Hi-tea sambil bergossip

Susah sekali nak menemukan kami bertiga, biasalah masing2 ada saja alasan. Walaupun kami semua menetap di KL tapi nak jumpa sekali sekala tu pun terpaksa menunggu berbulan2 lamanya. Jadi apabila nyah (gelaran utk pn mazita kita) menelefon & mengajak utk hi-tea bagai pucuk dicita ulam mendatang! waktu itu saya masih berkira2 samada hendak pergi ataupun tidak memandangkan saya harus memulakan program diet kembali setelah puas menambahkan kalori yang sedia banyaknya sejak aidilfitri yang lalu. Tambahan pula keesokkan harinya saya ada kelas bersama trainer setelah sekian lama asyik tertangguh dek kerana kesibukkan masing2.

Seperti biasalah kalau bertemu kisahnya asyik berkisarkan tentang hal rumahtangga masing2, saya yang tidak berumahtangga ni sekadar menjadi pendengar sajalah. Nak komen lebih2 pun saya tidak berani, sekadar meluahkan apa yang perlu sahaja. Apapun saya sangat mengagumi ketabahan & kekuatan yang ada pada Amy, kalau ini terjadi pada saya entah apalah yang akan saya lakukan! Saya pernah melihat Amy mengharungi semua ini sewaktu dia putus tunang beberapa tahun lalu, mungkin kerana itu apabila terjadi perpisahan didalam perkahwinan yang dibina tidak sampai 3 tahun dia nampak lebih tenang walau dalam hati hanya Allah yang Maha mengetahui. Kata Amy, dia harus kuat demi anaknya Rania.

Amy yang saya kenali sejak kecil adalah antara sepupu yang paling rapat dengan saya. Kami berkongsi banyak cerita suka & duka bersama tetapi Amy memang pandai menyimpan sesuatu rahsia! Kalau berbual bersamanya kita tidak akan tahu akan masalah berat yang sedang dialaminya, itu satu kekuatan yang ada pada Amy & pastinya tidak ada pada saya! Sewaktu mendengar berita perpisahan mereka beberapa bulan lalu, saya hanya terbayangkan nasib Amy & si kecil yang baru lahir itu. Kasihan Rania yang tidak mengerti apa2. Sampai kini setiap kali memandang Rania hati saya merasa sebak, tambahan pula dia manja dengan saya. Kesian si kecil yang tidak berdosa itu. Memang berat sekali dugaan buat Amy sejak dahulu. Selalu dia bertanya pada saya apakah salah dia sehingga selalu ditinggalkan. Wahai Amy, sesungguh mereka tidak tahu menghargai kamu, percayalah ada insan yang lebih baik buatmu dimasa akan datang. Bukankah telah tertulis jodoh yang terbaik itu untuk mereka yang terbaik?

Nota : sesekali terfikir elok juga saya tidak berumahtangga daripada dibebani masalah begini tapi itulah adat resam dalam rumahtangga, ada pasang surutnya. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apapun kekuatan & kesabaran tu harus ada sebelum melayari bahtera rumahtangga bersama2.

2 comments:

Dura said...

semoga amy tabah ..putus kasih bukan bermakna berakhirnya kehidupan ni.
Yg aku paling menyampah kenapa harus ambil suami orang..tunang orang..boyfriend orang ..kenapa nak kebas hak orang lain..bukan ke kita ni sama2 pompuan.
memang betul tu elly..bila pikir2 memang ada rahmatnya kenapa kadangkala lambat temu jodoh..Allah swt dah ada rancangannya utk kita semua.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

betul tu Dura...x tau ler kenapa org suka sgt nak ambik laki org?tapi yg jantan pun sama kan, bertepuk sebelah tgn xkan berbunyi betul x? yg jantan suka sgt melayan, yg perempuan lak jenis ketandusan kasih sayang kononnya, suka sgtlah dpt layanan,tu ler jadinya...dah x kira laki org ke tunang org ke janji hati sendiri puas! apapun Amy berhak mendapat yg lebih baik kan!