Singapore Trip - part 1

Sepanjang saya ke Singapura jarang2 saya dapat bershopping dek kerana tuntutan kerja. Ada ketika saya hanya berada disana selama sehari semalam sahaja. Esok pagi harus berada di KL semula. Jadi bila dapat peluang untuk ke luar saya terus memilih Singapura walaupun pada awalnya saya harus ke negara lain.

Memandangkan saya punya kesempatan waktu untuk berjalan2 kali ini maka saya menggunakannya sebaik mungkin. Memang sejak dahulu setiap kali ke sana saya lebih suka memilih untuk menaiki bas kerana saya sukakan pemandangan kotanya yang bersih sebaik melepasi imigresen Singapura.

Sebaik tiba di hotel yang terletak di Dickson Road saya dan teman meneruskan aktiviti 'cuci mata & poket' di Bugis Junction kerana terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami. Jauh tak jauh terkehel jugalah berjalan kaki ke sana ke mari kerana tersilap jalan. Tapi yang penting apa yang dihajati tercapai sudah!


Hari kedua saya perlu berada Di Changi Exhibition Centre untuk Aerospace show, memang itulah agenda paling utama saya ke mari. Menurut kata Angah LIMA di Langkawi lebih seronok sebab persembahan Air Shownya yang menarik. Memang Air Show tempoh hari kurang menarik tapi untuk bahagian exhibition memang superb sebab mereka punya budget yang besar.

Ini kali kedua saya ke Aerospace Show di Singapura, rasanya sewaktu pergi kali pertama dahulu lebih hebat lagi. Mungkin penyertaan dari negara2 luar agak terhad tambahan pula ekonomi yang tidak berapa baik maka tidak ramai yang sanggup berhabisan wang mencantikkan booth masing2 yang memakan masa beberapa hari cuma.

Setiap kali menghadiri mana2 event di Singapura rasanya jarang sekali saya pulang tanpa rasa puashati. Kalau dibandingkan event di KL rasanya kita masih ketinggalan dari banyak sudut. Tambahan pula kemahuan orang kita yang selalu 'mahukan yang cantik tapi harga yang murah'! Belilah apa saja realitinya orang kita memang begitu! Maaf cakaplah, kalau kita mahukan yang cantik haruslah dibayar dengan ganjaran yang sepatutnya!

Ada masanya kita sebagai designer pun sampai nak pecah kepala fikirkan sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal. Ibaratnya mahu memiliki kereta ferrari tapi budgetnya cuma mampu memiliki kenari, fikir2kan lah....
Nota : ke negara mana pula kita selepas ini :-)

Hasil Tanaman

Hari jumaat lepas ada annual dinner kat Tenji, ikutkan badan hujung minggu nak berehat dirumah sahaja. Tapi bila ayahanda minta saya pulang ke Ipoh untuk 'merasmikan kacang' makanya saya pulang malam tu juga.

Inilah rumah saya, hampir setiap hari ayahanda & mak bonda akan datang menjenguk sambil bercucuk tanam, lepak & makan2 sambil berkelah berdua2an & buat apa yang patut. Sekurang2nya rumah saya sentiasa dijaga baik oleh mereka.

Acara mencabut kacang bermula. Mata mengantuk tuhan saja yang tahu. Bila nampak kacang2 yang segar bugar ni mata pun ikut segar sama.

Inilah rupa kacangnya. Senang ditanam & cepat dimasak! hehehe....untung juga ayahanda bercucuk tanam, dapat juga merasa hasilnya. Kalau nak tunggu saya alamat tanam lalang ler jawabnya.

Nak mencabut pun sangat mudah, tak perlu segala cangkul bagai. Dulu orang selalu sebut 'lain kali kalau takde kerja balik kampung tanam jagung atau tanam kacang'! Kalau buat betul2 mau kaya ni!

Giliran ayahanda pula mencabut! Ayahanda pula sudah biasa bekerja. Sejak bersara dia lebih banyak menghabiskan masa bercucuk tanam, janji dapat keluarkan peluh katanya.

Inilah hasil yang kami dapat hari tu, berkilo2 juga! Petang tu kami sekeluarga pergi ke Lumut, alang2 berkumpul baik bawa 'hasil tanaman' sekali sebab masing2 boleh dapat merasa. Makan beramai2 kan sedap!

Ini pokok kacang yang masih belum berbunga. Kata ayahanda hanya yang berbunga sahaja boleh dicabut! ohhh begitu rupanya!

'Kachan fanjan' pun ada, tapi tak sempat nak merasa. Tengok semua tanaman2 tu teringat pula filem 3 abdul! :-D

'Kachan brandi' pun ada! Kalau dicelur dan makan bersama kuah kacang sangat sedap! Buat kari ayam campur bendi pun sedap daaaa...

Jagung mesti wajib ada! Lain kali boleh direbus lepas tu letak butter, susu & sedikit garam...oh sedapnya! Tak perlu beli jagung tongkol dipasar malam lagi!

Tembikai pun ada. Walaupun kecil tapi yang penting isi didalamnya merah menyala.

Mempelam pun ada beberapa pokok yang ditanam. Sangat sesuai untuk kami yang gilakan buah mangga! Takut nanti tak sempat masak, tinggal daun saja...huh, paham2 sajalah.
Tak tahulah kenapa dengan aksi spontan mak bonda itu, nak kata tendang pun tidak, nak kata gaya terbaru pun tidak...apa2 aje ler...

Masing2 gigih 'meleraikan' kacang. Seronok bergotong royong beramai2. Apa yang penting? Kerjasama! :-D

Yeah...itu dia petani koboi kita. 'Berapa hasil tanaman yang pakcik perolehi setakat ini ye?'

Terima kasihlah ayahanda bonda kerana menjaga rumah saya. Merekalah orang yang paling happy bila saya membeli rumah di Ipoh & merancang untuk 'kembali' ke sana suatu hari nanti. Sepanjang bekerja saya sudah puas merantau & bermastautin ditempat orang. Apabila tua kelak saya ingin berdekatan dengan mereka pula.

Ikutkan hati saya ingin menetap terus disana. Tapi apakan daya kerjaya & rezeki saya masih disini. InsyaAllah bila tiba masanya saya akan pulang jua.

Sakit gigi pulak!!!

Batuk baru je nak beransur pulih dah sakit gigi pulak yang datang! Batuk2 manja ni pun entah bilalah boleh betul2 hilang, sampai sakit jiwa dah dibuatnya. Apa ler nasib saya diawal2 tahun ni. Yang gigi ni pun satu, masa ni ler dia nak sakit. 'Wahai gigi tidakkah kau tau yang aku sangat takut berjumpa dengan doktor gigi'? Tapi dek kerana tidak tahan sakit saya bergegas ke klinik gigi berdekatan. Huh...nasib saya baik sebab tiada sesiapa waktu itu, kalau ramai orang alamatnya saya berkira2 samaada perlu dicabut atau tidak!

Sejak kecil lagi saya memang fobia berjumpa dengan doktor gigi. Baru sebut nak pergi klinik gigi saya dah melolong satu rumah. Masa kecil2 dulu gigi selalu rosak maklumlah suka sangat makan benda2 manis. Memanglah selalu bermasalah & rosak. Kadang2 bila takut sangat berjumpa dengan doktor gigi saya sanggup jadi 'doktor tak bertauliah', apa lagi kalau tak menggunakan benang! Entah berapa batang gigi telah berjaya saya cabut menggunakan benang, tapi kalau gigi geraham memang kena jumpa dengan doktorlah, tak kan nak cabut pakai spanar hidup lak kan!

Nak berjumpa dengan doktor gigi pun satu hal, saya cuma mahu berjumpa dengan doktor yang baik saja. Sewaktu saya menetap di Pahang dahulu saya sudah biasa berjumpa dengan Doktor Ho. Klinik gigi lain memang saya tak pernah pergi. Doktor Ho memang baik sebab susah nak dengar suara dia, kadang2 saya rasa dia seperti orang bisu...hehe..kalau mendengar orang berkata2 hanya akan menambahkan ketakutan saya yang memang sedia takut! Sampai sekarang pun saya masih takut!

Saya pernah memandu ke Bentong Pahang beberapa tahun lepas semata2 nak mencabut gigi kat klinik Dr Ho. Sungguh mereng! Sudahlah kena tahan sakit berjam2 sepanjang perjalanan, bila sampai ke klinik Dr Ho pula tiada. Dalam keadaan terpaksa akhirnya gigi saya berjaya dicabut oleh doktor lain. Waktu tu saya pergi dengan Harny. Lepas cabut gigi kami terus balik ke KL, kan mereng namanya tu.

Lepas pada tu satu persatu gigi saya buat hal. Takkanlah nak pergi ke Bentong setiap kali sakit gigi kan? Akhirnya saya mencuba di klinik lain pula yang berhampiran dengan tempat kerja saya. (itu pun sebab dah tak tahan sangat, kalau tak mahu ler tunggu hari minggu untuk ke Bentong!). Pertama kali pergi ke klinik lain memanglah kecut perut dibuatnya. Adik beradik saya pun memang jenis yang penakut bila kena cabut gigi, ala2 penyakit keturunan ler ni. Tapi sejak saya berkunjung ke klinik Dr Sini sedikit sebanyak perasaan takut mula hilang walaupun perasaan gemuruh sebelum dibius tetap ada. Bahkan sekarang jika adik2 saya sakit gigi pun saya cadangkan supaya mereka berkunjung ke situ kerana murah & tidak menyakitkan! Sangat sesuai untuk orang yang trauma seperti saya :-D

Bukan setakat berjumpa doktor gigi bahkan mana2 doktor sekalipun (kecuali doktor haiwan) saya takut mahu berjumpa, lebih2 lagi kalau kena cucuk dimana2 bahagian anggota badan sebab saya sangat takut jarum! Sedangkan jarum yang mahu disuntik dilengan pun saya takut inikan pula yang disuntik pada gusi, memanglah takut! Pergi hospital pun saya takut sebab saya tak suka bau ubat2an & paling takut bila nampak jarum! Alhamdulillah sejak dahulu saya tak pernah ada penyakit yang serius jadi memang tak pernah merasa tinggal di hospital. Touch wood!

Nota : orang yang tanam gigi tu entah macamana ler azabnya ye? mesti sakit kan!

Bagaimanakah agaknya jika..

Semalam hujan lebat. Lebat selebat lebatnya. Saya pulang lebih kurang jam 7.15 malam. Sebelum pulang nak pergi isi minyak dulu sebab dah kekeringan. Walaupun ada stesen minyak yang berdekatan dengan tempat kerja, saya lebih suka mengisi di Petronas yang berdekatan dengan Mines sebab sudah jadi pelanggan tetap disana. Lagipun ada orang kata yang dekat office tu selalu tipu meter. Entahlah.

Dalam perjalanan tu memang dah tak nampak apa. Walaupun Mines tak jauh mana tapi saya rasa seperti nak ke utara jauhnya. Rasa lama sangat nak sampai. Bila tiba dipersimpangan Mines tekak pula terasa nak makan nasi lemak. 'Hmm..hujan2 ni kalau makan nasi lemak mesti best! Dah lama sungguh tak pekena nasi lemak abang tu'. Bila sampai kedai nasi lemak pula tutup. Alahai kempunannya. Tekak yang tadi teringin nak makan nasi lemak terus buat perangai. Tiba2 batuk tanpa henti sehingga terpaksa berhenti ditepi jalan. Masa tu terfikir macamana agaknya kalau tiba2 saya mati disitu? Sungguh! itulah yang saya fikirkan waktu itu. Saya kelemasan yang teramat sangat. Dimana perlu saya mendapatkan bantuan dalam keadaan hujan lebat begitu? Hendak menekan nombor ditelefon pun saya tak mampu.

Beberapa hari lepas sewaktu hendak melelapkan mata juga begitu. Entah kenapa saya batuk tanpa henti, batuk hingga saya rasa sesak nafas yang teramat sangat. Waktu itu saya terfikir siapa yang akan tahu jika sesuatu terjadi pada saya pada waktu itu? Dahulu saya ada adik2 atau teman yang tinggal bersama tapi sekarang saya tinggal sendirian. Apa akan jadi jika tiba2 nyawa saya dicabut pada waktu itu? Pernah tak kita terfikir yang kita semakin menghampiri maut?

