Hantu...!!!!

Kalau boleh dikategorikan makhluk yang paling ramai pernah menjadi rakan karib saya barangkali golongan hantu lah yang paling ramai sekali. Sejak dari zaman persekolahan sampai sekarang memang hantu sangat suka 'berkawan' dengan saya. Wahai hantu2 apalah keistimewaanku sampai kalian suka sangat nak berkawan denganku hah!

Beberapa tahun kebelakangan ni saya asyik berubat disana sini sebab nak 'hambat' hantu2 ni daripada berterusan menjadi 'rakan karib' saya. Daripada hantu2 sesat yang suka nak berkawan, hantu2 yang dihantar dek boyfriend lama yang saya sendiri pun tak tahu gerangan yang mana satu sampailah 'hantu' yang dihantar oleh kawan sendiri, saya sendiri pun dah tak tahu berapa banyak yang pernah 'singgah' selama saya hidup.

Setiap kali berpindah randah rasanya beberapa bulan pertama je saya dapat hidup aman damai lepas tu memanglah kena kacau balik! Kebelakangan ni pun memang saya kerap pulang lewat kadangkala sampai ke jam 4 pagi baru tiba di rumah, jadi memang tak sangka yang 'hantu' ni akan ikut sekali memandangkan saya pulang selepas jam 1 pagi. Orang kata kalau jam 12 - 1 pagi tu memang time dia bersuka ria lah kan, rupanya balik awal subuh pun dia tengah bersuka ria juga, huh!

Hari sabtu lepas alang2 Abg Rashid datang ke rumah lebih baik saya minta dia tengok2 kan sebab dah beberapa kali saya melihat ada kelibat didalam rumah saya. Nak kata takut memang tiada perasaan takut langsung waktu tu, sewaktu diberitahu ada hantu datang 'bertenggek' dirumah pun saya tidak takut langsung, tapi bila pulang dari Ipoh dalam keadaan hujan lebat tengah malam semalam tiba2 timbul pula perasaan takut, tambahan pula bila mendapat tahu dibahagian mana dia 'bertenggek'! Sudahnya saya nyalakan segala lampu & radio untuk menghilangkan rasa takut selain 'memagari' diri sebelum tidur dengan surah Al Fatihah & 3 Qul. Sudahnya bangun pagi dengan kepala biol dek kerana tak dapat tidur dengan puas, kejap2 terjaga, mata pula melilau ke sana ke mari. Haram punya hantu!!!

Dalam banyak2 hantu yang datang 'berkawan', paling saya tak percaya bila orang yang saya kenali sanggup 'membomohkan' saya. Nak percaya ke tak percaya ke memang itulah realitinya. Saya punya bukti yang jelas lagi nyata tapi biarlah saya saja yang tahu sebab bila bercerita pun mati2 orang tak nak percaya, silap haribulan orang kata saya bermulut jahat, tapi sejak dari tu saya sentiasa mengelakkan diri darinya untuk terus datang ke rumah saya. Walau tiada siapa pun yang mahu mempercayainya tapi Allah itu Maha Adil, lihatlah hidup siapakah yang lebih merana sekarang? Bertaubatlah wahai kawan......

Nampak gayanya malam ni berseorangan lagi lah saya, memang saya tinggal sorang2 pun cumanya hari tu Bancik kerap datang kerumah sekurang2nya ada juga peneman. Tak mengapalah selagi si hantu tak mengganggu biarkan saja dia bertenggek disitu. Kalau rajin sangat kau tolonglah kemaskan rumah atau apa yang patut wahai hantu, tidak lah duduk bertenggek free je kat rumah tu! Banyak cantik!!!!!!!

Nota : kalau dikumpulkan hantu2 yang lepas barangkali boleh buka 'kelab hantu'!

0 comments: