Keletihan tahap maksimum!

Kalaulah anggota badan selain daripada mulut mampu berkata2 barangkali 'mereka' akan komplen betapa letihnya mereka! Saya rasa bulan ni adalah bulan yang paling memenatkan! Ya Allah bila boleh siap semua kerja2 ni? Kenapa semuanya datang disaat2 akhir?? Kenapa hidup saya menjadi tidak keruan seperti dulu, terpaksa kerja lebih masa untuk menyiapkan kerja2 yang tak pernah habis ni! Eh bukan salah saya! Salahkan client yang mereng2 tu sebab suka sangat menukar itu ini, tu ler dok pakai lagi konsep 'customer always right'..tengkorak hang!

Saya ni memanglah bukan jenis yang suka membawa pulang kerja ke rumah, ohhh tidak sama sekali! Waktu dirumah hanya untuk berehat semata2, menonton tv sambil makan, makan & makan lagi. Sudah cukup memeningkan kepala mengadap kerja seharian mana mungkin mahu dibawa pulang ke rumah pula, bukan dapat extra cuti ataupun boleh claim overtime! Bukanlah nak berkira tapi kita pun ada kehidupan sendiri kan. Konsep saya 'kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja'!

Tapi selalunya sibuk macamana pun saya tetap mencari ruang waktu untuk bersama keluarga, teman atau kaum kerabat yang lain, kalau tidak saya boleh jadi gila. Kebelakangan ni saya lebih suka melepak bersama sepupu sepapat saya, boleh dikatakan setiap minggu kami keluar bersama, maklumlah kawan2 yang ada pun dah tak ramai, kalau ada pun yang disini kebanyakkannya dah berumahtangga, yang best2 pula dah jauh dinegara orang yang tinggal pun jenis yang bosan2 gak...adehh!!! tak larat ler nak layan orang2 macam ni...dah tua2 ni saya lebih suka menghiburkan hati dengan ketawa & senda gurau bersama kawan2, bukan melayani perasaan hati masing2 yang tak pernah berkesudahan, ala rimas lah!

Nasib baik juga ada sepupu sepapat yang sekepala, walaupun ada yang dah berumahtangga tapi sang suami pula bukan jenis yang banyak soal memang makin menjadi2lah kami, sebab tu ada masanya boleh melepak sampai 3 - 4 pagi, kalau dengan mak bonda mesti dia akan cakap macam ni 'kalau bangun sembahyang sunat ke ada gak pahala' (err...tapi mak pun takde bangun kan..kan..hehehe)

Oh..harap2nya dapat berehat sedikit minggu depan memandangkan show pun akan bermula tidak lama lagi. Harap sangat2 sebab dah tiada tenaga lagi dah :-(

Nota : mengharapkan gaji naik lagi tahun ni...kena doa betul2 ni!

2 comments:

Dura said...

kerja kuat2..kumpul $$$ byk2..nanti ambik cuti panjang2..pi travel..hepi2 ..hehe..jgn lupa singgah di sekotlen & US ya yang :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

InsyaAllah...tu ler skang ni tgh kerja kuat2 smpi naik biol pun ada..memandangkan tahap biol sudah mencapai ke tahap maksimum makanya percutian akan dipercepatkan ke tahun ini :-)