Setiap hari apabila memandang cermin saya melihat ada sedikit kedutan diwajah, apabila menyikat rambut kelihatan memutih disana sini, apabila menyentuh kedua tapak tangan rupanya sudah tidak selembut dahulu, apabila berjalan saya mudah mengadu letih. Saya dah tua! Sungguh sedih! Saya tidak mahu tua! Tidak mahu menjadi tua! Memang tua akan datang sekiranya kita ditakdirkan hidup lama. Memang maut akan datang jua tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Tapi saya belum bersedia untuk menjadi tua. Bukan juga saya lupa diri hingga tidak mahu mengingati mati. Saya mahu kelihatan muda walau umur semakin berganjak dari tahun ke tahun. Mahu hati sentiasa gembira walau terpaksa menghiburkan hati sendiri. Mahu mencapai segala yang saya impikan sehingga diri merasa puas. Tamakkah saya? Lupa dirikah saya...?? Saya sedih! :-((

Nota : bagaimanakah agaknya jika nyawa kita dicabut sedangkan kita tidak bersedia untuk kesana?

Batuk Lagi

Nampak gayanya batuk saya semakin menjadi2. Baru nak baik minggu lepas dah datang balik! Entah batuk jenis apa pun saya tak tahu. Habis segala ubat telah saya cuba. Mula2 pergi farmasi, minum sampai habis sebotol pun batuk tetap tak hilang. Siap cik adik kat farmasi ni bagitahu, 'kalau akak minum ubat ni sekali je dah boleh nampak kesan, tapi mengantuk sikitlah sebab saya pernah minum ni pastu terus pengsan' (sedaya upaya dia cuba meyakinkan saya akan keberkesanan ubat batuk tu, nasib baiklah kau cuma pengsan dik, kalau tiba2 kau tak bangun terus macamana?).

Tapi minta maaflah dik, jangankan pengsan mengantuk pun tidak! Badan saya ni memang kalis ubat batuk barangkali. Ada yang bagi cadangan supaya minum ubat batuk cap ibu & anak, ubat batuk cap kapal laut afrika, breacol, tiong niom apa kejadah ntah namanya, ubat batuk cap atuk & cucu, sepupu & sepapat semua sudah tak boleh diterima dek badan saya. Lepas tu pergi pula ke klinik, ingatkan bila makan ubat klinik batuk boleh hilang tapi sebaik ubat habis batuk datang lagi! Atas nasihat doktor kena pula pergi ke specialist sebab ada infected. Entah kuman jenis apa yang berjangkit ditekak ni pun saya tak tahu. Kalau boleh dicuci dengan dettol dah lama saya cuba!

Bila dah pergi specialist paham sajalah, periksa lebih kurang pastu caj yang lebih2. Daripada tekak je yang sakit terus hati pun jadi sakit. Kalau ubat mahal pun tiada kesan memang tak tau nak buat apa lagi. Minggu depan ada appointment dengan specialist tu lagi...hmmmm kena berapa ler pulak lepas ni. Yang tekak ni pun mengada2 tak reti nak baik!

Nota : dekat2 nak bonus ni kalau tak kereta yang buat hal memang badan ni yang buat perangai!

Jiran oh jiran

Selama saya duduk berpindah randah ni rasanya tempat baru ni ler yang paling haru biru sekali. Saya pun tak tahu apa ler masalah dengan jiran tetangga ni! Kalau ditegur nanti ada pula yang bermasam muka, bila tak ditegur muka kita pula yang masam bak cuka! Bayangkan hampir SETIAP HARI jiran saya bertukang, entah apa yang ditukangkan pun saya tak tahu. Ini ler yang dikatakan rumah siap tapi pahat masih berbunyi!

Nak bertukang pun tengok2 ler waktu sama, kalau dah bertukang dari petang sampai ke tengah malam bertukang apa namanya? Dia pasang dinding tiap2 hari ke? Bancuh simen pastu pasang batu bata balik ke? Kreatif sangat sampai paku2 dijadikan sebagai wall paper ke? Hari2 ambil gambar ditaman bunga lepas tu paku kat dinding ke? Sungguh tiada kesedaran sivik!

Macam ni ler mentaliti orang2 yang tinggal di apartment kos rendah! Dahulu sewaktu saya tinggal di Belimbing Heights memang tidak dibenarkan buat bising selepas tengah malam, tidak boleh bertukang sebelum jam 9 pagi, tidak boleh buat sesuka hati tanpa kebenaran dari pihak management. Kediaman pula sentiasa diawasi oleh pengawal 24/7, setiap hari! Sungguh aman & tenteram (kecuali jiran atas yang sekali sekala melompat tidak tentu masa, barangkali dia ingat rumahnya itu gimnasium!)

Sebenarnya walau dimana sekalipun kita berada fikirkanlah ketenteraman jiran tetangga, jangan ingat seperti kita sahaja yang membayar sewa disitu. Bertimbangrasa & prihatinlah dengan orang lain. Sekurang2nya jika kita didalam kesusahan kelak ada juga yang bersimpati ingin membantu tapi kalau berjiran dengan orang begini tiada siapa pun yang ambil peduli!

Beginilah nasib bila tinggal di tempat 'murahan', jadi pemikiran yang tinggal disitu pun 'murahan' juga! Nasiblah saya cuma pulang kerumah untuk tidur sahaja, orang lain yang pulang untuk berehat dirumah bersama keluarga tidak tahulah nasib mereka bagaimana. Barangkali sudah serasi dengan bunyi2 begitu ibarat mendengar alunan lagu2 diradio!

Saya juga tidak tahu apa pandangan suri2 rumahtangga disitu terhadap saya. Memang hal2 mereka saya pun tidak berminat nak ambil tahu. Saya tidak berminat menjadi ahli mesyuarat tingkap yang asyik bercerita hal rumahtangga masing2, bertenggek ditepi2 longkang setiap hari sambil melihat kepulangan saya, apapun yang mereka fikirkan tentang saya pun saya tidak mahu ambil pusing. Selagi saya tidak mendengar perkara buruk tentang diri saya selagi itu saya akan mendiamkan diri. Jangan sesekali diganggu privasi saya pula!

Nota : kesal melihat bangsa sendiri menghabiskan masa dengan perkara2 tak berfaedah, macam manalah nak maju?

Alahai

Dah lama tak blogging rupanya. Awal2 tahun seperti biasa terpaksa siapkan kerja2 yang tak pernah habis! Maklumlah diawal tahun biasanya event memang banyak, kadangkala tak terkejar juga tapi tetap cari waktu untuk diri sendiri. Owh itu sangat penting sebab saya masih sayangkan diri saya, waktu terluang harus diisi sebaik mungkin. Kerja hanya waktu kerja, bukan untuk dibawa pulang ke rumah, itu prinsip saya. Kalau saya tidak mampu membahagi masa untuk diri saya sekarang bagaimana saya ingin mengawalnya sewaktu berkeluarga nanti? Mungkin kerana itu saya masih keseorangan, sekurang2nya tiada hati yang terluka dirumah.

Kebelakangan ini ada beberapa teman lama telah 'bertemu' saya di facebook. Hmmm bagus juga facebook ni, sekurang2nya dapat mendekatkan diri saya dengan teman2 yang telah terputus hubungan, bahkan boleh mendapat teman2 yang baru juga. Bila dah lama tak jumpa macam2 yang hendak diceritakan, sudahnya mereka berpakat nak adakan reunion pula. Nak kumpulkan kawan2 ni bukan mudah, jangankan yang berumahtangga saya yang bujang trang tang tang ni pun susah hendak 'ditemui'...ngeeee...awal2 lagi saya sudah beri amaran 'mesti beritahu sebulan awal ye'. Siapa yang dah biasa dengan saya mesti tau! Janganlah ambil hati, dengan sesiapa pun memang begitu, bahkan keluarga saya sendiri pun akan buat temujanji sebulan awal dengan saya sekiranya mereka nak datang KL kerana saya merancang aktiviti mingguan sebulan lebih awal jadi tiada sebab untuk orang lain terasa hati. Apapun saya memang tak sabar nak jumpa kawan2 lama sebab dah lama sangat tak bertemu dengan mereka, yang terputus hubungan sejak sekolah pun ada, Hmmmm lama sungguh!

Nota : walau tak sabar nak bertemu dengan teman2 lama tapi telinga pun nak kena tahan dengar soalan2 panas! alahaiiiiiiiiiiii.....