Puasa 6

Diam tak diam hari ni dah 10 syawal, sekejapnya masa berlalu rasa macam baru je beraya 2-3 hari lepas. Sejak dari minggu lepas undangan rumah terbuka tidak henti2 bahkan sampai minggu2 terakhir syawal pun masih ada yang menjemput bertandang ke rumah. InsyaAllah jika tiada aral melintang dan tidak bertindih dengan jadual, saya akan sampai juga nanti. Almaklumlah teman2 yang rapat dengan saya memang sedia maklum kalau nak bertemu dengan saya harus membuat temujanji sebulan lebih awal atau sekurang2nya 2 minggu awal. Saya pula jenis yang suka merancang aktiviti sebulan lebih awal, kerana itu kadang2 ada juga kawan2 yang berkecil hati kononnya saya tidak sudi keluar bersama mereka.

Ramadhan dah berlalu, syawal pun dah hampir ke pertengahan rasanya dah tiba masa untuk berpuasa 6 pula, kalau lambat2 takut nanti rugi pula dek kerana terleka. Saya rasa minggu ni saya nak berpuasa 3 hari & selebihnya sambung pada minggu hadapan pula. Sekurang2nya dapat juga perut saya berehat sementara setelah 'penat bekerja' sepanjang raya. Sudahlah sepanjang ramadhan saya asyik mengambil makanan berat setiap kali berbuka kini ditambah pula aktiviti ke rumah terbuka disana sini, kadangkala timbul rasa bersalah yang amat sangat pada perut saya. Yang hairan tu bila tidak berpuasa tidak pula saya meragam nak makan itu ini tapi bila bulan puasa ada je yang saya idamkan! Boleh dikatakan sepanjang berbuka di bulan ramadhan baru2 ni menu utama saya adalah nasi, tapi jika berpuasa sunat pada hari2 biasa tidak pula saya teringin nak makan nasi, pernah suatu masa saya cuma minum air sebanyak mungkin dan mengambil sedikit makanan ringan sebelum melakukan aktiviti di gym, nasib baik tak pengsan atas treadmill! Tapi begitulah, kekadang mungkin sebab ikutkan nafsu semata2, teringin itu ini walhal tak makan beria pun.

Nota : dah tengah2 raya ni baru teringin nak makan rendang & lemang!

Pindah

Kalau orang lain sibuk beraya ke sana ke mari saya pula sibuk mengemas untuk berpindah randah. Pening betul! Setiap hari balik ke rumah rasa macam nak pitam melihatkan keadaan rumah yang penuh sesak dek barang2 yang bertimbunan macam tempat pelupusan sampah. Kalau ikutkan hati saya memang tak terdaya untuk berpindah randah lagi. Sejak saya menetap di KL selama 17 tahun entah berapa kali saya berpindah kesana kemari. Daripada berpindah dengan hanya satu beg, sampai bertan2 barang yang telah saya kumpulkan. Kalau dulu sebut je nak pindah, berjalan kaki atau naik bas mini pun dah boleh angkut barang ke sana ke mari, sekarang kalau tiada lori 3 tan alamat tak kemanalah barang2 saya tu.

Nasib saya baik kerana tidak perlu pening kepala nak mencari driver lori atau pekerja2 untuk mengangkut barang2 saya kerana saya boleh menggunakan workers di syarikat tempat saya bekerja, lagipun saya lebih suka bekerja dengan mereka2 yang tidak mudah mengeluh. Dahulu sewaktu berpindah ke Wangsa Maju saya mengambil pekerja luar, sudahlah datang dengan lori hantu pekerjanya pula minta wang tambahan, itu belum lagi dengan minta makanan itu ini macamkan nak mati esok hari. Geram betul! Sudahlah terpaksa membayar mereka dgn harga yang mahal, banyak pula songelnya! Sejak daripada tu saya lebih senang bekerja dengan workers kami yang sudah tentu senang dibawa berbincang & menurut kata.

Tak tahulah saya macamana nak berkemas lagi, silap haribulan bila lori sampai saya campakkan saja barang2 dari tingkat atas...hmmmm. Nampaknya aktiviti saya minggu ini hanya berkemaslah jawabnya. Entah berapa lama pula saya nak menetap dirumah baru ni! Rasanya tak sanggup lagi nak berpindah randah. Kalau terpaksa juga lain kali saya pindahkan terus ke Ipoh dan cari saja bilik sewa, itu pun kalau saya sanggup tinggal dengan mereka2 yang tidak dikenali...ishh tak sangguplah rasanya!

Nota : Kadang2 terfikir juga nak membeli rumah di KL tapi melihatkan harga yang berdentum dentam rasanya memang azab ler! Lagipun bukan selamanya saya mahu berada di sini.

Salam Aidilfitri

Esok seawal jam 4am saya sudah mahu berangkat pulang ke rumah Angah diLumut Perak. Tahun ni kami sekeluarga beraya buat pertama kalinya disana. Lagipun memberi peluang pada Angah beraya sakan tahun ni sebab dah 2 tahun berturut2 beraya dinegara orang, tahun depan entah ke negara mana pula, tak tahu masih dapat menyambut raya bersama lagi ataupun tidak.

Buat semua teman2 diserata benua saya pohon jutaan kemaafan jika ada tersalah kata & bahasa sehingga menyinggung hati kalian sepanjang perkenalan kita semua, saya pohon ampun banyak2 & halalkan makan minum dunia akhirat.

Bagi yang memandu seperti saya sama2lah kita mengingati mereka yang sedang menanti kepulangan kita dengan selamat. Pandu dengan berhemah. Bagi yang akan berangkat pulang ke Malaysia selamat kembali ke tanahair.

Persiapan terakhir :
1. Kereta - check!
2. Beg Pakaian- check!
3. Beg Make-up - check!
4. Kasut2 - check!
5. Duit2 Raya - check!
6. Touch & Go - belum reload!

Nota : Salam Aidilfitri semua. Saya akan kembali ke KL pada 23.09.09. mmm..memang tiada cuti panjang pun :-((

Duit Raya

Seperti biasa setiap kali tibanya perayaan company saya akan memberikan duit raya! Selalunya saya akan membeli sesuatu yang boleh dilihat atau dipakai sebagai tanda kenangan. Kalau tahun lepas saya membeli beberapa pasang kasut tapi tahun ni saya bertukar ke peralatan senaman pula. Dah lama saya berhajat nak membeli alatan senaman ni. Lain kali sudah tiada alasan untuk tidak bersenam sekalipun sedang bercuti!

Malam tadi juga saya bergegas ke Fitness Concept di Jusco Cheras Selatan. Memang tak boleh tunggu lama takut nanti saya membeli benda lain pula. Dengan duit raya tu saya dapat membeli 2 Dumbell masing2 seberat 3lb & 5lb dan juga exercise ball bersaiz L. Sebelum kaki saya melangkah ke ladies dept lebih baik saya pulang dahulu. Tahu sajalah kalau sudah masuk kesana alamat saya akan pulang dengan beg2 plastik ditangan! Untuk beberapa bulan saya perlu menahan diri drp membeli pakaian baru, lagipun baju yang ada sudah penuh dalam almari, bergantungan sana sini, yang masih baru & tidak boleh dipakai pun masih ada lagi.

Yang ini produk Herbalife pemberian big boss saya. Ini boleh dikira sebagai hadiah hari rayalah! Kalau nak harap saya beli semua ni memang mahal harganya! Kebetulan company saya terlibat dalam setiap event Herbalife diserata Asia, jadi setiap kali selepas event kami boleh mendapat produk Herbalife secara percuma! Saya ni dah seperti 'guinea pig' yang dijadikan sebagai 'bahan ujikaji'! Memang saya yang paling berdisiplin bila makan produk Herbalife ni, memandangkan ramai yang tidak sukakan rasanya maka semua produk Herbalife tu saya sapu licin! Saya tak nafikan memang produk Herbalife sangat bagus, sebelum ini pun saya pernah mencuba dan berat saya turun sehingga 11kg dalam tempoh kurang dari 3 bulan. Tetapi saya tidak boleh bergantung sepenuhnya pada produk ni sebab badan saya pernah naik kembali ke asal selepas saya berhenti pengambilannya seketika. Memandangkan sekarang saya akan kembali ke Fitness First tiada masalah untuk mencuba produk ini lagi. Jadi saya tidak perlu risau kerana walaupun saya mengambil produk Herbalife di waktu yang sama saya masih melakukan senaman di Gym.
Terima kasih pada big boss saya yang sentiasa membawa pulang produk Herbalife & mahu melihat saya kembali ke bentuk badan asal. (Saya telah mengenali & bekerja dengan beliau selama berbelas tahun jadi dia pernah lihat saya dari zaman kurus melidi sehingga menjadi comel seperti sekarang!)
Nota : berhati2 jika membeli produk pelangsingan badan dipasaran kerana tidak semuanya bagus! Saya percaya dengan senaman yang baik & makanan yang seimbang adalah perlu untuk menjamin kesihatan badan sepanjang masa.

Entahlah

Ada teman2 rasa hairan kenapa saya bersusah payah berdiet? Saya lebih hairan kenapa mereka bersusah payah bertanya! Apalah yang hendak dihairankan jika saya hendak kembali sihat seperti dahulu. Bukankah elok begitu? Ramai pula yang ingat saya berdiet dek kerana nak menaiki jinjang pelamin. Alahai...kalau badan comel tak boleh bersanding ke? Orang yang nak sehidup semati bersama dengan saya tu pun tak cakap apa2 orang lain pula yang suka menyibuk!

Kerjaya saya yang sentiasa sibuk & tidak menentu menuntut saya mengubah corak kehidupan ke arah yang lebih sihat. Ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat saya rasa perlu ada keseimbangan dalam hidup. Selama berbelas tahun saya bekerja didalam bidang yang sama hingga menyebabkan saya hampir kehilangan waktu sosial bersama teman2 lain. Dahulu saya gila mencari duit. Siang malam tidak kira hari bekerja atau bercuti dihujung minggu aktiviti saya hanyalah KERJA! KERJA! KERJA! Tidak cukup kerja di office saya buat freelance pula, daripada sekadar suka2 sehingga menjadi salah satu pendapatan pula. Seronoknya waktu itu sebab duit masuk ke dalam akaun beribu2 ringgit setiap bulan. Waktu itu saya hanya inginkan duit sahaja! Soal hidup memang saya tidak ambil peduli. Selepas daripada itu saya mula fikirkan apa yang saya cari dalam hidup. Saya punya duit yang banyak waktu itu tapi saya korbankan waktu sosial bersama teman sehingga saya tidak menyedari teman2 yang semakin berkurangan.

Sejak dari itu saya mula kurangkan bebanan kerja terutamanya kerja2 freelance yang takkan habis sampai bila2 pun. Tumpuan saya lebih banyak pada kerja2 di office sahaja. Tapi hati saya tetap tidak tenang juga waktu itu. Saya cuba mengembirakan hati, ada ketika keluar shopping bersama teman2 atau sekadar lepak2 kosong sambil berborak sampai ke pagi tapi tetap sama! Sampai bila saya perlu hidup begitu? Saya mula hilang keyakinan. Tidak yakin pada diri sendiri, tidak lagi yakin pada kerjaya, tidak yakin pada banyak perkara! Sampai satu ketika saya mengalami kemurungan. Doktor pula mengesahkan saya mengalami tekanan darah tinggi peringkat awal & saya pula tergolong dalam mereka yang takut makan ubat & paling malas berjumpa doktor! Sejak akhir2 ini pula banyak sangat kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung. Takutnya! Bayangkan ibarat membunuh diri sendiri jika saya tidak menjaga jantung dengan baik! Saya juga tidak pernah mengalami penyakit yang serius, kalau ada pun cuma demam & selsema itu pun sekali setahun sahaja. Sebelum terjadi apa2 lebih baik saya mengikuti kelas di Fitness First kerana tidak mahu berterusan hidup begitu.

Sebulan pertama saya dapat rasakan perubahan dalam diri, hidup saya kembali ceria & yang lebih penting saya dapat kembalikan keyakinan saya yang pernah hilang dahulu. Kalau dulu saya cepat melenting tapi sekarang semakin berkurangan. Mungkin disebabkan aktiviti yang meletihkan menyebabkan saya tidak ambil peduli pada perkara yang remeh temeh lagi. Perubahan saya juga disedari oleh GM saya, katanya sekarang saya semakin bijak mengimbangi bebanan kerja & tekanan dengan baik. Alhamdulillah.

Memang dahulu saya berdiet & terlalu obses melakukan senaman kerana ingin kurus kembali tapi bagi saya apa yang lebih penting saya dapat mengimbangi hidup saya dengan lebih baik. Saya tidak mahu punya wang yang banyak tapi akhirnya saya terbaring kaku di katil hospital. Biarlah tak punya banyak wang asal hati saya tenang. Saya bersyukur memiliki apa yang saya impikan selama ini. Saya mampu membeli banglo walaupun tidak sebesar mana, masih mampu bertukar2 kereta walaupun tidak kereta mewah, punya sedikit simpanan walau tidak berjuta2, pernah merantau ke negara orang walau tidak serata dunia. Apa lagi yang saya mahukan selain dari kehidupan & jiwa yang tenang.

Betapa bersyukurnya saya hanya Allah yang Maha mengetahui. Saya selalu menganggap yang saya sentiasa diberi peluang kedua oleh-Nya, tidak semua orang akan mendapat peluang begitu. Saya tidak akan sesekali melupai zaman kejatuhan saya dahulu. Dibebani hutang keliling pinggang sehingga hampir jatuh muflis. Ini pernah terjadi dalam hidup saya. Kalau tidak kerana pertolongan dari seorang teman yang membuka jalan buat saya pada waktu itu entah dimanakah saya sekarang agaknya. Saya masih ingat kata2nya 'aku tak mampu nak bagi kamu wang ringgit tapi aku ada jalan untuk kamu keluar dari semua ni'. Terima kasih kerana memberi ruang & mempercayai kebolehan saya. Memang saya tidak akan sesekali meminta bantuan kewangan dari teman2. Biarlah saya menanggung bebanan yang saya ciptakan sendiri.

Nota : Dahulu saya sering bertanya bagaimana dengan hanya bersenam kita mampu hidup tenang? Baru kini saya percaya & saya bersyukur corak kehidupan saya yang semakin seimbang. Alhamdulillah.

Air tangan ibu

Kenapa bila berbicara pasal masakan memang tak boleh lawan air tangan ibu? kenapa air tangan ibu sedap? apa rahsianya? kenapa kita ikut ramuan yang sama tapi rasanya masih tak sama dengan ibu?

Ibu saya seorang yang hebat dalam masakan, setiap menu yang disediakan memang menyelerakan kami sekeluarga. Saya rasa kalau ibu saya menggoreng telur atau ikan sekalipun sangat sedap rasanya! Saya selalu curi2 tengok mungkin ada ramuan rahsia yang ibu saya letakkan dalam masakannya tapi memang tiada! Saya ikut resepi yang diberikan pada saya tapi tetap tak seenak yang ibu sediakan! Sekadar campak sana sini tapi tetap sedap!

Dahulu ibu saya selalu menjadi juri untuk pertandingan masakan diserata Pahang. Ibu pernah memberi tips pada saya bagaimana untuk menilai sesuatu makanan itu tanpa perlu merasa. Tengok pada makanan pun ibu sudah tau samada makanan itu sedap ataupun tidak. Hebat bukan? Saya selalu menganggap ibu saya seorang wanita melayu jati lagi klasik kerana kehebatannya dalam serba serbi dari masakan, menjahit baju, menganyam bakul, mengubah bunga, menganyam tikar dan segalanya. Sewaktu kami tinggal di Pahang boleh dikatakan rumah kami dipenuhi perhiasan hasil kreativiti ibu saya. Gubahan bunga raya diperbuat drp tali pun ada!

Sejak pencen ibu saya punya lebih banyak masa, dek kerana sudah terbiasa bekerja ibu saya memang tak boleh duduk diam. Jadi sejak beberapa tahun lepas ibu mula mengambil upah menjahit & menjual biskut raya. Memang tak sangka jualannya sangat memberangsangkan. Permintaan demi permintaan tidak untuk hari perayaan sahaja. Sejak itu ibu saya mula sibuk kembali, sampaikan setiap kali kami tiba di muka pintu semerbak harum bau biskut raya yang sedang dibakar menusuk ke hidung. Waktu itu teman baik ibu saya cuma loyang, oven, tepung dan seangkatannya. Sampai suatu ketika ibu saya tak boleh bangun dipagi raya dek kerana keletihan menguli biskut raya yang beribu2 biji perlu disiapkan! Ibu saya memang tidak akan mengupah mana2 pembantu sebab dia banyak pantang larang. Takut kuih tak cantiklah, tak sedaplah dan segala jenis TAK lagi! Jadi bayangkan tart nenas yang paling tinggi permintaan tu dia buat seorang diri? Sejak dari tahun lepas saya minta ibu berhenti membuat kuih sebab tak mahu melihat dia jatuh sakit dipagi raya lagi, tapi demamnya datang juga dek kerana dah berbulan tak buat senaman menguli kuih! Jadi kalau saya melarang pun tak guna sebab ibu saya tetap akan curi2 masa membuat kuih untuk jualan. Nak tak nak saya akur saja asalkan hanya untuk permintaan pelanggan tetap sahaja. Kelemahan ibu saya memang tak boleh dengar pujuk rayuan orang! Kadang2 badan dah sakit pun dia tetap akan buat kerana tak sampai hati mengecewakan permintaan orang!

