Kenapa bila berbicara pasal masakan memang tak boleh lawan air tangan ibu? kenapa air tangan ibu sedap? apa rahsianya? kenapa kita ikut ramuan yang sama tapi rasanya masih tak sama dengan ibu?
Ibu saya seorang yang hebat dalam masakan, setiap menu yang disediakan memang menyelerakan kami sekeluarga. Saya rasa kalau ibu saya menggoreng telur atau ikan sekalipun sangat sedap rasanya! Saya selalu curi2 tengok mungkin ada ramuan rahsia yang ibu saya letakkan dalam masakannya tapi memang tiada! Saya ikut resepi yang diberikan pada saya tapi tetap tak seenak yang ibu sediakan! Sekadar campak sana sini tapi tetap sedap!
Dahulu ibu saya selalu menjadi juri untuk pertandingan masakan diserata Pahang. Ibu pernah memberi tips pada saya bagaimana untuk menilai sesuatu makanan itu tanpa perlu merasa. Tengok pada makanan pun ibu sudah tau samada makanan itu sedap ataupun tidak. Hebat bukan? Saya selalu menganggap ibu saya seorang wanita melayu jati lagi klasik kerana kehebatannya dalam serba serbi dari masakan, menjahit baju, menganyam bakul, mengubah bunga, menganyam tikar dan segalanya. Sewaktu kami tinggal di Pahang boleh dikatakan rumah kami dipenuhi perhiasan hasil kreativiti ibu saya. Gubahan bunga raya diperbuat drp tali pun ada!
Sejak pencen ibu saya punya lebih banyak masa, dek kerana sudah terbiasa bekerja ibu saya memang tak boleh duduk diam. Jadi sejak beberapa tahun lepas ibu mula mengambil upah menjahit & menjual biskut raya. Memang tak sangka jualannya sangat memberangsangkan. Permintaan demi permintaan tidak untuk hari perayaan sahaja. Sejak itu ibu saya mula sibuk kembali, sampaikan setiap kali kami tiba di muka pintu semerbak harum bau biskut raya yang sedang dibakar menusuk ke hidung. Waktu itu teman baik ibu saya cuma loyang, oven, tepung dan seangkatannya. Sampai suatu ketika ibu saya tak boleh bangun dipagi raya dek kerana keletihan menguli biskut raya yang beribu2 biji perlu disiapkan! Ibu saya memang tidak akan mengupah mana2 pembantu sebab dia banyak pantang larang. Takut kuih tak cantiklah, tak sedaplah dan segala jenis TAK lagi! Jadi bayangkan tart nenas yang paling tinggi permintaan tu dia buat seorang diri? Sejak dari tahun lepas saya minta ibu berhenti membuat kuih sebab tak mahu melihat dia jatuh sakit dipagi raya lagi, tapi demamnya datang juga dek kerana dah berbulan tak buat senaman menguli kuih! Jadi kalau saya melarang pun tak guna sebab ibu saya tetap akan curi2 masa membuat kuih untuk jualan. Nak tak nak saya akur saja asalkan hanya untuk permintaan pelanggan tetap sahaja. Kelemahan ibu saya memang tak boleh dengar pujuk rayuan orang! Kadang2 badan dah sakit pun dia tetap akan buat kerana tak sampai hati mengecewakan permintaan orang!
Ibu saya tidak lokek ilmu. Kalau minta apa2 resepi dia sangat berbesar hati dapat berkongsi ilmu bersama. Pernah suatu ketika dia berkecil hati pada temannya yang kedekut ilmu masakan. Sekadar meminta resepi apa salahnya? Kata ibu bukankah elok jika ilmu itu dimanfaatkan pada orang lain? Lain orang lain ragamnya. Mungkin itu resepi keturunan tok nenek dia makanya tak boleh diturunkan kepada orang lain, takut2 nanti periuk belanga dia akan menari siang malam agaknya.
Dalam adik beradik perempuan saya pun tiada seorang pun yang boleh menandingi kehebatan ibu saya termasuklah saya sendiri. Memandangkan saya menggemari hidangan western jadi saya lebih kerap menyediakan masakan begitu. Spagetti bolognese, Spagetti Olio, pasta, macaroni & seangkatannya memang paling kerap saya cuba. Kalau masakan melayu memang tunggu air tangan ibu saya sajalah jawabnya. Tiada seorang pun diantara kami mampu menjahit atau mengubah seperti ibu saya. Antara memasak & mengemas tentulah saya lebih berminat dalam kerja mengemas kerana itu adalah kerjaya saya. Tapi mengemas pun ikut pada mood, kalau datang mood rajin saya boleh berkemas dari pagi sampai ke petang.
Nota : kekadang terfikir juga kenapa saya tak mahu menuntut ilmu masakan sementara ibu masih ada? Bila ibu sudah tiada nanti siapa pula yang akan menyediakan juadah2 yang enak sebegitu lagi :-((
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
nak tau satu secret ingredient yang mak kita selalu bubuh dalam masakan?
satu jer tau...
masak dengan penuh kasih sayang yang ikhlas maka makanan jadi penuh berkat dan sangaat sedap.
Mak masak memang best walaupun cuma goreng ikan masin huhuhuhu
ha ah betul tu...org kata bila masak dgn ikhlas & penuh kasih sayang maka masakannya mmg best! kita ni kurang kasih sayang agaknya ye...hehehe
mak masak air paip kosong pun boleh rasa sedap!
setuju setuju setuju .. main campak campak dalam kuali pun dah sedap.. samalah macam mak ngah ngan mee hoon s.jibeng nya :))
mak ngah semmgnya banyak menu2 yg lawak namanya, mee hoon s.jibeng tu yg paling x tahan skali...hahahaha...habis makanan dia reka nama sendiri :-DD
Post a Comment