Perjumpaan Kawan2

Sebelum berangkat pergi saya dah berjanji untuk berjumpa dengan rakan2 baik saya iaitu Ila & Aja, meskipun disaat2 akhir kerja di office semakin banyak tapi janji harus ditunaikan. Bersusah payah mereka datang ke tempat saya semata2 untuk makan tengahari bersama, maklumlah orang yang berumahtangga ni susah nak buat temu janji pada hujung minggu.

Kami bertiga berkawan baik sejak dari zaman ID lagi bahkan kami pernah tinggal serumah & sebilik pun sewaktu belajar di Taman Melawati dulu. Bila diungkitkan kembali nostalgia lama rasa bodoh pun ada bila masing2 bercerita perihal lelaki yang pernah bersama kami dulu, hmmmm dah menjadi sejarah pun....sejarah yang tak perlu dikenang lagi.

Ila memang teman yang kerap saya jumpa bahkan anak2nya pun sangat senang dengan saya, sampaikan Ila pernah berkata kalau susah sangat nak bertemu jodoh beliau sanggup bermadu dengan saya, hahaha...itulah perkara paling lawak bagi saya, mana mungkin saya 'belot' pada teman sendiri. Ila & saya berkongsi rahsia yang sama, mungkin kerana itu dia lebih memahami saya, hanya Ila saja teman yang tahu apa yang saya rahsiakan selama ini.
Bila dah berjumpa tentu sekali tidak lengkap tanpa sessi makan2, bila dapat makan ditambah dengan gossip sana sini makin meriahlah perjumpaan kami sampaikan saya telah 'terbabas' waktu makan tengahari yang sepatutnya sejam telah menjadi hingga 2 jam lebih.

Tak mengapalah sebab bukan senang nak jumpa dengan mereka meskipun masing2 tinggal di KL. Dek kerana tak puas dengan perjumpaan tengahari kami sambung pula ke sebelah petang, kesian mereka yang sanggup menunggu sehingga saya habis waktu kerja. Beginilah nasib bila kita makan gaji dengan orang! Macam mereka berdua senanglah sebab masing2 punya bisnes sendiri.

Terima kasih teman2 kerana sudi bertemu saya, jika boleh semestinya saya ingin bertemu dengan kalian semua sebelum berangkat pergi tapi apakan daya waktu semakin suntuk. Buat teman2 yang telah membuat temujanji disaat akhir mohon kemaafan jika tidak dapat memenuhinya kerana saya harus membuat pelbagai persiapan sepanjang hujung minggu ni. InsyaAllah kita akan bertemu lagi sekembalinya saya ke tanahair nanti. Doakan moga dipermudahkan perjalanan saya disana nanti.Wassalam.
Nota : tiba2 rasa terharu apabila dapat bermaafan & berpelukan dengan mereka.

0 comments: