Terharu

Apabila teman2 lama menemui saya di laman facebook rasa terharu sangat kerana bersusah payah mencari nama saya sedangkan nama penuh mereka saya tidak berapa nak ingat...huh! Tapi bila dah 'bertemu' macam2lah soalan yang bersarang dihati masing2, paling tak kuasa nak layan memang soalan yang satu tu lah! Tapi dalam ramai kawan2 yang menemui saya memang saya terharu sangat bila ada yang sanggup berkongsi kisah sedihnya walaupun hanya dialam maya. Rupanya selama bertahun2 tidak berjumpa pelbagai kisah suka duka yang ditanggung olehnya, waktu begini memang saya rasa paling bersyukur sekali sebab tak perlu melalui asam garam hidup berumahtangga! Saya terharu kerana beliau mempercayai saya untuk berkongsi kisahnya dulu.

Sejak mengenali beliau dari bangku sekolah apa yang boleh saya katakan tentangnya ialah beliau merupakan seorang pendengar yang setia & baik. Selama saya berkongsi cerita dengannya belum pernah sekalipun beliau menjentik hati saya apatah lagi melukakan hati saya dengan kata2 yang tidak enak didengar, itu yang saya suka! Setiap kali bercerita memang beliau akan memberi tumpuan 100% walaupun kadang2 kami cuma berbual cerita2 yang bodoh sekalipun tapi beliau akan mendengar dengan baik, itu satu sikap beliau yang saya suka. Apabila tamat persekolahan saya masih menghubungi beliau & sejak dulu bila kami mula bercerita memang tak pernah sekejap, dah menjadi kebiasaan kalau bil telefon melambung tinggi bulan tu...tak mengapalah asalkan masing2 dapat meluahkan isi hati yang terbuku dihati. Apabila beliau berumahtangga kami pula terputus hubungan, tapi saya gembira dapat meraikan hari bahagianya waktu tu. Sayang sekali rumahtangga yang dibina tidak kekal lama. Sewaktu mendapat tahu beliau telah berpisah dengan suaminya beberapa tahun lalu saya turut bersimpati tetapi tidak tahu bagaimana mahu menghubunginya. Alhamdulillah akhirnya dia kembali menemui saya dilaman facebook dan kami terus berhubung sehingga kini.

Sebagai seorang teman yang pernah rapat dengan saya tentu sekali saya bersimpati dengan kehidupan beliau sekarang. Kalaulah saya mampu menemaninya setiap hari dah lama saya buat! Tapi apakan daya jarak kami agak jauh jadi terpaksa berkongsi cerita dialam maya sajalah. Saya hanya dapat mendoakan agar beliau tabah melalui kehidupan ni bersama anak2 & ahli keluarga yang lain. Setiap apa yang kita rancangkan dulu tidak semuanya akan menjadi, apapun ini dugaan dari Allah taala untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Ini mungkin bahagian dia, bahagian saya nanti tidak tahu lagi bagaimana. Wahai teman, insyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu juga, waktu tu kita akan bercerita dengan panjang lebar akan kehidupan masing2.

Nota : terima kasih kerana mempercayai saya & terima kasih kerana pernah menjadi pendengar setia saya dahulu, semoga persahabatan kita akan kekal hingga akhir hayat, insyaAllah :-)

0 comments: