Kalau orang lain sibuk beraya ke sana ke mari saya pula sibuk mengemas untuk berpindah randah. Pening betul! Setiap hari balik ke rumah rasa macam nak pitam melihatkan keadaan rumah yang penuh sesak dek barang2 yang bertimbunan macam tempat pelupusan sampah. Kalau ikutkan hati saya memang tak terdaya untuk berpindah randah lagi. Sejak saya menetap di KL selama 17 tahun entah berapa kali saya berpindah kesana kemari. Daripada berpindah dengan hanya satu beg, sampai bertan2 barang yang telah saya kumpulkan. Kalau dulu sebut je nak pindah, berjalan kaki atau naik bas mini pun dah boleh angkut barang ke sana ke mari, sekarang kalau tiada lori 3 tan alamat tak kemanalah barang2 saya tu.
Nasib saya baik kerana tidak perlu pening kepala nak mencari driver lori atau pekerja2 untuk mengangkut barang2 saya kerana saya boleh menggunakan workers di syarikat tempat saya bekerja, lagipun saya lebih suka bekerja dengan mereka2 yang tidak mudah mengeluh. Dahulu sewaktu berpindah ke Wangsa Maju saya mengambil pekerja luar, sudahlah datang dengan lori hantu pekerjanya pula minta wang tambahan, itu belum lagi dengan minta makanan itu ini macamkan nak mati esok hari. Geram betul! Sudahlah terpaksa membayar mereka dgn harga yang mahal, banyak pula songelnya! Sejak daripada tu saya lebih senang bekerja dengan workers kami yang sudah tentu senang dibawa berbincang & menurut kata.
Tak tahulah saya macamana nak berkemas lagi, silap haribulan bila lori sampai saya campakkan saja barang2 dari tingkat atas...hmmmm. Nampaknya aktiviti saya minggu ini hanya berkemaslah jawabnya. Entah berapa lama pula saya nak menetap dirumah baru ni! Rasanya tak sanggup lagi nak berpindah randah. Kalau terpaksa juga lain kali saya pindahkan terus ke Ipoh dan cari saja bilik sewa, itu pun kalau saya sanggup tinggal dengan mereka2 yang tidak dikenali...ishh tak sangguplah rasanya!
Nota : Kadang2 terfikir juga nak membeli rumah di KL tapi melihatkan harga yang berdentum dentam rasanya memang azab ler! Lagipun bukan selamanya saya mahu berada di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
KL tu memang dah terlalu sesak..shah alam pun dah sesak..bagus bebenar beli rumah kat IPOH ..highway pun byk ..yg penting dekat ngan rumah bonda mu...heheeh
tu ler sebabnya beli kat sana...at least boleh jenguk2 lauk mak bonda setiap hari..kita datang angkut mangkuk tingkat jek..ekekeke
Post a Comment