Selamat tinggal 2009

Tirai 2009 akan berlabuh, terasa cepat benar masa berlalu. Apa yang saya pelajari sepanjang tahun ini? hmmm...salah satunya menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan saya akan meneruskan aktiviti ini selagi terdaya. Letih? Sangat2 meletihkan tapi akhirnya menjadi sebahagian drp minat saya. Apabila punya minat kita akan melakukannya sebaik mungkin.
Saya mengharapkan sinar kebahagiaan akan menjelma ditahun baru nanti & sentiasa mengingatkan diri untuk menjadi yang lebih baik drp sebelumnya! Besar harapan saya jika niat untuk mengerjakan umrah dapat ditunaikan pada tahun 2010. Rasanya sudah sampai seru untuk saya ke sana, kalau hendak tunggu bersedia sampai bila pun saya tidak tahu. Saya akan mendoakan yang terbaik utk ahli keluarga sekalian, teman2 & rakan taulan serta seluruh umat islam semoga kita sentiasa diberkati & dirahmati, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur & sentiasa berada disalam keadaan sihat agar kita dapat beribadah kepada-Nya, insyaAllah.
Nota : Semoga dipermudahkan perjalanan kita di tahun baru ini. Selamat datang 2010!

Selamat Pengantin Baru Zurd!

Alhamdulillah akhirnya Zurd telah sah menjadi isteri orang. Lebih bermakna Zurd memilih 18 Disember bersamaan dengan Maal Hijrah mengikut tahun baru islam untuk hari istimewanya, bermulalah penghijrahan & kehidupan baru sebagai isteri pula selepas ini.

Nampaknya mudah untuk saya mengingati ulangtahun perkahwinan mereka kerana bersamaan dengan tarikh harijadi saya juga. (Kalau saya punya calon tentu saya juga memilih tarikh yang sama kerana jarang2 sekali ada perayaan yang disambut pada tarikh tersebut apatah lagi maal hijrah).

Sejak dari awal lagi Zurd meminta saya menemaninya sewaktu majlis akad nikah tapi disebabkan saya datang bersama rombongan yang sedari awal memang sudah dijangka akan kelewatan mereka makanya saya tidak dapat turut serta pada majlis pernikahan itu. Tidak mengapalah yang pasti semuanya sudah selamat.

Sewaktu dalam perjalanan ke rumah Zurd hujan turun selebat2nya, habis basah kuyup saya dibuatnya tapi demi Zurd kami semua tiba juga. Kata Zurd, hujan turun dengan lebat sepanjang majlis pernikahannya tapi sebaik selesai majlis hujan pun turut reda. Barangkali hujan rahmat seperti kata orang.
Memandangkan Zurd tidak bersanding selepas majlis akad nikah maka tidak banyak gambar yang dapat saya ambil selain daripada berposing sesama sendiri walaupun dalam keadaan basah kuyup, lebih malang hanya saya seorang sahaja yang kebasahan seperti orang baru keluar dari telaga! Apa pun tahniah buat Zurd & pasangan. Semoga bahagia hendaknya sampai ke hujung nyawa. Selamat pengantin baru :-D
Nota : dulu sama2 pergi kursus kahwin dengan Zurd, agak2nya giliran siapa pula selepas ni ye?

Happy Birthday!!!!

Esok harijadi saya. Lebih bermakna esok juga merupakan tahun baru jika mengikut kalendar islam. Saya hanya inginkan kehidupan yang bahagia didunia & diakhirat. Semoga dimudahkan perjalanan saya ke masa2 akan datang. Semoga saya juga menjadi insan yang lebih berguna! Setiap pagi saya mensyukuri nikmat yang Allah berikan selama ini & lebih bermakna masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi.

Teman2 ID

Dulu kami pernah tinggal serumah, zaman tu satu bilik penuh sampai 6 orang! Tidur berhimpit2 macam indon dalam tongkang! Satu tilam kongsi 2 orang...lawak sungguh! Tapi masa tu badan pun comel2 je takde ler macam sekarang, kalau sekarang ni duduk rumah sebijik sorang2 pun barang habis penuh satu rumah!

Lepas tamat ID masing2 bawak diri, tambah pula yang sudah berumahtangga. Aja antara yang pertama berkahwin. Anak2 pun dah ramai & besar panjang tapi badan tetap ler maintain macam dulu. Ila walaupun dah kawin tapi kami kerap bertemu atas urusan business. Kalau jalan2 pun memang on je dia ni sebab kami berdua sama2 kaki shopping. Anak2 dia pun habis diangkut sekali, lagipun mereka sudah biasa & selesa dengan saya.

Selepas beberapa tahun baru dapat berjumpa dengan Aja kembali. Sempena cuti tempoh hari kami sepakat nak berjumpa di KLCC. Macam jejak kasih pun ada! Seronok sangat. Walaupun dah beberapa kali dibatalkan akhirnya dapat juga bersua muka. Untuk makan dengan aman & selesa kami pergi ke California Pizza Kitchen. Sambil makan, sambil gossip...apa lagi :-D

Saya ni memang jarang2 ke KLCC. Kalau pergi pun atas urusan kerja, kebetulan ada exhibition di KL Convention Centre barulah curi2 datang ke Suria KLCC untuk makan2. Dek kerana dah lama tak ke sana saya pun tidak tahu rupanya ada tandas yang dikenakan bayaran sebanyak RM2! Mak aihhh...mahalnya nak pergi membuang 'sesuatu' yang tidak sampai 2 minit!
Rupanya di dalam tu disediakan segala jenis losyen tangan, minyak wangi & segala jenis wangian daripada Body Shop. Untuk memuaskan hati yang terpaksa membayar sebanyak itu saya pun menggunakan segala jenis losyen yang ada! Sampaikan kakak cleaner tu kata 'kakak, sudah dibayar mahal2 mesti mau dipakai ini semua kak!' Hah! Memang betul...Itupun masih rasa tak puas hati lagi! Lebih sakit hati perut ni pun macam tau2 je, lepas makan dah mula sakit balik! ishhh...geram betul! Memang sengaja nak suruh saya masuk ke tandas mahal tu lagi.
Almaklumlah tandas murah terpaksa beratur panjang pula! Nak tak nak terpaksa masuk sekali lagi tapi kali ni rasa puashati sebab dapat duduk lama didalam tu :-D
Nota : tetap rasa tak berbaloi bayar tandas semahal tu! kat oversea banyak lagi tandas yang lebih cantik & bersih tapi ada yang tidak kenakan apa2 bayaran pun!

Nasi


Siapa kata saya tidak makan nasi langsung? Sesekali keinginan tu tetap ada cuma saya perlu pastikan nasi yang diambil cuma dari beras perang. Sewaktu mula2 pergi ke gym dahulu memang saya tolak nasi terus, ada masanya saya tidak makan apa2 pun selain daripada minum air kosong dalam kuantiti yg banyak sebelum memulakan rutin harian di gym. Kalaulah trainer saya tahu memang kena membebel lah jawabnya!

Kalau pulang ke Ipoh memang tiada istilah diet langsung, apa saja yang bonda masak semuanya akan masuk ke perut saya! Tiada pantang larang selain drp pantang tengok! Sebab tu saya tak berapa suka berada lama dikampung halaman sebab berat saya akan naik mendadak apabila kembali nanti.

Ini menu saya untuk semalam. Nasi goreng sayur caca merba namanya. Ada ayam, kentang, carrot, kacang peas, lettuce, telur & cili api yang sewajibnya ada, kalau tidak alamat tak lalu nak makan! Sayur semestinya diletakkan sebanyak mungkin.

Nasi goreng ni saya tidak makan sekaligus, sedikit diwaktu rehat, separuh diwaktu makan tengahari, selebihnya pada waktu petang. Memang kerap sbb beras perang memang tidak mengenyangkan langsung pada saya. Malam sebolehnya tidak makan selepas jam 8 malam. Cuma ada ketika apabila pulang dari gym jam 11 malam perut mula terasa lapar, jadi jalan yang mudah adalah dengan membancuh milo panas, rehat seketika & kemudian boleh tidur.

Sesiapa yang sanggup makan seperti saya bolehlah ikut. Ada juga yang kata saya seperti menyeksa diri kerana tidak makan seperti orang lain. Rasanya mereka lebih menyeksa diri sendiri kerana makan tidak ikut seperti yang sepatutnya. Diet itu bukanlah tidak makan langsung tapi makanlah mengikut kadar tertentu disamping senaman yang sesuai agar tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Ini sekadar pendapat saya, setiap dari kita mempunyai tahap kesihatan & keperluan yang berbeza terhadap anggota badan masing2. Kita yang menentukan corak kehidupan kita. Jangan sampai dah terbaring dikatil hospital waktu itu baru menyesal kerana mengabaikan kesihatan diri.

Nota : mati akan tetap datang kepada kita cuma kalau boleh saya tidak mahu mati disebabkan kelalaian saya kerana tidak menjaga tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah dengan baik. Andai perut mampu berkata2.....


Teater Natrah

Menonton teater bukanlah sebahagian minat saya. Jika tidak kerana cerita yg benar2 menarik atau kerana ada pelakon yang betul2 saya minati belum tentu saya akan pergi. Sepanjang hidup ini adalah kali ke3 saya pergi menonton teater. Sewaktu PGL dulu memang tidak berkesempatan langsung untuk pergi menonton dek kerana tiket yang sold out setiap hari walaupun tayangannya disambung beberapa hari kemudian. Dari komen2 yang ditulis diakhbar2 nampak seperti teater Natrah ini ada kekuatan yg tersendiri ditambah pula pelakon2 yang bertaraf kelas 'A'. Dari Sofea JAne, Maya Karin, Umie Aida & Remy Ishak semuanya berjaya membawakan watak masing.

Kesemua pelakon yg terbabit dlm teater 'NATRAH'
Memang ada babak yang meruntun hati terutamanya apabila Natrah terpaksa berpisah dengan suaminya Mansor Adabi, ada juga babak yang melucukan & ada juga yang mampu membuatkan kita menangis bersama. Sekurang2nya teater ini mampu membawa kita menyelami apa yang dilalui oleh Natrah dahulu walau mungkin sebahagian daripadanya ditokok tambah untuk 'menyedapkan' cerita.

Remy Ishak sbg Mansor Adabi
InsyaAllah jika masih punya kesempatan & waktu pasti saya akan menonton teater lagi selepas ini. Seronok juga sekali sekala menyaksikan sesuatu secara live daripada asyik melayan cerita2 dipanggung wayang. Apa pun saya sangat berpuashati dapat menonton sendiri teater Natrah & bertemu Remy Ishak! yeay!!!
Nota : kalau tidak kerana Remy Ishak mungkin juga saya tidak berkesempatan menonton teater ni :-p

Kerana kelalaian orang lain menjadi mangsa

GRIK: Tidak sampai sehari tragedi tiga maut di sini, satu lagi kejadian hampir sama berulang, juga membabitkan kematian pasangan suami isteri dan pertembungan dua kereta, petang kelmarin. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 3.30 petang hari kedua Aidiladha itu, dua maut manakala enam cedera termasuk tiga parah apabila dua kereta bertembung, dekat Tasik Banding, Kilometer 48, Jalan Raya Timur–Barat (JRTB). Mangsa yang maut ialah suami isteri warga emas iaitu Zainal Amran Mohamed Ali, 66, dan Suhaimah @ Sahemah Mohd Ali, 62, beralamat di 323, Laluan Taman Meru, Ipoh. Mereka penumpang kereta Proton Saga yang dirempuh Toyota SEG dari arah bertentangan. Suhaimah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zainal Amran mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Grik (HG). Mangsa bersama tiga yang lain, menaiki Proton Saga yang baru dibeli tiga hari lalu dan dalam perjalanan secara berkonvoi ke majlis menyambut menantu di Tanah Merah, Kelantan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Tragis ibu bapa mati bersama

IPOH: “Sebelum ini, ramai saudara-mara dan kenalan lama ibu bapa sering bergurau mengatakan mereka pasangan sehidup semati kerana tidak pernah berenggang walau ke mana sekali pun, termasuk ke kedai runcit berhampiran rumah.“Saya tidak sangka kata-kata gurauan itu jadi kenyataan apabila mereka berdua pergi meninggalkan kami sekeluarga serentak dan lebih menyedihkan, ia berlaku di depan mata kami,” kata Izma Zainal Amran, 36, anak perempuan pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Grik, petang kelmarin. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang di Kilometer 48, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Zainal Amran Mohamed Ali, 66, dan isteri, Suhaimah @ Sahemah Mohd Ali, 62, terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lain dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju.

