Kahwin

Siapa yg tidak mahu berkahwin? Bukankah kita dijadikan untuk hidup berpasangan? Saya juga tidak pernah kata yg saya tidak mahu berkahwin langsung cuma saya rasa buat masa ini saya tidak berminat ke arah itu. Saya pernah merancang utk berumahtangga 10 tahun yg lalu tetapi jodoh pula tidak lama. Selepas 3 tahun kemudian saya mula bersedia untuk mencari pasangan yang sesuai buat peneman hidup saya. Tapi mungkin waktu itu saya hanya bersedia dibibir sahaja sedangkan dihati saya tidak berminat langsung ke arah itu. Kerana itu setiap jodoh yg datang semuanya tidak dapat bertahan lama.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun apa yang boleh saya katakan sesungguhnya saya sangat bahagia melalui fasa hidup saya kini tanpa pasangan! Mungkin orang akan menganggap saya ego atau berbangga diri kononnya dapat hidup tanpa lelaki, tapi pada saya apa guna ada suami jika hidup penuh bebanan! Ya memang benar tidak ada rumahtangga yang bahagia sepanjang hayat, dalam kehidupan berumahtangga sudah pasti ada pasang surutnya cuma mungkin disebabkan telah lama hidup bersendirian saya rasa semakin gembira dengan kehidupan sekarang.

Bukan ibubapa saya tidak pernah menegur tapi selalunya saya buat endah tak endah sahaja. Bukan juga saya tidak memberi ruang hati untuk mengenali mana2 lelaki tetapi ibu saya pula selalunya berlainan pendapat dengan saya. Sejak dahulu setiap lelaki yang berkawan dengan saya akan dipantau oleh ibu. Tidak seperti adik beradik yang lain ibu saya lebih bersifat terbuka terhadap mereka. Semuanya kerana saya lebih berminat pada lelaki bangsa lain sedangkan ibu saya telah menetapkan syarat bahawa saya mesti berkahwin bukan sahaja dengan lelaki islam bahkan dia semestinya lelaki melayu! Lain pula dengan ayahanda saya, beliau lebih bersifat terbuka dalam banyak perkara kerana itu apabila mendapat tahu saya pernah berkawan dengan lelaki yang tidak seagama dengan saya beliau tidak terus melenting.

Walaupun saya pernah menyayangi lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya itu tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu menderhaka pada ibu saya, tambahan pula sejak dahulu saya memang dah kerap menderhakai ibu terutamanya apabila berbicara bab lelaki! Entah kenapa atas nasihat ayahanda, saya meninggalkan dia walaupun masih ada perasaan sayang yang menebal pada waktu itu. Pada saya walau sejauh mana kasih sayang saya pada dia tidak dapat ditukar ganti dengan kasih sayang keluarga sendiri. Lelaki boleh dicari keluarga tiada tukar ganti, bahkan mungkin saya akan dapat lelaki yang lebih baik, insyaAllah...

Saya tidak pernah membenci lelaki melayu cuma saya lebih berminat pada lelaki bukan melayu, mungkin disebabkan kebanyakkan mereka yang bukan sebangsa dengan saya lebih gentleman & bersifat terbuka dalam banyak perkara. Bukan juga saya tidak pernah memberi ruang untuk mengenali lelaki melayu tetapi saya rasa mereka 'lebih takut' pada saya! Kononnya kerjaya & pangkat saya membuatkan mereka takut untuk mendekati saya. Terpulanglah, pada saya dalam usia sebegini saya harus ada kerjaya yg stabil & aset untuk jaminan dimasa depan, saya juga tidak mahu lelaki mendekati saya hanya sekadar untuk menumpang apa yang telah sedia ada sahaja! Bukankah menjadi tanggungjawab mereka juga menyediakan keperluan itu untuk masa depan anak2 & isteri mereka nanti?

Jangan sesekali menganggap seolah saya terlalu memilih kononnya hanya memandang lelaki berharta semata. Saya hampir dijodohkan dengan lelaki yang kaya raya tetapi jodoh kami tidak sampai. Kalau saya gilakan harta & kebendaannya sudah pasti sedaya upaya saya akan mengejar & mendapatkan dia tapi tidak! Tidak perlulah bersusah payah bersengkang mata bekerja kuat apatah lagi dia mampu memberi kemewahan yang melimpah buat saya. Mungkin kebetulan, setiap lelaki yang dikenalkan kepada saya kebanyakkannya berharta, tapi bukan itu yang saya cari. Memang benar wang itu penting tapi bukan itu keutamaan saya. Dalam soal jodoh saya hanya inginkan seseorang yang serasi dengan saya & pastinya dia juga semestinya punya jaminan masa depan. Saya tidak mencari kesempurnaan dalam sesuatu perhubungan kerana saya juga tidak sempurna.

Walaupun mungkin agak lewat saya yakin jodoh saya akan tiba juga suatu hari nanti. Saya juga mengharapkan ibu akan lebih bersifat terbuka & dapat menerima sesiapa sahaja yang telah ditakdirkan untuk saya, bahkan kalau sudah tertulis jodoh saya bersama lelaki melayu saya tetap akan menerima seadanya. Melihatkan kebahagian adik2 bersama keluarga mereka selalu terbit keinginan dihati untuk berkahwin tetapi apabila melihat perceraian yg terjadi pada sepupu saya membuatkan saya takut untuk berumahtangga. Tetapi dalam hidup tentulah ada pasang surutnya, jika tidak nanti tak meriah pula kehidupan kita dimuka bumi.

Nota : walaupun jauh disudut hati saya masih tidak bersedia untuk berumahtangga lagi namun saya tetap mengharapkan suatu hari nanti ditemukan olehNya jodoh yang terbaik buat saya & sentiasa memohon kepadaNya agak dibukakan hati saya untuk menerima seseorang dalam hidup.

4 comments:

Dura said...

kesimpulannya ..satu ajer ..kalau jodoh takkan kemana :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

tersgt ler betulnya...makcik2 sekalian yg asyik dok bertanya tu tanya ler selagi larat sbb aku mmg boleh pekak tulikan telinga...hehehe

izinni said...

begitu sopan dan baku luahan hati ko elly. terharu aku. huhuhuhu ...

pucuk pangkalnya hati dan jodoh. bak kata dura, kalau jodoh tak kemana. aku rasa mak hang tu nanti lama2 lembutlah hati dia tu. takan nak nengok ko bujang sampai tua kan .. hehehhe .. lebih2 lagi kalau calon menantu dia adalah si cristiano ronaldo ... hahahahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

bukan senang nak tgk aku membakukan luahan hati melalui ayat2 ku ini...hahaha...

mak aku mmg ler susah nak dilembutkan hatinya, kalau direbus pastu dipasang balik pun belum tentu akan lembut..hahaha...awal2 lagi dia banned si Ronaldo, aku tergila2kan Ronaldo tu pun dia boleh membebel mcm ler aku nak kawin ngan dia...huahuahua