Ibu saya tidak lokek ilmu. Kalau minta apa2 resepi dia sangat berbesar hati dapat berkongsi ilmu bersama. Pernah suatu ketika dia berkecil hati pada temannya yang kedekut ilmu masakan. Sekadar meminta resepi apa salahnya? Kata ibu bukankah elok jika ilmu itu dimanfaatkan pada orang lain? Lain orang lain ragamnya. Mungkin itu resepi keturunan tok nenek dia makanya tak boleh diturunkan kepada orang lain, takut2 nanti periuk belanga dia akan menari siang malam agaknya.

Dalam adik beradik perempuan saya pun tiada seorang pun yang boleh menandingi kehebatan ibu saya termasuklah saya sendiri. Memandangkan saya menggemari hidangan western jadi saya lebih kerap menyediakan masakan begitu. Spagetti bolognese, Spagetti Olio, pasta, macaroni & seangkatannya memang paling kerap saya cuba. Kalau masakan melayu memang tunggu air tangan ibu saya sajalah jawabnya. Tiada seorang pun diantara kami mampu menjahit atau mengubah seperti ibu saya. Antara memasak & mengemas tentulah saya lebih berminat dalam kerja mengemas kerana itu adalah kerjaya saya. Tapi mengemas pun ikut pada mood, kalau datang mood rajin saya boleh berkemas dari pagi sampai ke petang.

Nota : kekadang terfikir juga kenapa saya tak mahu menuntut ilmu masakan sementara ibu masih ada? Bila ibu sudah tiada nanti siapa pula yang akan menyediakan juadah2 yang enak sebegitu lagi :-((

Penghujung Ramadhan

InsyaAllah beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan syawal. Sekejap benar masa berlalu, rasanya baru beberapa hari sahaja kita berpuasa kini ramadhan semakin hampir tiba ke penghujungnya. Barangkali tentu banyak pengalaman yang kita lalui sepanjang tempoh berpuasa. Bagi saya sendiri sejak beberapa tahun lepas kemeriahan beraya semakin berkurangan mungkin disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat ditambah pula ramai sepupu2 yang sudah berkahwin. Maklumlah sewaktu kecil2 dahulu hari raya memang paling dinantikan sebab dapat berjumpa sepupu sepapat yang jauh atau dekat dan yang paling penting dapat mengumpul duit raya!

Masa kecil2 dulu berpuasa pun sebab nak dapatkan duit. Itulah cara mak saya melatih anak2 berpuasa, siapa dapat puasa penuh satu hari boleh dapat RM1, jadi kalau 30 hari sudah jadi RM30. Waktu itu RM1 sangat besar nilainya. Zaman sekarang budak2 dah demand, cuma terima wang kertas berwarna hijau atau merah sahaja. Untungnya kanak2 zaman sekarang, sampaikan kita sendiri pun segan nak bagi duit raya takut nanti tak cukup pula! Nasib baik anak saudara saya baru ada 3 orang kalau tidak mahu bankrap juga saya dibuatnya. Tapi yang paling seronok anak2 saudara saya lebih suka wang syiling sebab boleh dapat banyak & berat! :-D. Pernah suatu masa saya susun wang RM50, RM 10 & syiling sebanyak mungkin untuk mereka pilih. Memang tepat jangkaan saya, wang syiling itulah yang menjadi rebutan! Sukanya mereka kerana dapat memenuhkan dompet kecil masing2. Tapi wang kertas tetap juga saya berikan untuk simpanan atau perbelanjaan mereka. Untungnya sekarang kanak2 tak perlu bersusah payah nak berjalan keliling kampung 'mengutip' duit raya, dalam rumah saja pun boleh dapat beratus2 ringgit! Melihatkan gelagat mereka sudah cukup menggembirakan hati saya.

Pada saya hari raya memang kanak2 yang paling seronok, lagipun kalau beraya dikampung takkan nak melaram dengan baju berlabuci, baju tali guni, make up tebal bak opera cina atau sanggul setinggi gunung! Lainlah kalau beraya di Kota, bolehlah nak melaram sakan sekali pun. Kalau dulu tiap kali raya mesti nak pulang ke kampung halaman tapi sekarang saya tidak kisah menyambut raya dimana2 asalkan dapat bersama ibubapa & adik beradik lain sudah cukup bagi saya. Barangkali suatu hari nanti jika beraya diperantauan sekalipun saya tidak kisah asalkan ahli keluarga saya ada bersama2.

Walaupun masih belum dapat merasai bahang syawal yang hampir tiba saya tetap tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Tambahan pula tahun ini semua adik beradik ada bersama. Paling seronok dapat melihat anak2 saudara saya meraikan hari raya nanti. Tentu meriah tidak terkata memandangkan kami semua akan beraya buat pertama kalinya di Lumut. Entah bagaimana agaknya suasana beraya disana ye?

Persiapan untuk syawal pun tak banyak yang saya sediakan. Sekadar menyediakan duit raya untuk anak2 saudara sahaja. Sepasang baju raya pun saya tidak beli! Lagipun masih ada pakaian yang belum dipakai & masih elok disimpan. Ada juga yang baru dipakai sekali sahaja. Pada saya daripada membazir lebih baik saya pakai apa yang ada. Memanglah syawal cuma sekali tapi tidak bermakna kita harus berbelanja sakan, cukuplah sekadar yang termampu. Paling banyak saya beli pun hanyalah tudung, lagipun tudung tu saya beli untuk dipakai pada hari2 biasa & waktu bekerja bukan untuk hari raya semata2.

Kita pasti akan merindui bulan ramadhan, rindukan sembahyang terawih berjemaah dimasjid, rindukan waktu berbuka puasa & bersahur bersama, rindukan bazaar ramadhan yang menjual makanan2 yang enak dan rindukan segalanya. Lagipun ramadhan adalah bulan yang paling mulia bagi mereka2 yang tahu akan kelebihannya. Tentunya sayu untuk meninggalkan bulan ramadhan, masihkah kita berpeluang meraikan ramadhan lagi di masa akan datang atau mungkinkah ini ramadhan kita yang terakhir? Wallahualam.

Nota : alangkah bahagianya jika saya dapat merasai pengalaman berpuasa & menyambut syawal di Kota Mekah. Sekadar berniat & memanjatkan doa memohon padaNya semoga suatu hari nanti saya dapat merasai sendiri pengalaman itu.

Destinasi

Kalau ditanya destinasi mana yg ingin saya tujui sekarang tentu sekali jawapannya menunaikan umrah di Mekah. Sejujurnya Mekah tidak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin saya tujui. Dahulu saya selalu rasakan yang saya sentiasa tidak bersedia untuk kesana. Memikirkan dosa2 saya terhadap Allah, Ibubapa, keluarga, teman2 ataupun insan lain menjadikan saya sangat takut untuk kesana, apatah lagi apabila mendengar pelbagai cerita yang kurang enak. Faham sajalah apabila berada ditempat suci seperti Mekah bibir tidak boleh bertutur pada perkara2 yang tidak elok begitu juga dengan hati, tidak boleh terdetik pada perkara2 yang tidak baik kerana silap haribulan perbuatan kita akan dibayar secara tunai disana kelak.

Entah kenapa sewaktu saya pulang bercuti ke Ipoh 2 tahun lalu saya menyatakan pada ibu hasrat saya untuk bercuti ke Kota London lagi sedangkan saya baru pulang dari sana pada waktu itu. Kata ibu saya 'kalau kita mampu bercuti ke negara orang mengapa tidak mampu nak beribadat pula di Kota Mekah'. Sedangkan London pun dah berapa kali saya pergi. Terdiam saya. Lama baru saya nyatakan bahawa saya sangat takut untuk kesana sebenarnya. Tapi kalau saya tidak pergi sekarang bila lagi saya akan pergi? Sementara umur masih muda, masih ada kudrat untuk melakukan ibadat, kalau saya masih dihantui oleh ketakutan sampai bila pun saya tidak akan pergi. Sejak dari itu saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke sana & saya berharap dapat pergi dalam tempoh terdekat selepas beberapa kali ditunda.

Sepanjang ramadhan, dikaca tv pun ada menayangkan solat terawih secara live dari Mekah, sayu sungguh hati saya setiap kali melihat kaabah. Bayangkan bila berada didepan kaabah nanti bagaimana perasaan itu agaknya ya? Kata ibu saya kalau seseorang itu tidak mengalirkan air mata sewaktu berdiri didepan kaabah memang dia keras hati orangnya. Ada juga yang menyatakan bila kita berada disana kelainannya tidak dapat dirasai dimana2 pelusuk dunia sekalipun! Walau sejauh mana kita merantau atau mengembara takkan sama dengan Mekah. Jika saya tidak pernah kesana bagaimana saya ingin mengetahui perbezaan ini? Kerana itu saya harus menangguhkan hasrat saya untuk merantau ke negara lain walaupun ada teman2 yang sedari awal lagi mengajak saya bercuti bersama kerana saya harus memberi keutamaan pada sesuatu yang lebih penting dalam hidup saya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki kita masih punya masa untuk merantau lagi.

Nota : kita tidak tahu berapa lama hayat kita dimuka bumi, justeru itu saya amat berharap dapat ke tanah suci sementara hayat masih ada. Moga dimudahkan oleh-Nya niat saya untuk ke sana kelak. InsyaAllah.

Barbeque Ramadhan

Selalunya pada minggu pertama ramadhan saya akan pastikan adik beradik semua dapat berbuka bersama keluarga. Bukan senang nak kumpulkan semua adik2 sebab selalunya ada sahaja yang tak dapat bersama disaat akhir. Tahun ni barulah dapat berkumpul bersama2 terutamanya Angah sebab dah 2 tahun kami tak berbuka puasa & beraya bersama. Alhamdulillah tahun ni Angah tak ke luar negara tambahan pula dia sedang bercuti selama seminggu sebelum melapor diri ke staff college tak lama lagi. Jadi saya cadangkan kami semua buat barbeque di rumah Angah, lagipun dapatlah membawa Mila berjalan2 sambil beramah mesra bersama keluarga kami.

Kebetulan hari kemerdekaan jatuh pada hari isnin jadi dapatlah bercuti lama sedikit. Hari ahad saya sekeluarga bertolak dari Ipoh, perjalanan ke Lumut mengambil masa lebih kurang dalam 1 - 1 1/2 jam sahaja. Petang tu kami menyediakan apa yang patut sebagai juadah berbuka puasa. Menu yang disediakan ada pelbagai jenis, dari western ke chinese style semua ada, maklum sajalah hasil masakan dari berbagai tukang masak! Sedap atau tidak belakang kira, yang penting tiada orang yang keracunan makanan :-D.

Menjelang lewat petang atas meja dah dipenuhi segala jenis makanan. Daripada makanan yang dibakar, digoreng, direbus, macam2 ada. Mak bonda pula membuat karipap & cucur badak, memang banyaklah makanan kami pada hari tu. Mak bonda ni biasalah, kalau anak2 pulang memang segala resepi tok nenek dia akan hidangkan pada kami. Selagi tak penuh meja memang tak sah! Mana2 ibu pun akan seronok memasak meraikan kepulangan anak2 kan! Sehari sebelum tu kami semua berbuka puasa bersama di Ipoh, segala macam masakan yang mak bonda sediakan dari kuih muih sampai ke lauk pauk, ada daging masak kicap, ayam masak ros, sambal goreng & macam2 lagi. Kalau di KL jangan harap nak dapat makan berselera macam tu, tapi saya tetap bersyukur sebab sekurang2nya kalau saya teringin nak makan masakan mak bonda saya boleh terus pandu pulang ke Ipoh, sedangkan ada orang yang terpaksa berpuasa diperantauan ataupun dimedan perang :-((
Nota : Saya selalu terfikir bagaimana agaknya beraya tanpa keluarga disisi? Saya tidak pernah melalui semua itu & saya amat bersyukur kerana masih dapat meraikan ramadhan & syawal bersama keluarga. Masakan ibulah yang paling kita nantikan setiap kali perayaan ataupun sewaktu menjenguk mereka dikampung halaman. Tak dapat dibayangkan jika suatu hari nanti saya tidak dapat merasai semua itu lagi :-((