Majlis Pertunangan 10.10.09

Tanggal 10 october lalu secara rasminya adik saya telah menjadi tunangan orang, setahun dari sekarang akan menjadi isteri orang pula. Kalau dahulu tempoh setahun tu rasanya terlalu lama tapi sekarang pejam celik, sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu.

Kami sekeluarga mengelarnya 'akak', boleh dikatakan saya banyak berkongsi cerita pahit manis bersama malah cerita2 kebodohan masing2 pun kami kongsi bersama. Tak sangka, adik yang saya kendong sewaktu kecil2 dahulu kini sudah bergelar tunangan orang. Memang sudah tertulis jodoh dia sampai lebih awal dari saya. Sebagai kakak tentunya saya tumpang gembira dengan pilihannya tambahan pula Anas memang sudah biasa dengan keluarga kami.

Seperti biasa bila adik saya yang melangkah dulu ada saja mulut2 yang bertanya itu ini, saya sendiri pun sudah tak mahu ambil pusing sebab tak kuasa nak melayan soalan yang sama saban tahun. Memang saya memilih untuk tidak berumahtangga buat masa ini. Sampai masa jodoh saya akan tiba juga, cuma saya minta diberi ruang waktu sehingga saya benar2 bersedia. Hanya Allah yang maha mengetahui isi hati saya.
Kepada kedua ibubapa saya yang selalu mengharapkan saya bertemu dengan jodoh yang baik2, insyaAllah akan termakbul juga nanti. Saya tahu ada masa mereka terpaksa berdepan dengan soalan2 mengenai saya tetapi mereka sentiasa tenang tapi dalam hati masing2 tahu apa yang tersurat & tersirat.
Nota : saya paling bosan bila orang mengatakan yang saya terlalu memilih! Adakah kerana umur saya yang semakin meningkat maka saya tidak mempunyai kuasa untuk memilih pasangan terbaik untuk saya? Maaflah, kalau sekadar untuk tangkap muat lebih baik hidup bersendirian.

2 comments:

Dura said...

nak buat apa sesak kan kepala dengan kata2 org nyah. ada jodoh kahwin le. Ni semua kerja Allah swt.Mulut org tak boleh di tutup.Yg baik yg buruk semuanya ada kaki komen. Aku ni kira kahwin lambat jugak. Masa dulu tu aku paling malas nak ke rumah org kenduri tunang ..kahwin..cukur jambul.. open house hari raya pun malas nak gi esp kalau ada mak cik2 joyah kat area tu.. tak larat nak menjwb soalan cepumas geng mak cik2 joyah ni semua:(

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

betul tu....sbb tu kadang2 malas nak pergi apa2 occasion yg melibatkan makcik2 atau sedara mara sbb mcm dah xde soalan lain diaorg nak tanya...aku mmg telinga tebal tiap kali org tanya soalan budus ni cuma kesian kat parents aku tu je ler..yg diaorg sibuk2 sgt tu ngapa? aku kawin esok pakai duit diaorg ke wat hantaran kan? dah kawin esok tanya lak bila nak beranak...alahai makcik2 oii cuba ler cari soalan yg membuka minda skit, dah masuk abad ke berapa dah dok asyik tanya soalan camtu gak lagi...kolot sungguh! org dah smpi ke bulan diaorg dok berkayuh sampan gak lagi...alahaiiiiiiii