Singapore Trip - Part 2

Sebaik pulang dari event saya & teman2 terus ke Orchard Road. Itulah tempat tarikan paling utama setiap kali saya ke Singapura. Trip kali ini tentunya lebih seronok kerana ditemani oleh teman2 & kebetulan Angah pula sedang berkursus disana. Sebelum ini saya pernah pergi dengan teman sekerja tetapi tidak satu kepala, lelaki pula tu. Faham sajalah, kita pun tidak mahu dia merasa tidak selesa pula dek kerana kita ni yang jenis suka bershopping, nanti dia terpaksa menjadi penunggu pula.

Memandangkan Angah berada di sana maka dialah yang menjadi pemandu pelancong kami bertiga. Selama saya berada di Singapura memang jarang sekali saya dapat berjalan sepuas hati begini kerana ada ketikanya saya datang berseorangan. Jadi daripada saya berkeliaran seorang diri bak orang gila lebih baik tidur di hotel sahaja! Rugi betul!

Malam tu Angah membawa kami makan malam di Jalan Sultan kerana memenuhi keinginan seorang teman untuk menikmati sup tulang merah. Hmmm...itulah pertama kali saya melihat & merasa sup tulang merah tersebut. Bersesuaianlah dengan namanya yang merah memang merah sungguhlah rupanya! Saya rasa orang2 disana memang sukakan warna merah. Merahkan ada ong! Sebab tu kalau order meehoon goreng sekalipun memang meehoon yang datang pun warna merah juga...fuh!

Esoknya sedari awal lagi teman tadi telah memberitahu teringin sangat nak makan murtabak ayam di restoran Zam Zam. Kebetulan sewaktu pulang dari event saya perasan restoran tu terletak di Arab Street, tidak jauh dari hotel kami. Dek kerana nak makan sarapan yang berat jadi kenalah berjalan kaki, kira senamanlah tu kan! Yang penting apa saja makanan yang dihajati oleh teman tadi dapat ditunaikan, nanti ada pula yang pulang dengan muka muncung panjang sedepa..hehehe.

Perut pun dah penuh, sementara kaki pun masih boleh berjalan apa lagi kalau tidak naik turun shopping malls sepanjang Orchard Road. Sejak awal lagi saya dah niat nak shopping sakan kat Charles & Keith, bukan selalu saya dapat membeli kasut & handbags, tapi bila mula membeli memang lupa diri! Kalaulah mak bonda tahu memang kena membebellah jawabnya. 'Nak buat apa beli handbag ngan kasut banyak2?..bla..bla..bla..' tapi ada masanya dia juga yang hendak meminjam dari kita..hehehe

Sepanjang berada disana entah berada banyak outlet Charles & Keith yang telah saya pergi. Sekurang2nya saya akan keluar dengan satu barang disetiap outlet! Bahkan 3-4 barang di satu2 outlet pun ada, saya sangat berpuas hati! Ini memang cara saya memanjakan diri, orang lain saya tidak tahu. Tapi kalau mak bonda saya mestilah dia akan cakap 'lebih baik disimpan saja duit didalam bank daripada membazir', lain orang lain cara. Duit bukan boleh dibawa bersama ke liang lahat, duit juga tidak mampu membahagiakan semua orang.
Walaupun saya suka bershopping tapi tidak pula sampai sanggup mengikat perut untuk mendapatkan sesuatu benda, itu bukan cara saya. Saya juga tidak terlalu tergila2kan barangan berjenama tapi saya tidak buta fesyen. Katakan apa sahaja jenama yang ada didunia memang saya tahu cumanya tidak punya kemampuan untuk memiliki kesemuanya. Pada saya bukan jenama yang penting tapi cara kita mengayakannya itu paling utama. Apa guna membawa Louis Vuitton tapi bergaya bak nyonya pasar malam, rugi sahaja membeli ribuan ringgit silap haribulan orang kata handbag kita cap pasar malam :-p
Nota : saya sangat gembira dapat memenuhi segala keinginan sepanjang berada disana. Jumpa lagi sekembali dari Bandung nanti...insyaAllah. Selamat bercuti!

2 comments:

khairyn said...

Elly

beg charles and keith ni reganya murah tak kat sana?
Aku ni sangat cerewet kalau beli sebenarnya. Aku suka klasik design tapi selalunya yg aku suka tu mesti mahal berdentum tu yg aku malas membeli tu. Ada satu beg Coach yg memang aku berkenan. Classic design tapi reganya jeng keng leng £100 hambik kau!

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Ny, CnK kat Singapore x mahal sgt...tu pasal aku dok memborong sakan, aku mmg suka handbag yg jenis moden2, ada handbag coach yg aku suka sgt tu reganya USD 800...amacam?mana mau korek duit daaa...kalau STG 100 ok lagi ler tu, Crossbag Coach yg aku kirim kat Dura pun dekat RM300, tu pun sbb ada discount 70% kat KL reganya RM900++