Janji & Dilema

Alhamdulillah...akhirnya tertunai juga janji saya sejak sekian lama. Dah bertahun rupanya saya memungkiri janji yang satu ni, jadi apabila teringat kembali lebih baik saya lunaskan dahulu sebelum saya terlupa lagi & lagi. Sejak dahulu saya pernah berjanji sekiranya ada rezeki lebih saya ingin berkongsi bersama anak2 yatim tapi entah macamana saya abaikan janji saya hingga suatu ketika saya rasakan hidup saya tidak tenang lagi. Waktu tu barulah teringat ada janji yang belum saya tunaikan, janji pada anak2 yatim pula tu...masyaAllah...

Saya bukan hendak memberitahu satu dunia yang saya telah menderma pada mereka, lagipun jika tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak boleh tahu, hanya sekadar ingin mengingati sesama kita jangan mudah berjanji jika tidak mampu melaksanakannya. Tambahan pula janji pada anak2 yatim. Allah memberikan saya rezeki yang melimpah untuk menguji sejauh mana keimanan saya. Adakah saya sanggup berkongsi rezeki saya bersama insan lain?
Allah itu Maha Adil, Dia boleh tarik rezeki kita bila2 masa sahaja. Mungkin hari ini kita punya wang esok lusa kita cuma tinggal sehelai sepinggang, siapa tahu.....?

InsyaAllah jika punya kesempatan waktu & ada rezeki lebih lagi saya ingin berkongsi bersama2 mereka, lagipun itu juga sebahagian tanggungjawab kita sesama insan. Kalau ikutkan hati memang duit sentiasa saja tak mencukupi tapi fikirlah sendiri. Selalu saya ingatkan pada diri sendiri jika saya boleh mencuci mata & poket di shopping mall takkan sesekali menyucikan untuk kebaikkan tidak mampu pula!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Saya betul2 dalam dilema apabila memikirkan perihal rumah saya di Ipoh. Entah bila saya dapat tinggal disana pun saya tidak tahu. Selagi saya mencari rezeki di KL selagi itulah saya harus berada disini. Apabila ayahanda mencadangkan untuk menjadikan rumah saya sebagai 'homestay' saya tidak dapat berkata apa2, memang terkedu sebab saya sangat2 sayangkan rumah tu. Memang betul kata ayahanda daripada dibiarkan tanpa penghuni lebih baik jadikan 'homestay' saja sekurang2nya dapat juga duit.

Saya cuma takutkan mereka tidak menjaga rumah saya dengan baik. Tahu sajalah orang yang akan menginap disitu adalah berbeza karektor, kalau dapat yang ganas habis melingkup rumah saya, itu yang saya paling tak suka! Kalau fikirkan duit memanglah saya akan turut kata ayahanda, sekurang2nya nanti saya punya wang untuk renovation akan datang. Jawabnya renovation besar2anlah selepas ini kerana saya mahu segala2nya seperti baru!

Nota : saya sudah mendengar beberapa pendapat dari mereka yang rapat dengan saya. Ada cadangan lagi?

Amy - Suatu Masa

Semalam saya bersama sepupu & beberapa teman pergi menyaksikan konsert 'Suatu Masa-Amy Search' di Istana Budaya. Sejak menyaksikan persembahan Amy & Search di Juara Lagu januari lalu saya rasa sungguh teruja sekali & bertekad jika ada sebarang konsert Search selepas ini memang saya akan melompat pergi!

Apabila mendapat tahu Amy akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya mulalah masing2 kecoh nak mendapatkan tiket. Kebetulan sepanjang bulan lepas masing2 sibuk hampir setiap hari bahkan pada hujung minggu pun kami jarang berada di KL jadi banyak tiket yang telah habis dijual, kalau ada pun memang mahallah harganya dan agak jauh dari pentas.
Tapi memang rezeki kamilah bila tiket untuk malam 'full dress rehearsal' pula mula dijual, macam goreng pisang panaslah orang berebut nak beli! Masuk tengahari saja hampir keseluruhan tempat duduk sudah dipenuhi! Dapat tiket dibahagian depan sekali memanglah seronok sebab dapat melihat Amy dengan jelas (walaupun dihadang oleh monitor dek kerana terlalu dekat sangat dengan pentas!)

Melihatkan Amy bermonolog rasa kelakar pun ada, maklumlah dia penyanyi rock yang sudah biasa beraksi agresif di atas pentas tiba2 harus bermonolog meluahkan perasaannya dihadapan audiens. Memulakan persembahan dengan lagu 'Kongkang' dan berimej rambut panjang hingga paras pinggang apa yang dapat saya katakan persembahan Amy semalam memang hebat walaupun agak kekok rasanya tanpa Search.

Keseluruhan persembahannya menggambarkan perjalanan AMY sejak mula menjadi artis yang hanyut dek kehidupan duniawi sehingga menjadi Amy yang baru. Dendangan lagu2 seperti Rozana, Isabella, Nigina, Laila namamu teratas menggambarkan seolah-olah wanita2 tersebut pernah hadir dalam hidupnya. Sungguh indah sekali....
Khabarnya Amy akan membuat konsert bersama kumpulan Search di Dewan Philharmonik pula. Sungguh tidak sabar rasanya! Sepatutnya nama besar seperti kumpulan Search harus ada penaja yang sanggup menaja konsert besar sebagai penghormatan buat mereka yang masih mampu bertahan sehingga kini, bahkan mereka lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan artis indonesia yang baru setahun jagung menyanyi tapi punya keistimewaan apabila berkunjung kemari! Walau semakin ramai penyanyi yang muncul setiap hari namun Amy & Search hanya satu! Penyanyi yang bagus punya aura yang sangat kuat untuk menarik peminat untuk setia bersama mereka sejak dahulu hingga kini. Syabas Amy!

Nota : seronok melihatkan perubahan Amy sejak bersama Search hingga beliau kembali dari Mekah. Alhamdulillah :-)

Kain Pasang

Dalam sibuk2 mengemas rumah hari tu baru perasan punya banyak lagi kain2 pasang yang belum dijahit. Ni kalau buat meniaga mesti banyak yang untung ni. Kebanyakkannya saya beli sewaktu berkunjung ke Bandung, ada juga yang dibeli disini bila kebetulan keluar berjalan2 & terlihat kain yang berkenan dimata terus saja beli, saya memang tiada masa nak fikir 2-3 kali, kalau bab2 membeli paling cepat membuat keputusan, bila hati dah suka ambil sajalah, ye tak? Bukankah konsep saya 'BIAR MENYESAL BELI JANGAN MENYESAL TAK BELI'! itu memang konsep kaum kerabat saya juga, kalau menyesal beli boleh dijualkan pada orang lain, kalau menyesal tak beli alamatnya gigit jarilah asyik dok fikirkan benda yang tidak dapat dibeli tu.

Setakat ni jarang sangat ada barang yang menyesal dibeli sebab kalau ada pun saya akan berikan pada adik2 saya, sukalah mereka sebab dapat barang2 free! Tak tahulah kalau orang kata itu membazir sebab dulu dah puas merasa susah, nak beli apa2 pun kena fikir 2-3 bulan, bukan 2-3 kali lagi dah, jadi bila ada duit sikit inilah masanya untuk memanjakan diri sendiri. Walaupun suka membeli belah tapi saya juga harus bijak menyimpan & menguruskan kewangan, macamana saya pandai membeli macam tu jugalah saya kena pandai mencari wang kembali.

Nota : bila masa lah dapat pakai kain2 yang glams lagi berkelips tu? silap2 esok buat je hantaran kawin :-D

Marche - The Curve

Malam minggu lepas saya keluar melepak dengan kaum kerabat di Marche, The Curve. Walaupun tinggal di KL tapi faham sajalah masing2 tidak punya kelapangan waktu yang sesuai. Memandangkan Kak Idah akan berangkat ke Mekah pada hari isnin jadi dapatlah kami bertemu seperti yang dijanjikan.

Tak sangka pula Kak Idah akan angkut hero2nya bersama. Dah besar panjang anak2 saudaraku & hensem2 belaka. Ini gambar saya bersama salah seorang anak kak Idah, Aswad namanya. Sekarang tengah shooting untuk rancangan 'Top Host' di TV3 yang disiarkan setiap rabu jam 10.00 pm (promote anak saudara sendiri). Nasib baik bukan kami yang kena undi kalau tidak Aunty Yong undi awak sampai menang (tak boleh panggil Mak Yong, terasa macam saya tua sangat2!) :-p

Kak Idah dengan anak2 pun dah nampak macam adik beradik, tu yang seronoknya bila kahwin muda sebab walau anak2 dah besar panjang tapi mak pula nampak muda sentiasa, macam kakak & adik2 pun ada. Hai Kak Idah, nasib baiklah budak2 tu anak saudara sendiri kalau tidak bolehlah dipancing salah seorang tu...hehehe

Memandangkan kawan2 saya pun dah tak ramai di KL, jadi sekarang ni saya lebih suka keluar bersama sepupu sepapat yang dah tentunya satu kepala! Bila dah bersama tahu sajalah kecohnya bagaimana. Mereka pula masing2 sibuk nak 'kahwinkan' saya...aduh dipersilakanlah dengan segala hormatnya calon2 anda itu mengadap beta :-D

Amy & Kak Idah punya nasib yang hampir sama, tapi seronok sangat dapat melihat mereka berjaya menangani masalah masing2 dengan baik. Anda berdua memang kuat & tabah! Nasib saya entah bagaimana pula nanti. Apa pun saya sangat gembira dapat keluar bersama & akan lebih banyak menghabiskan masa bersama mereka lagi selepas ini.
Nota : tengah plan nak pergi melancong bersama2 :-D

Selamat Hari Jadi Ayahanda

Hari ni hari ulangtahun yang ke 58 buat ayahanda saya Hj. Khairuddin Bahrin. Tak sangka ayahanda saya dah berusia 58 tahun, cepat benar masa berlalu...saya selalu ingatkan ayahanda saya masih 50 tahun...ish takkan lah sebab saya pun dah lebih suku abad!

Sejak dari kecil saya tidak terlalu rapat dengan ayahanda tapi kami adik beradik tahu bahawa beliau sangat mengambil berat tentang kami. Boleh dikatakan kami bercakap bila ada perkara2 yang penting saja selainnya terpaksa mengharapkan mak bonda merangkap setiausaha peribadi ayahanda untuk merujuk pada ayahanda terutamanya bila tiba bab duit :-D

Sejak kebelakangan ni baru nampak perubahan pada ayahanda, beliau lebih banyak bersuara & menyampaikan pendapatnya tambahan pula sejak saya membeli rumah di Ipoh semakin banyaklah perkara yang perlu saya rujuk pada ayahanda. Saya sangat2 menghormati ayahanda saya & tidak akan membantah sama sekali jika beliau tidak menyukai sesuatu perkara termasuk soal jodoh. Beliau seorang yang berpendirian tegas & sangat komited dalam kerjanya. Seorang yang berdisiplin tinggi, menepati janji & masa, jadi jika tidak boleh menepatinya janganlah berani nak membuat janji dengan ayahanda saya kerana beliau memang pantang dengan orang begini sampaikan mak bonda pun pernah berkata ' flight pun ada gak delay awak tau tak'! ( tu ayat biasa mak bonda sebab selalu lambat bersiap untuk ke surau akhirnya kena tinggal dengan ayahanda! :-D)

Lagi satu ayahanda saya seorang yang sangat kemas & teliti bila tiba bab2 kerja, file2nya tersusun kemas & disimpan rapi didalam laci. Ini memang perangai ayahanda yang sangat saya kagumi & kami adik beradik pun kadang2 tak mampu nak ikut sebab tu apa2 file yang penting saya akan tinggalkan di Ipoh kerana saya tahu ayahanda akan menjaga dengan baik.

Rumah saya di Ipoh pun dijaga baik oleh ayahanda saya sampaikan mak bonda kata 'Pa tu lagi banyak ulang alik ke rumah kamu, macam ada bini no 2 kat situ...hahahaha'. Ayahanda saya sangat suka berkebun sebab tu beliau sering ulang alik ke rumah saya melihatkan hasil tanamannya, lagipun kata ayahanda dah tua2 ni itu saja cara untuk keluarkan peluh. Ayahanda pula bukan jenis yang suka melepak di kedai kopi, rutinnya setiap hari pun sama saja, lepas subuh pulang saja dari masjid pergi ke pasar mencari lauk pauk, baca surat khabar, membasuh pinggan, membasuh kain (kata ayahanda kalau tunggu mak bonda alamat terbenam matahari pun kain tak basuh lagi...hehehe), berkebun, lipat kain, ulang alik ke masjid & begitulah aktivitinya setiap hari. Mana nak cari suami seperti ayahanda saya? yang rajin serba serbi, ada...ada?

Saya sangat bangga memiliki ayahanda seperti beliau, walaupun tegas sukar sekali hendak melihat beliau memarahi kami apatah lagi merotan anak2. Kami adik beradik sangat suka mendengar pandangan beliau yang sungguh bernas & cara beliau menyatakan sesuatu memang sungguh ikhlas & teguh pendirian. Walau beliau sukar sekali menunjukkan belaian kasih sayang terhadap kami adik beradik tapi beliau sentiasa ada bila kami memerlukan. Tidak dapat saya bayangkan jika suatu hari nanti ayahanda telah tiada, dengan siapa harus saya rujuk? Ya Allah ya tuhanku panjangkanlah usia ayahandaku supaya kami dapat berbakti kepadanya & dapat menjaganya hingga ke akhir hayat, sesungguhnya kami masih memerlukan ayahanda...SELAMAT HARI JADI AYAHANDA.

Cuti-cuti Singapore

Selama hari ni pergi ke Singapore atas urusan kerja, kali ni dapat berjalan2 sakan dengan adik beradik rasa puashati sangat! Kebetulan masa nak ke sana dapat pula email pasal 'warehouse sale' Charles & Keith, apa lagi...memang termasuk salah satu destinasi wajiblah jawabnya.

Walaupun sesat barat mencari lokasinya tapi pemergian kami sungguh berbaloi. Meskipun terpaksa naik turun MRT, bas & berjalan kaki tapi hati tersenyum puas! Nasib baik waktu kami tiba orang masih belum ramai lagi tapi sebaik keluar dari wareouse masyaAllah beratur sikit punya panjang! Memang rezeki kamilah sebab tiba awal.

Nak tahu giler ke tak giler dia punya sale, hampir kesemua kasut yang saya beli cuma berharga $9.00! Habis tu takkan nak tengok je kan, sapu je lah...bak kata mak ngah 'biar menyesal beli jangan menyesal tak beli' :-D

Cuma yang ini saja saya beli di outlet, tapi harganya pun tak mahal cuma $ 22.90, kalau kat KL belum tentu ada kasut yang semurah tu hatta vincci sekalipun yang bukan main lagi mahal harganya sekarang, design pula entah apa2!

Lagi satu saya memang suka mengumpul minyak wangi. Lambat sangat nak menunggu perfumes dari cik Harny jadi saya memborong yang ini dulu..errr sebenarnya aritu pun dah membeli 2 botol kat City Hall pastu 'terbeli' gak lagi lepas tengok diaorg memborong, dah murah sangat beli je lah yek! Yang dikirimkan dari cik Harny tahun lepas pun belum habis dipakai pastu yang 3 tahun lepas beli pun tak habis lagi...adehhhhhh.
Nota : 5 pasang kasut yang dibeli cuma berharga $72.80, kalau ditukar ke RM pun tetap murah lagi! Huh memang menyesal kalau tidak membeli!

Warehouse Sale!

Ini memang betul2 menguji keimanan. Macam tau2 je saya nak ke sana. Agak2 boleh menggoncangkan iman tak? Rasanya kalau saya pulang tanpa membeli apa2 barangkali saya sudah gila. Memang sah2 gila! Ya Allah Ya Tuhanku kau kuatkanlah imanku daripada membeli sehingga lupa diri (tapi kalau 2 3 barang boleh kot...boleh ler...boler ler ye!)

Saya tinggalkan dua kerat pantun :
Menyuap sate ke mulut singa,
mari kita ke Kota Singa.

Boleh tak pantun camtu? :-D

Nota : yeay...bercuti2 lagi!