Perihal Gym
Mulai minggu lepas saya terpaksa mulakan diet kembali, kali ni yang lebih ekstrem memandangkan berat saya telah naik 300 gram dari 2 minggu lepas. Memanglah tak sampai sekati pun tapi kadang2 rasa segala usaha saya seperti sia2 saja. Sejak dulu saya tidak punya masalah untuk menurunkan 10kg dlm tempoh 3 bulan pertama, cuma selepas ini saya harus berusaha lebih kuat lagi sehingga mendapat berat yg sesuai dengan saya. Kenapalah lemak2 ni degil sangat, separuh mati saya melompat di gym tapi ada masa memang tiada perubahan langsung! Kalau diingat2 kembali rasa menyesal pula 'menaikkan' badan dulu! Waktu tu rasa rimas bila orang asyik kata badan ni kurus keremping sampaikan nak cari seluar jeans pun tiada size, almaklumlah pinggang pun size 24 je mengalahkan pinggang supermodel. Sekarang pun pinggang ala2 model juga cuma model iklan beras :-p
Sepatutnya minggu lepas merupakan latihan terakhir bersama trainer saya tapi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan maka latihan terpaksa disambung selepas raya haji nanti. Inilah yang paling saya benci sebab apabila pulang ke kampung halaman sudah pastinya juadah ibu akan merosakkan diet saya! Mana mungkin saya menahan godaan dari semua itu.
Perihal Kerja
Kerja pula memang tak pernah habis & tak akan habis selagi bernyawa & bekerja. Entah sampai bila mahu bekerja disini saya pun tidak tahu. Kadang2 rasa nak berhenti sahaja! Kalau tak kerana hutang piutang barangkali bekerja di bahagian cashier atau menyusun barang di Tesco pun tidak mengapa! Tapi jangan harap ler dapat berjoli katak sebab tak cukup duit nak menampung semua keinginan tu. Almaklumlah keinginan tu besar tapi qada diri tu tak banyak duit. Sabar je lah
Perihal Keluarga
Bangga saya dapat melihat anak2 saudara yang semakin membesar & bijak. Rasa seperti baru semalam saya memangku mereka tapi sekarang masing2 sudah menunjukkan prestasi yang terbaik di sekolah masing2. Daniel memang sejak kecil terserlah sifat kebijaksanaannya sedangkan Adam lebih berminat pada barang2 permainan. Kalau pergi ke Jusco menjadi satu perkara wajib untuk membeli buku di MPH, itu syarat Daniel tapi Adam lebih berminat pada buku2 kartun kegemaran seperti Spiderman, Superman, Batman, Ben10 & entah apa jenis MAN lagi. Jadi apabila Adam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang memang ada yang tidak sangka. Tapi sejak dahulu saya perasan Adam memang tidak gemar membuat homework, kalau ada pun memang dia akan buat last minute & sambil lewa sahaja. Tapi alhamdulillah dia seorang yang mudah menghafal setiap apa yang diajarkan. Bahkan kalau diajar mengaji dia lebih mudah menghafal. Saya selalu berdoa dipanjangkan umur olehNya agar dapat melihat kejayaan mereka apabila dewasa kelak.
Nota : bilalah boleh dapat hidup dengan aman & jauh dari segala masalah yang membebankan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment