Marah

Beberapa hari ni sana sini orang dok kecoh pasal kes kanak2 malang yang mati disepak terajang dek lelaki jahanam yang tak berperikemanusiaan. Apalah dosa anak tu sampai dilakukan sebegitu rupa. Anak sekecil itu tidak perlulah diperlukan sebegitu zalim, apa sangatlah kesalahan dia sampai kehilangan nyawa?

Yang saya nak ceritakan ni bukan pasal si kecil yang sudah pergi meninggalkan kita (mudahan arwah tenang disana) tapi yang membuatkan saya marah sangat ni pasal si lelaki jahanam yang panas baran & pasangannya yang pendek akal (sebab sejak awal telah menyedari berkawan dengan seorang yang panas baran tapi dek kerana sayang kononnya nak sehidup semati bersama) tu!

Orang perempuan ni pun kadang2 ada juga sengalnya sebab dah kemaruk sangat terkena panahan cinta! Alahai...kesian betul dengan orang2 begini yang membodohkan diri sendiri demi lelaki yang dicintai. Tolonglah, bukalah mata & hati sikit, janganlah dibutakan oleh nafsu & cinta gila semata. Masa bercinta memanglah indah belaka bila dah hidup bersama baru kenal segala perangai buruk dia, waktu tu nak kata apa lagi, kalau setakat bercinta bolehlah ditinggal begitu saja, kalau dah kawin? Cinta kalau dah sampai lupa diri bukan lagi cinta namanya!

Kalau sedari awal lagi dia dah tunjukkan perangai sebenar dia nak tunggu apa lagi? Masih lagi dengan perasaan SAYANG & CINTA BODOH tu lagi ke? bila dah jadi perkara buruk begini menyesal pun dah tak berguna lagi! Janganlah sampai kehilangan insan yang tidak bersalah barulah kita nak membuka mata. Masa tu dapat apa? Mengalir air mata darah sekalipun tak dapat membawa dia kembali ke muka bumi.

Saya bukan nak buka cerita lama tapi waktu zaman remaja dulu masa baru2 nak kenal dunia pernah juga berkawan dengan lelaki jenis baran ni. Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu macamana gilanya saya sepanjang berkawan dengan dia. Kawan2 pula kata saya bodoh sebab masih berkawan dengan dia tapi diaorang tak tahu setiap kali saya melarikan diri setiap kali juga dia dapat mencari. Sudahnya bertegang urat sampai naik tangan & kaki! Waktu tu hidup pun dah jadi tak keruan, menyampahnya saya dengan dia hanya Allah yang maha mengetahui. Orang boleh bercakap apa saja yang tanggung hanya saya seorang. Leganya saya bila akhirnya dapat meninggalkan dia. Dia menangis separuh mati mungkin kerana dah tiada orang yang boleh dimarahi lagi. Padanlah muka sudahnya jadi separuh gila!

Dek kerana tu saya cepat melenting bila ada yang sanggup sehidup semati dengan si panas baran begini kononnya dia sayang kita separuh mati sampai naik tangan & kaki. Dari dulu saya selalu menasihati kawan2 jangan dekati jantan begini agar apa yang terjadi pada saya dulu tidak berulang kembali. Tapi si kawan pula ada yang tersalah anggap kononnya kita menasihati kerana cemburukan KEBAHAGIAAN dia, tapi bila dah kena tinggal tau pula datang mencari kita. Mana pergi cinta hatimu yang sayangkanmu itu? Bila dah terkulat2 ditinggalkan barulah sedar kawan2 lari membawa diri dek kerana tak mahu melayan cerita2 bodohmu itu, silap haribulan yang mendengar pun akan diperbodohkan olehmu juga! Bila susah tahu pula dia mencari kawan ye?

Saya tak tahulah kalau ada kawan2 yang tidak suka melihat & mendoakan kebahagiaan teman sendiri tapi kalau sejak dari awal lagi teman2 dah nampak perangai molek si lelaki tu, adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang teman untuk menasihati, bukan kah begitu? Tapi biasalah bila dah kemaruk sangat memang dah tak tahu membezakan yang baik dengan yang buruk sebab segalanya indah belaka, bila dah terkena barulah tau si jantan perangainya tak ubah seperti celaka! Lebih menyedihkan nasihat kita langsung tidak diendahkan sedangkan persahabatan kita lebih lama daripada percintaannya dengan si lelaki yang hanya dikenali beberapa bulan/tahun cuma.

Maaflah bukan sengaja nak jadi emo tapi memang rasa marah sangat! Dalam bab2 lelaki ni bukanlah nak cakap besar pula tapi daripada berlakikan jantan begini lebih baik membujang sampai ke tua. Hati tak sakit jiwa pun aman. Tapi kalau dah sampai jodoh biarlah bertemu dengan insan yang baik. Bukankah perkahwinan itu seharusnya sesuatu yang indah? Lagi pula dengan usia yang makin berganjak saban tahun sepatutnya kita lebih waras dalam mencari pasangan hidup bukan main tangkap muat atau kawin sebab takutkan usia meningkat ataupun kerana kemarukkan cinta gila walaupun menyedari si lelaki berperangai macam setan!

Selepas apa yang terjadi dahulu saya lebih berhati2 mencari pasangan hidup. Tak kisahlah walau terlambat sekalipun kerana saya redha & percaya pada apa yang telah ditakdirkan oleh-Nya untuk saya. Saya tidak akan berkawin semata2 takutkan umur yang semakin meningkat apatah lagi nak hidup bersama dengan lelaki panas baran! Wahai perempuan bukalah mata & hatimu, janganlah sampai dikatakan kemaruk nak berlaki pula.

Nota : bakal teman hidup saya seharusnya seorang yang tahu menghormati & dihormati oleh ahli keluarga & teman2 saya, bersifat tenang, penyabar, kelakar & tentunya bertentangan sifat daripada saya :-D

0 comments: