Bandung Trip - Part 1

Kelmarin saya baru pulang dari Bandung. Kali ini saya hanya pergi berdua bersama Amy untuk berlibur & mencari2 kain bagi majlis perkahwinan adik saya oktober nanti. Kami berada disana selama 4 hari 4 malam, ini merupakan kali ke 2 saya kesana, Amy pula entah berapa kali agaknya, barangkali trip ini yang terakhir untuk Amy kerana sudah puas apatah lagi saban setahun sekurang2nya sekali dia akan berkunjung ke sana.

Sepanjang berada disana adik2 pula datang bercuti ke KL, nak pergi pun terasa berat hati sebab tetamu ada dirumah kita pula keluar bercuti tapi nak buat macamana kami dah merancang sejak tahun lepas apatah lagi tiket sudah ditempah setahun lebih awal.

Penerbangan kami tertangguh selama 2 jam. Itu memang alasan biasa bila menaiki Air Asia! Kalau tidak bukan AIR ASIA namanya! Khabarnya dek kerana cuaca yang agak buruk di Bandung menyebabkan penerbangan kami terpaksa ditangguhkan, masa naik penerbangan yang sama tahun lepas sewaktu cuaca baik pun penerbangannya tertangguh juga! Entahlah...
Tiba di Bandung hujan masih renyai2. Macet pula tu! Kebetulan malam tu Valentine's eve makanya jalanraya penuh sesak dek anak mudi yang berhibur sehingga ke lewat malam. Tiba saja di hotel penginapan kami terus ke tempat biasa untuk makan malam. Badan pun sudah letih kepala pula masih pening jalan pula sesak disana sini jadi jalan yang paling mudah balik ke hotel selesaikan apa yang patut & wajib, tarik selimut & tidur....zzzzz...esok sajalah kita berjalan2.

Walaupun namanya bercuti tapi perut tidak boleh bercuti, diet memanglah tiada sepanjang bercuti ye! Rugi rasanya kalau pergi bercuti tapi tak dapat merasa makanan yang enak2 apabila berkunjung ke negara orang, apatah lagi makanan2 yang enak tu sukar pula didapati disini kalau ada pun harganya mahal & belum tentu enak.
Kalau ke Bandung memang tak sah kalau tidak ke Pasar Baru, segala macam benda boleh dibeli dengan harga yang murah disini. Membeli kain pasang dah tentunya wajib dek kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding di KL. Kebetulan pula cuti tahun baru cina makanya sesaklah Pasar Baru dek ribuan pelanggan yang berkunjung kesana terutamanya orang2 Malaysia. Memandangkan duitnya yang jauh lebih rendah terasa seperti menjadi jutawan pula kerana poket penuh dek wang yang berjuta2 :-D

Bila dah penat membeli belah singgah pula ke lantai 6 untuk makan tengahari. Macam2 jenis makanan ada disana, memang pening kepala sampai tidak tahu mahu memilih yang mana satu, rasanya seperti mahu dicuba kesemuanya! Sudahlah harganya murah, makanannya pula sedap, memang sungguh berbaloi! Selesai makan kami ke musholah di lantai 7 untuk bersolat sebelum menyambungkan perjalanan lagi. Memandangkan seharian kami perlu berada disini jadi kita selesaikan dahulu apa yang patut.
Kalau ke lantai 2 memang dipenuhi dek kedai2 yang menjual pelbagai jenis kain, daripada cotton sehinggalah ke french lace drp pelbagai gred.Itu baru lantai 2 belum lagi ke lantai2 lain yang menjual pelbagai jenis telekung, makanan, barang hiasan perkahwinan & macam2 lagi. Pendek kata kalau dah jumpa satu2 kain yang dah berkenan dihati tu ambil sajalah takut nanti belum tentu dapat jumpa kedai tu lagi kalau asyik nak berjalan2 dahulu.

Hari pertama pun saya dah memborong sakan tapi bukan untuk diri sendirilah. Selain berlibur banyak kain2 yang dibeli atas permintaan orang disini. Untuk diri sendiri saya cuma membeli sepasang kain jenis japanese cotton, sepasang lace 'dracula' lagi namanya & sepasang kain fench lace, lagipun dah banyak kain lace yang saya beli sewaktu berkunjung kesana tahun lepas masih belum dijahit lagi, silap haribulan saya jual kain2 yang banyak tu! Lagi pun adik2 saya merupakan pengedar kain2 pasang dari Bandung, kalau teringin sangat saya beli saja daripada mereka. Kalau nak melihat atau membeli bolehlah berkunjung ke blog mereka 'busana etnik', insyaAllah harganya murah & berpatutan!
Nota : dua kali ke Bandung dah boleh faham beberapa perkataan disana...waduh! dulu nggak bisa ngomong dong!

2 comments:

khairyn said...

cantiknyaaaa....next time bawak aku plak... aku nak mamam huhuhuhu

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

masa balik aritu pun hang kata nak pi Bandung kan...kan...last2 asyik dok naik turun KL - Melaka jek...huhuhuu...nnt lain kali balik aku bwk hang pi sana...sgt syiokkk