



Disana tersedia pelbagai kemudahan disetiap tingkat termasuk Gymnasium, Cafe & Lounge, Wellness Centre & Spa Clinic. Memang tidak dapat digambarkan betapa 'class'nya salon tu & lebih menarik harganya pula sangat2 berpatutan! Jumlah yang saya bayar tempohari lebih kurang RP600,000.00 silalah congak sendiri kalau mahu tahu jumlahnya didalam RM. Layanan pula tahap lima bintang! Bahkan ingin menikmati hidangan sambil mencuci rambut atau manicure pun boleh!
Usai segala aktiviti di Roger's Salon & Spa kami berjalan kaki menuju ke Kartika Sari. Kalau ke Bandung singgahlah ke mari kerana ada pelbagai pilihan makanan boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai ole2 dari sana. Harganya memanglah murah, fruit tarts tu harganya RP 1500.00 sahaja sebiji, memang puaslah dapat makan! Kalau hendak membeli makanan kering seperti kerepek belilah di Pasar Baru kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding di Kartika Sari tapi jika ingin membeli cheese cake & segala macam brownies yang sangat enak & murah bolehlah singgah di Kartika Sari ni.

Nota : hari ke2 di Bandung kami pulang ke hotel dengan senyuman & dapat tidur dengan lena! huh...leganya...
0 comments:
Post a Comment