik kerana tidak perlu pening kepala nak mencari driver lori atau pekerja2 untuk mengangkut barang2 saya kerana saya boleh menggunakan workers di syarikat tempat saya bekerja, lagipun saya lebih suka bekerja dengan mereka2 yang tidak mudah mengeluh. Dahulu sewaktu berpindah ke Wangsa Maju saya mengambil pekerja luar, sudahlah datang dengan lori hantu pekerjanya pula minta wang tambahan, itu belum lagi dengan minta makanan itu ini macamkan nak mati esok hari. Geram betul! Sudahlah terpaksa membayar mereka dgn harga yang mahal, banyak pula songelnya! Sejak daripada tu saya lebih senang bekerja dengan workers kami yang sudah tentu senang dibawa berbincang & menurut kata.
Tak tahulah saya macamana nak berkemas lagi, silap haribulan bila lori sampai saya campakkan saja barang2 dari tingkat atas...hmmmm. Nampaknya aktiviti saya minggu ini hanya berkemaslah jawabnya. Entah berapa lama pula saya nak menetap dirumah baru ni! Rasanya tak sanggup lagi nak berpindah randah. Kalau terpaksa juga lain kali saya pindahkan terus ke Ipoh dan cari saja bilik sewa, itu pun kalau saya sanggup tinggal dengan mereka2 yang tidak dikenali...ishh tak sangguplah rasanya!
Nota : Kadang2 terfikir juga nak membeli rumah di KL tapi melihatkan harga yang berdentum dentam rasanya memang azab ler! Lagipun bukan selamanya saya mahu berada di sini.

