Dirumah baru saya tinggal seorang diri. Mulanya saya pun kurang yakin untuk tinggal berseorangan kerana memikirkan keselamatan saya ditempat baru. Tapi alhamdulillah setakat ni segalanya baik tambahan pula ada juga jiran yang boleh diharapkan. Saya sebenarnya kurang gemar untuk tinggal dikejiranan melayu, sejak bertahun dulu jiran saya kebanyakkannya bangsa asing termasuklah diapartment terakhir yang saya duduki sebelumnya. Faham sajalah dengan mentaliti orang melayu tambahan pula saya tinggal berseorangan, kadang2 tu terasa seolah2 gerak geri saya diperhatikan oleh mereka. Ada yang berikan senyuman ikhlas, ada juga senyuman terpaksa, entahlah. Asalkan mereka tidak mengganggu hidup saya sudah!
Mak Bonda saya turut bimbangkan keselamatan saya. Memang sedari awal lagi mak bonda minta saya carikan teman serumah bagi menggantikan tempat adik saya. Hmmm...kalau saya perlukan teman serumah tidak perlulah saya bersusah payah mencari rumah lain yang sewanya mampu dibayar oleh saya seorang. Saya pernah tinggal seramai 10 orang sewaktu belajar dulu, bila mula bekerja kami tinggal dalam 4-5 orang serumah, kemudian menjadi 3 orang, lepas tu 2 orang pula dan kini saya lebih selesa tinggal berseorangan.
Memang saya tiada niat untuk mengambil teman serumah lagipun saya perlukan privacy. Sejak meningkat usia, saya sedar yang diri saya semakin cerewet. Saya tidak mahu orang berkecil hati dengan sikap cerewet saya. Saya cuba menjaga segala keperluan terutamanya rumah yang saya sewa sebagai tempat berlindung supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pada waktu ini apa yang saya perlukan adalah ketenangan. Saya ingin kembali dari tempat kerja dengan hati yang tenang & gembira. Apabila membuka daun pintu saya ingin melihat rumah saya yang tenang & bersih! Kalau dahulu sewaktu tinggal beramai2, baju & seluar bergantungan dimana2, itu belum lagi dengan benda kecil2 yang bergelimpangan disana sini ahhhh tension betul!
Pada saya perlulah ada kesedaran apabila kita meningkat dewasa, takkan masih mahu hidup seperti zaman sewaktu belajar dahulu. Kalau tinggal bersama teman2 faham saja lah, kadang2 ada benda yang menyakitkan mata tapi kalau kerap ditegur akan menimbulkan rasa benci pula dihati dia, akhirnya saya sendiri yang sakit mata & makan hati. Saya pernah tinggal bersama teman2, saya juga pernah tinggal bersama adik beradik, jadi macam2 perasaan yang pernah terbuku dihati masing2. Pada saya jalan yang terbaik adalah memilih untuk hidup bersendirian. Lagipun saya akui bahawa saya seorang yang cerewet. Sejauh mana cerewetnya saya memang tiada siapa yang boleh tahan! Alangkah bagusnya jika teman serumah saya seorang cerewet & pembersih seperti Bree didalam Desperate Housewives! Saya buka tergolong didalam mereka yang terlalu pembersih cuma saya ingin melihat rumah yang sentiasa kelihatan kemas!
Saya pasti tiada siapa yang tahan untuk hidup bersama saya! Saya juga tidak mahu selalu berkecil hati atau makan hati dengan mereka2 setiap kali melihat perkara2 yang saya tidak suka! Saya juga tidak mahu orang membenci saya dek kerana sikap cerewet saya yang kadangkala memeningkan! Saya tidak akan sama sekali menghalang sesiapa untuk datang ke teratak saya malah saya sangat mengalu2kan & amat hargai kedatangan mereka, saya gembira jika ada yang sudi datang berkunjung atau menjenguk saya. Cuma setakat itu sahaja, untuk mencari teman serumah saya tidak mahu.
Lagipun saya harus memikirkan keselesaan keluarga saya yang kerap datang ke KL samada untuk bercuti, melawat saya atau atas urusan kerja, jika saya punya teman serumah harus pula memikirkan keselesaan dia! Jadi daripada memeningkan kepala sampai termakan hati lebih baik begini saja. Izinkanlah saya hidup bersendirian. Kepada mereka yang pernah tinggal bersama saya sesungguhnya banyak kenangan pahit manis antara kita semua. Jika ada yang pernah tersinggung dengan kata2 atau perbuatan saya maafkanlah saya kerana saya tidak dilahirkan sempurna segalanya. Harus saya akui kenangan sewaktu tinggal bersama Dura & Harny di Kerinchi adalah yang paling best setakat ini.
Ini apartment terakhir saya, Belimbing Heights. Gambar diambil dari tingkap bilik saya ditingkat 5. Sememangnya saya akan sentiasa merindui pemandangan cantik ini :-(
Nota : Saya perlukan beberapa minggu lagi untuk menghiasi rumah baru saya dek kerana barang yang terlalu banyak. Sebahagiannya akan dihantar pulang ke Ipoh memandangkan rumah baru saya disana telah siap sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment