Sejak dari kecil saya tidak terlalu rapat dengan ayahanda tapi kami adik beradik tahu bahawa beliau sangat mengambil berat tentang kami. Boleh dikatakan kami bercakap bila ada perkara2 yang penting saja selainnya terpaksa mengharapkan mak bonda merangkap setiausaha peribadi ayahanda untuk merujuk pada ayahanda terutamanya bila tiba bab duit :-D

Lagi satu ayahanda saya seorang yang sangat kemas & teliti bila tiba bab2 kerja, file2nya tersusun kemas & disimpan rapi didalam laci. Ini memang perangai ayahanda yang sangat saya kagumi & kami adik beradik pun kadang2 tak mampu nak ikut sebab tu apa2 file yang penting saya akan tinggalkan di Ipoh kerana saya tahu ayahanda akan menjaga dengan baik.
Rumah saya di Ipoh pun dijaga baik oleh ayahanda saya sampaikan mak bonda kata 'Pa tu lagi banyak ulang alik ke rumah kamu, macam ada bini no 2 kat situ...hahahaha'. Ayahanda saya sangat suka berkebun sebab tu beliau sering ulang alik ke rumah saya melihatkan hasil tanamannya, lagipun kata ayahanda dah tua2 ni itu saja cara untuk keluarkan peluh. Ayahanda pula bukan jenis yang suka melepak di kedai kopi, rutinnya setiap hari pun sama saja, lepas subuh pulang saja dari masjid pergi ke pasar mencari lauk pauk, baca surat khabar, membasuh pinggan, membasuh kain (kata ayahanda kalau tunggu mak bonda alamat terbenam matahari pun kain tak basuh lagi...hehehe), berkebun, lipat kain, ulang alik ke masjid & begitulah aktivitinya setiap hari. Mana nak cari suami seperti ayahanda saya? yang rajin serba serbi, ada...ada?
Saya sangat bangga memiliki ayahanda seperti beliau, walaupun tegas sukar sekali hendak melihat beliau memarahi kami apatah lagi merotan anak2. Kami adik beradik sangat suka mendengar pandangan beliau yang sungguh bernas & cara beliau menyatakan sesuatu memang sungguh ikhlas & teguh pendirian. Walau beliau sukar sekali menunjukkan belaian kasih sayang terhadap kami adik beradik tapi beliau sentiasa ada bila kami memerlukan. Tidak dapat saya bayangkan jika suatu hari nanti ayahanda telah tiada, dengan siapa harus saya rujuk? Ya Allah ya tuhanku panjangkanlah usia ayahandaku supaya kami dapat berbakti kepadanya & dapat menjaganya hingga ke akhir hayat, sesungguhnya kami masih memerlukan ayahanda...SELAMAT HARI JADI AYAHANDA.
2 comments:
happy birthday daddy
huhuhu
TQ anakanda...kirim ler pound sterling wat daddy mu :-p
Post a Comment