Lebih tragis, kemalangan itu berlaku di depan ahli keluarga yang menaiki empat lagi kenderaan di belakang ketika dalam perjalanan ke majlis menyambut menantu di Tanah Merah, Kelantan. “Kereta Proton Saga itu baru saja dibeli arwah bapa tiga hari lalu dan ia pertama kali digunakan semalam (kelmarin) untuk menghantar adik perempuan saya, Intan Azida, 29, ke rumah mentuanya di Tanah Merah selepas melangsungkan perkahwinan di sini pada 22 November lalu. “Kami menaiki lima kenderaan dengan arwah ibu dan bapa menaiki kereta nombor dua di belakang kereta dipandu Intan Azida, manakala saya dalam kereta keempat. “Kejadian berlaku terlalu pantas. Sebaik tiba di kawasan berselekoh di tempat kejadian, saya lihat kereta Toyota itu meluru laju dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kereta dinaiki ibu dan bapa saya yang dipandu adik bapa, Shahrul Na’am, 27,” kata Izma yang ditemui selepas pengebumian ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini, petang semalam.

Menurutnya, kereta di belakang kenderaan dinaiki ibu dan bapanya yang dipandu bapa saudaranya terpaksa mengelak daripada melanggar mereka sehingga memasuki longkang di tepi jalan. “Pilu hati kami semua melihat ibu yang mengalami pendarahan teruk di kepala manakala bapa lemah tetapi tidak mengalami kecederaan luaran. “Sebaik menarik keluar semua lima ahli keluarga kami daripada kenderaan yang remuk teruk itu, kereta berkenaan terbakar.“Saya sempat mengajar ibu mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di depan kami manakala bapa pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Grik,” katanya. Menurut Izma, doktor memberitahu bapanya mengalami kecederaan dalaman teruk akibat impak rempuhan manakala ibu pula parah di leher.“Saya sedih dan terkilan kerana ketika kejadian, semua kenderaan rombongan kami dipandu perlahan memandangkan jalan berkenaan bahaya dan banyak selekoh. “Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dan anggap ia takdir kerana Allah lebih menyayangi mereka,” katanya sebak.

Sementara itu, Intan Azida berkata, majlis menyambut menantu di rumah suaminya di Tanah Merah ditukar majlis tahlil kerana semua persediaan sudah dilakukan termasuk menyembelih seekor lembu.“Keluarga suami turut sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku pada hari bahagia saya. Jika pemandu kereta itu memandu secara berhemah, mungkin kejadian ini tidak berlaku.“Saya anggap kejadian ini takdir dan ujian. Namun jauh di lubuk hati, saya anggap tragedi ini ada hikmahnya kerana arwah ibu dan bapa pasangan paling bahagia dan seperti sudah berjanji sehidup semati,” katanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kedua2 arwah merupakan teman baik ayahanda bonda. Mereka seringkali bertemu dimasjid. Bonda pula tidak habis2 memuji akan kebaikkan arwah isteri yang sangat baik budi bahasanya, begitu juga dengan arwah suaminya. Terkilan sekali kerana mereka meninggal dunia dek kerana kecuaian orang lain. Lebih menyedihkan hati mereka sekeluarga berkonvoi untuk ke majlis bertandang di Kelantan. Walhal pada pagi itu arwah suami masih lagi berada dimasjid kerana menguruskan ibadah korban dimasjid taman meru sebelum bertolak ke sana. Sudah tertulis mereka pergi bersama2. Tinggallah anak2 menjadi yatim piatu. Tinggallah rumah yang kini tiada berpenghuni. Tinggallah segala kenangan sebagai tanda ingatan pada mereka yang masih hidup.

Dek kerana kebaikkan mereka ayahanda pernah menyuarakan hasrat pada bonda untuk menjodohkan saya dengan anak arwah. Semuanya bermula apabila arwah mengadu pada ayahanda akan kebimbangannya pada anak terunanya yang masih membujang. Susah betul nak kawin! itulah bebelan arwah. Kata ayahanda pula,' sekurang2nya dia lelaki, anak saya tu perempuan, pun susah nak kawin juga, entah apa ler yang dia cari!' Rupanya apabila pulang ke rumah hasrat itu dinyatakan pada bonda, 'cubalah awak tanya pada kak mah tu nak tak kita berbesan?'. Ketawa saya mendengar cerita bonda maklum sajalah ayahanda tidak pernah berbuat demikian. Ayahanda juga tidak pernah berceritakan hal ini pada saya. Jadi saya anggap itu sekadar hajat ayahanda semata2 kerana tidak pernah dinyatakan pada empunya badan. Apa pun jodoh pertemuan itu ditangan ilahi, seperti pasangan arwah telah tertulis mereka sehidup semati hingga ke akhir hayat. Moga ditempatkan roh mereka dikalangan orang2 yang beriman & beramal soleh. Alfatihah.