Kebetulan hari kemerdekaan jatuh pada hari isnin jadi dapatlah bercuti lama sedikit. Hari ahad saya sekeluarga bertolak dari Ipoh, perjalanan ke Lumut mengambil masa lebih kurang dalam 1 - 1 1/2 jam sahaja. Petang tu kami menyediakan apa yang patut sebagai juadah berbuka puasa. Menu yang disediakan ada pelbagai jenis, dari western ke chinese style semua ada, maklum sajalah hasil masakan dari berbagai tukang masak! Sedap atau tidak belakang kira, yang penting tiada orang yang keracunan makanan :-D.
Menjelang lewat petang atas meja dah dipenuhi segala jenis makanan. Daripada makanan yang dibakar, digoreng, direbus, macam2 ada. Mak bonda pula membuat karipap & cucur badak, memang banyaklah makanan kami pada hari tu. Mak bonda ni biasalah, kalau anak2 pulang memang segala resepi tok nenek dia akan hidangkan pada kami. Selagi tak penuh meja memang tak sah! Mana2 ibu pun akan seronok memasak meraikan kepulangan anak2 kan! Sehari sebelum tu kami semua berbuka puasa bersama di Ipoh, segala macam masakan yang mak bonda sediakan dari kuih muih sampai ke lauk pauk, ada daging masak kicap, ayam masak ros, sambal goreng & macam2 lagi. Kalau di KL jangan harap nak dapat makan berselera macam tu, tapi saya tetap bersyukur sebab sekurang2nya kalau saya teringin nak makan masakan mak bonda saya boleh terus pandu pulang ke Ipoh, sedangkan ada orang yang terpaksa berpuasa diperantauan ataupun dimedan perang :-((
Nota : Saya selalu terfikir bagaimana agaknya beraya tanpa keluarga disisi? Saya tidak pernah melalui semua itu & saya amat bersyukur kerana masih dapat meraikan ramadhan & syawal bersama keluarga. Masakan ibulah yang paling kita nantikan setiap kali perayaan ataupun sewaktu menjenguk mereka dikampung halaman. Tak dapat dibayangkan jika suatu hari nanti saya tidak dapat merasai semua itu lagi :-((
4 comments:
Apa ke hal lah yg si anon kat atas ni cakap :(
berkumpul adik beradik memang seronok nyah. Tradisi ni kena di buat selalu ..nanti bila mak ayah dah tak ada..dan adik beradik semuanya dah kahwin dah beranak pinak dah duduk jaug jauh ..memang rindu nak buat benda2ni semua.
Dura : ntah ler apa si anon ni dok merepek! gilo apo!
tu ler Dura mmg seronok kalau dapat berkumpul satu family kan!mcm kitaorg ni kalau x raya pun mmg selalu berkumpul setiap bulan cuma beza dihari raya masing2 nampak cantik sikit sbb berbaju baru dipagi raya...hehehehe
Post a Comment