This Is It - Michael Jackson

Lewat malam tadi saya menonton 'This Is It' seorang diri. Sejak tinggal bersendirian ni hendak menonton wayang pun terpaksalah pergi sendirian. Seronok juga sesekali melayan perasaan seorang diri. Tapi saya bukan nak bercerita betapa seronok atau tidak hidup bersendirian cuma ingin berkongsi tentang cerita yang saya tonton lewat malam tadi.

Siapa yang tidak mengenali Micheal Jackson? Seluruh pelusuk dunia mengenali beliau sebagai penyanyi & penghibur terkemuka dunia. Siapa yang tidak terpegun melihat aksi tarian 'moonwalk'nya itu ditambah pula dengan lagu2nya yang dekat dihati kita. Sayang sekali MJ pergi sebelum sempat menjayakan konsert terakhirnya itu.
Dari dokumentari yang saya saksikan semalam dapat dilihat betapa gahnya konsert yang sepatutnya bakal berlangsung itu. Alangkah menarik jika saya dapat menyaksikan konsert hebat begitu memandangkan sewaktu MJ datang ke Malaysia 13 tahun lalu saya tidak berpeluang untuk menyaksikan konsertnya dek kerana kewangan yang meruncing ketika itu, maklum sajalah saya baru mula bekerja, tiketnya pula agak mahal!
Walau MJ sudah tiada beliau telah meninggalkan lagu2nya yang sentiasa terpahat dihati kita semua. Muziknya telah menyatukan kita tanpa ada perbezaan agama atau warna kulit! MJ akan sentiasa wujud dihati kita semua. Semoga beliau tenang disana.
Nota : kita akan lebih menghargai seseorang apabila beliau telah tiada!

Bon Voyage

Jam 2.45 pagi tadi cik Harny kita dah berangkat kembali ke Scotland. Sewaktu blog ini ditulis pastinya cik Harny kita ni masih berada didalam perut kapal terbang. Pejam celik rupanya sudah sebulan juga Harny berada di tanahair walaupun jika mengikut jadual asal sepatutnya beliau harus kembali sejak seminggu yang lalu, tapi dek kerana kelewatan mendapatkan visa terpaksalah ditangguh dahulu kepulangannya.

Seronok sekali cik Harny bila mendapat tahu beliau akan kembali semula ke Glasgow memandangkan banyak kelas yang telah lama tertangguh, saya juga tumpang seronok kerana akhirnya saya dapat berdiet kembali almaklum sajalah sepanjang cik Harny berada di tanahair habis serata tempat makan yg ingin dinikmatinya saya harus turut serta. Sedih pun ada kerana sudah tiada lagi teman yang akan menemani saya makan2 tidak kira siang, malam ataupun di tengah malam!
Semoga cik Harny tiba ke Scotland dengan selamat. Jika dipanjangkan umur oleh-Nya dapat kita ketemu lagi. Selamat kembali ke kelas ye :-D
Nota : lain kali jika kembali ke Malaysia kita pergi makan ke Tenji Japanese Buffet ye, ini janji saya pada cik Harny!

Leganya

Akhirnya secara rasminya saya telah berpindah rumah setelah 2 minggu berturut2 berulang alik dari rumah lama ke rumah baru, maklum sajalah kontrak dirumah lama perlu dihabiskan sehingga pertengahan bulan. Lepas selamat berpindah segala barang, sekarang pening kepala memikirkan bagaimana mahu mengemas barang2 yang tiba ke rumah baru pula. Nasib baik sewaktu berkemas dirumah lama ahli keluarga saya semua turut serta bergotong royong mencuci rumah. Kalau tanpa mereka terutamanya ayahanda saya alamat 7 hari 7 malam pun belum tentu siap dicuci!

Dirumah baru saya tinggal seorang diri. Mulanya saya pun kurang yakin untuk tinggal berseorangan kerana memikirkan keselamatan saya ditempat baru. Tapi alhamdulillah setakat ni segalanya baik tambahan pula ada juga jiran yang boleh diharapkan. Saya sebenarnya kurang gemar untuk tinggal dikejiranan melayu, sejak bertahun dulu jiran saya kebanyakkannya bangsa asing termasuklah diapartment terakhir yang saya duduki sebelumnya. Faham sajalah dengan mentaliti orang melayu tambahan pula saya tinggal berseorangan, kadang2 tu terasa seolah2 gerak geri saya diperhatikan oleh mereka. Ada yang berikan senyuman ikhlas, ada juga senyuman terpaksa, entahlah. Asalkan mereka tidak mengganggu hidup saya sudah!

Mak Bonda saya turut bimbangkan keselamatan saya. Memang sedari awal lagi mak bonda minta saya carikan teman serumah bagi menggantikan tempat adik saya. Hmmm...kalau saya perlukan teman serumah tidak perlulah saya bersusah payah mencari rumah lain yang sewanya mampu dibayar oleh saya seorang. Saya pernah tinggal seramai 10 orang sewaktu belajar dulu, bila mula bekerja kami tinggal dalam 4-5 orang serumah, kemudian menjadi 3 orang, lepas tu 2 orang pula dan kini saya lebih selesa tinggal berseorangan.

Memang saya tiada niat untuk mengambil teman serumah lagipun saya perlukan privacy. Sejak meningkat usia, saya sedar yang diri saya semakin cerewet. Saya tidak mahu orang berkecil hati dengan sikap cerewet saya. Saya cuba menjaga segala keperluan terutamanya rumah yang saya sewa sebagai tempat berlindung supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pada waktu ini apa yang saya perlukan adalah ketenangan. Saya ingin kembali dari tempat kerja dengan hati yang tenang & gembira. Apabila membuka daun pintu saya ingin melihat rumah saya yang tenang & bersih! Kalau dahulu sewaktu tinggal beramai2, baju & seluar bergantungan dimana2, itu belum lagi dengan benda kecil2 yang bergelimpangan disana sini ahhhh tension betul!

Pada saya perlulah ada kesedaran apabila kita meningkat dewasa, takkan masih mahu hidup seperti zaman sewaktu belajar dahulu. Kalau tinggal bersama teman2 faham saja lah, kadang2 ada benda yang menyakitkan mata tapi kalau kerap ditegur akan menimbulkan rasa benci pula dihati dia, akhirnya saya sendiri yang sakit mata & makan hati. Saya pernah tinggal bersama teman2, saya juga pernah tinggal bersama adik beradik, jadi macam2 perasaan yang pernah terbuku dihati masing2. Pada saya jalan yang terbaik adalah memilih untuk hidup bersendirian. Lagipun saya akui bahawa saya seorang yang cerewet. Sejauh mana cerewetnya saya memang tiada siapa yang boleh tahan! Alangkah bagusnya jika teman serumah saya seorang cerewet & pembersih seperti Bree didalam Desperate Housewives! Saya buka tergolong didalam mereka yang terlalu pembersih cuma saya ingin melihat rumah yang sentiasa kelihatan kemas!

Saya pasti tiada siapa yang tahan untuk hidup bersama saya! Saya juga tidak mahu selalu berkecil hati atau makan hati dengan mereka2 setiap kali melihat perkara2 yang saya tidak suka! Saya juga tidak mahu orang membenci saya dek kerana sikap cerewet saya yang kadangkala memeningkan! Saya tidak akan sama sekali menghalang sesiapa untuk datang ke teratak saya malah saya sangat mengalu2kan & amat hargai kedatangan mereka, saya gembira jika ada yang sudi datang berkunjung atau menjenguk saya. Cuma setakat itu sahaja, untuk mencari teman serumah saya tidak mahu.

Lagipun saya harus memikirkan keselesaan keluarga saya yang kerap datang ke KL samada untuk bercuti, melawat saya atau atas urusan kerja, jika saya punya teman serumah harus pula memikirkan keselesaan dia! Jadi daripada memeningkan kepala sampai termakan hati lebih baik begini saja. Izinkanlah saya hidup bersendirian. Kepada mereka yang pernah tinggal bersama saya sesungguhnya banyak kenangan pahit manis antara kita semua. Jika ada yang pernah tersinggung dengan kata2 atau perbuatan saya maafkanlah saya kerana saya tidak dilahirkan sempurna segalanya. Harus saya akui kenangan sewaktu tinggal bersama Dura & Harny di Kerinchi adalah yang paling best setakat ini.

Ini apartment terakhir saya, Belimbing Heights. Gambar diambil dari tingkap bilik saya ditingkat 5. Sememangnya saya akan sentiasa merindui pemandangan cantik ini :-(

Nota : Saya perlukan beberapa minggu lagi untuk menghiasi rumah baru saya dek kerana barang yang terlalu banyak. Sebahagiannya akan dihantar pulang ke Ipoh memandangkan rumah baru saya disana telah siap sepenuhnya.

Majlis Pertunangan 10.10.09

Tanggal 10 october lalu secara rasminya adik saya telah menjadi tunangan orang, setahun dari sekarang akan menjadi isteri orang pula. Kalau dahulu tempoh setahun tu rasanya terlalu lama tapi sekarang pejam celik, sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu.

Kami sekeluarga mengelarnya 'akak', boleh dikatakan saya banyak berkongsi cerita pahit manis bersama malah cerita2 kebodohan masing2 pun kami kongsi bersama. Tak sangka, adik yang saya kendong sewaktu kecil2 dahulu kini sudah bergelar tunangan orang. Memang sudah tertulis jodoh dia sampai lebih awal dari saya. Sebagai kakak tentunya saya tumpang gembira dengan pilihannya tambahan pula Anas memang sudah biasa dengan keluarga kami.

Seperti biasa bila adik saya yang melangkah dulu ada saja mulut2 yang bertanya itu ini, saya sendiri pun sudah tak mahu ambil pusing sebab tak kuasa nak melayan soalan yang sama saban tahun. Memang saya memilih untuk tidak berumahtangga buat masa ini. Sampai masa jodoh saya akan tiba juga, cuma saya minta diberi ruang waktu sehingga saya benar2 bersedia. Hanya Allah yang maha mengetahui isi hati saya.
Kepada kedua ibubapa saya yang selalu mengharapkan saya bertemu dengan jodoh yang baik2, insyaAllah akan termakbul juga nanti. Saya tahu ada masa mereka terpaksa berdepan dengan soalan2 mengenai saya tetapi mereka sentiasa tenang tapi dalam hati masing2 tahu apa yang tersurat & tersirat.
Nota : saya paling bosan bila orang mengatakan yang saya terlalu memilih! Adakah kerana umur saya yang semakin meningkat maka saya tidak mempunyai kuasa untuk memilih pasangan terbaik untuk saya? Maaflah, kalau sekadar untuk tangkap muat lebih baik hidup bersendirian.

Makan-makan-makan

Kalau dah Cik Harny kita ni pulang ketanahair alamat program2 lain terpaksa ditunda atau dibatalkan terus untuk memberi peluang pada Cik Harny kita ni berjalan2 sakan, almaklumlah ada masa saya harus menjadi supirnya untuk berjalan kesana kemari. Kata Cik Harny ada juga beberapa teman yang sudi meminjamkan binatang tunggangan mereka untuk kemudahannya berjalan2 di ibukota. Wah semakin seronoklah Cik Harny kita ni ke sana ke mari.

Suatu malam tu kami keluar melepak dengan Amy kat Quan Desa Pandan, bila dah bertemu faham sajalah memang berborak sampai ke pagi. Kebetulan Mak Ngah menghadiri rumah terbuka di tempat lain makanya aktiviti makan2 ni sesama kami yang bujang2 saja. Kalau ke rumah Mak Ngah tau sajalah segala jenis masakan mahu disediakan. Sesiapa yang kenal dengan Mak Ngah memang dah sedia maklum bahkan teman2 saya juga memang mesra dengannya. Keramahan Mak Ngah sekeluarga memang amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali mereka.

Beberapa hari selepas itu Mak Ngah menjemput kami datang kembali ke rumah. Katanya dia terkilan sebab tak menyediakan apa2 juadah sewaktu kami datang tempoh hari, walhal makan kat Quan tu sudah beres dibayar olehnya. Bukan selalu Harny balik ke Malaysia, dah orang jauh datang beraya takkanlah tak memasak pula katanya. Hmmm memang begitulah Mak Ngah, sangat prihatin, bahkan Ayah Ngah bekalkan ikan bilis & udang kering untuk dibawa pulang oleh Cik Harny ke tanah ratu. Harap2 tidak ditahan oleh pihak imigresen disana dek kerana baunya yang enak itu :-D.

Kebetulan minggu pertama syawal Pak Busu mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Tun yang sememangnya sudah menjadi tradisinya setiap tahun. Seperti biasa memang ramai tetamu yang datang berkunjung, daripada VIP sampailah kami yang cuma IP ni. Makanan yang dihidangkan pun memang banyak, dari pelbagai nasi, mee, kuih muih, sate bahkan kambing golek pun ada! Puaslah kami dapat makan bermacam2 makanan hari tu.

Kata Cik Harny memang banyak lagi keinginannya yang belum tertunai. Sedari awal dia sudah mengingatkan saya untuk membawanya makan japanese food & western food di California Kitchen KLCC. Demi Cik Harny saya turutkan sahaja, lagipun sewaktu saya berkunjung ke Glasgow dulu sebaik mungkin dia melayani kami meskipun dia sibuk dengan tugasan di universiti.

Nota : malam nanti Zura sudah berjanji mahu belanja kami makan malam, dapatlah merasa naik kereta barunya..yeay!

Puasa 6

Diam tak diam hari ni dah 10 syawal, sekejapnya masa berlalu rasa macam baru je beraya 2-3 hari lepas. Sejak dari minggu lepas undangan rumah terbuka tidak henti2 bahkan sampai minggu2 terakhir syawal pun masih ada yang menjemput bertandang ke rumah. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan tidak bertindih dengan jadual, saya akan sampai juga nanti. Almaklumlah teman2 yang rapat dengan saya memang sedia maklum kalau nak bertemu dengan saya harus membuat temujanji sebulan lebih awal atau sekurang2nya 2 minggu awal. Saya pula jenis yang suka merancang aktiviti sebulan lebih awal, kerana itu kadang2 ada juga kawan2 yang berkecil hati kononnya saya tidak sudi keluar bersama mereka.

Ramadhan dah berlalu, syawal pun dah hampir ke pertengahan rasanya dah tiba masa untuk berpuasa 6 pula, kalau lambat2 takut nanti rugi pula dek kerana terleka. Saya rasa minggu ni saya nak berpuasa 3 hari & selebihnya sambung pada minggu hadapan pula. Sekurang2nya dapat juga perut saya berehat sementara setelah 'penat bekerja' sepanjang raya. Sudahlah sepanjang ramadhan saya asyik mengambil makanan berat setiap kali berbuka kini ditambah pula aktiviti ke rumah terbuka disana sini, kadangkala timbul rasa bersalah yang amat sangat pada perut saya. Yang hairan tu bila tidak berpuasa tidak pula saya meragam nak makan itu ini tapi bila bulan puasa ada je yang saya idamkan! Boleh dikatakan sepanjang berbuka di bulan ramadhan baru2 ni menu utama saya adalah nasi, tapi jika berpuasa sunat pada hari2 biasa tidak pula saya teringin nak makan nasi, pernah suatu masa saya cuma minum air sebanyak mungkin dan mengambil sedikit makanan ringan sebelum melakukan aktiviti di gym, nasib baik tak pengsan atas treadmill! Tapi begitulah, kekadang mungkin sebab ikutkan nafsu semata2, teringin itu ini walhal tak makan beria pun.

Nota : dah tengah2 raya ni baru teringin nak makan rendang & lemang!

Pindah

Kalau orang lain sibuk beraya ke sana ke mari saya pula sibuk mengemas untuk berpindah randah. Pening betul! Setiap hari balik ke rumah rasa macam nak pitam melihatkan keadaan rumah yang penuh sesak dek barang2 yang bertimbunan macam tempat pelupusan sampah. Kalau ikutkan hati saya memang tak terdaya untuk berpindah randah lagi. Sejak saya menetap di KL selama 17 tahun entah berapa kali saya berpindah kesana kemari. Daripada berpindah dengan hanya satu beg, sampai bertan2 barang yang telah saya kumpulkan. Kalau dulu sebut je nak pindah, berjalan kaki atau naik bas mini pun dah boleh angkut barang ke sana ke mari, sekarang kalau tiada lori 3 tan alamat tak kemanalah barang2 saya tu.

Nasib saya baik kerana tidak perlu pening kepala nak mencari driver lori atau pekerja2 untuk mengangkut barang2 saya kerana saya boleh menggunakan workers di syarikat tempat saya bekerja, lagipun saya lebih suka bekerja dengan mereka2 yang tidak mudah mengeluh. Dahulu sewaktu berpindah ke Wangsa Maju saya mengambil pekerja luar, sudahlah datang dengan lori hantu pekerjanya pula minta wang tambahan, itu belum lagi dengan minta makanan itu ini macamkan nak mati esok hari. Geram betul! Sudahlah terpaksa membayar mereka dgn harga yang mahal, banyak pula songelnya! Sejak daripada tu saya lebih senang bekerja dengan workers kami yang sudah tentu senang dibawa berbincang & menurut kata.

Tak tahulah saya macamana nak berkemas lagi, silap haribulan bila lori sampai saya campakkan saja barang2 dari tingkat atas...hmmmm. Nampaknya aktiviti saya minggu ini hanya berkemaslah jawabnya. Entah berapa lama pula saya nak menetap dirumah baru ni! Rasanya tak sanggup lagi nak berpindah randah. Kalau terpaksa juga lain kali saya pindahkan terus ke Ipoh dan cari saja bilik sewa, itu pun kalau saya sanggup tinggal dengan mereka2 yang tidak dikenali...ishh tak sangguplah rasanya!

Nota : Kadang2 terfikir juga nak membeli rumah di KL tapi melihatkan harga yang berdentum dentam rasanya memang azab ler! Lagipun bukan selamanya saya mahu berada di sini.