Kalau ditanya destinasi mana yg ingin saya tujui sekarang tentu sekali jawapannya menunaikan umrah di Mekah. Sejujurnya Mekah tidak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin saya tujui. Dahulu saya selalu rasakan yang saya sentiasa tidak bersedia untuk kesana. Memikirkan dosa2 saya terhadap Allah, Ibubapa, keluarga, teman2 ataupun insan lain menjadikan saya sangat takut untuk kesana, apatah lagi apabila mendengar pelbagai cerita yang kurang enak. Faham sajalah apabila berada ditempat suci seperti Mekah bibir tidak boleh bertutur pada perkara2 yang tidak elok begitu juga dengan hati, tidak boleh terdetik pada perkara2 yang tidak baik kerana silap haribulan perbuatan kita akan dibayar secara tunai disana kelak.
Entah kenapa sewaktu saya pulang bercuti ke Ipoh 2 tahun lalu saya menyatakan pada ibu hasrat saya untuk bercuti ke Kota London lagi sedangkan saya baru pulang dari sana pada waktu itu. Kata ibu saya 'kalau kita mampu bercuti ke negara orang mengapa tidak mampu nak beribadat pula di Kota Mekah'. Sedangkan London pun dah berapa kali saya pergi. Terdiam saya. Lama baru saya nyatakan bahawa saya sangat takut untuk kesana sebenarnya. Tapi kalau saya tidak pergi sekarang bila lagi saya akan pergi? Sementara umur masih muda, masih ada kudrat untuk melakukan ibadat, kalau saya masih dihantui oleh ketakutan sampai bila pun saya tidak akan pergi. Sejak dari itu saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke sana & saya berharap dapat pergi dalam tempoh terdekat selepas beberapa kali ditunda.
Sepanjang ramadhan, dikaca tv pun ada menayangkan solat terawih secara live dari Mekah, sayu sungguh hati saya setiap kali melihat kaabah. Bayangkan bila berada didepan kaabah nanti bagaimana perasaan itu agaknya ya? Kata ibu saya kalau seseorang itu tidak mengalirkan air mata sewaktu berdiri didepan kaabah memang dia keras hati orangnya. Ada juga yang menyatakan bila kita berada disana kelainannya tidak dapat dirasai dimana2 pelusuk dunia sekalipun! Walau sejauh mana kita merantau atau mengembara takkan sama dengan Mekah. Jika saya tidak pernah kesana bagaimana saya ingin mengetahui perbezaan ini? Kerana itu saya harus menangguhkan hasrat saya untuk merantau ke negara lain walaupun ada teman2 yang sedari awal lagi mengajak saya bercuti bersama kerana saya harus memberi keutamaan pada sesuatu yang lebih penting dalam hidup saya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki kita masih punya masa untuk merantau lagi.
Nota : kita tidak tahu berapa lama hayat kita dimuka bumi, justeru itu saya amat berharap dapat ke tanah suci sementara hayat masih ada. Moga dimudahkan oleh-Nya niat saya untuk ke sana kelak. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Betul tu Elly ..setuju sgt2. Aku pun sama macam yg kau rasa. Selalu rasa tak bersedia nak ke sana. Ya lah kan kita ni bukannya perfect. Elok sgt pergi ketika masih sihat ni. Tapi tu lah dia ..masih berbelah bagi nak pergi sekrg ke ..tunggu dulu. Aku kalau boleh nak pergi umrah dulu. kalau pegi haji..balik nanti naklah berubah..insyallah. Tak bolehlah pakai short..t.shirt lengan pendek..kepala bogel bagai kan ..mmmm..insyallah kita semua akan sampai ke sana..minta doa pada Allah semoga di kuatkan iman..byk sgt godaannya terutama di US ni..
tu ler...dugaan ada dimana2kan..kat msia ni pun dah macam kat oversea pun ada, kejutan budaya agaknya...insyaAllah kita semua akan sampai jua kesana...aku pun nak pergi buat umrah dulu, haji tu insyaAllah akan menyusul.
Dulu mak aku dah dapat title hajjah masa umur 35, ingatkan nak ler ikut camtu gak tapi paham2 je ler...kalau dah sampai seru menunaikan haji mmg ler nak berubah menjadi lebih baik,mana ada orang yg sempurna didunia ni kan? tapi sekurang2nya kita berusaha untuk kearah yg lebih baik.
Post a Comment