Bagaimanakah agaknya jika..

Semalam hujan lebat. Lebat selebat lebatnya. Saya pulang lebih kurang jam 7.15 malam. Sebelum pulang nak pergi isi minyak dulu sebab dah kekeringan. Walaupun ada stesen minyak yang berdekatan dengan tempat kerja, saya lebih suka mengisi di Petronas yang berdekatan dengan Mines sebab sudah jadi pelanggan tetap disana. Lagipun ada orang kata yang dekat office tu selalu tipu meter. Entahlah.

Dalam perjalanan tu memang dah tak nampak apa. Walaupun Mines tak jauh mana tapi saya rasa seperti nak ke utara jauhnya. Rasa lama sangat nak sampai. Bila tiba dipersimpangan Mines tekak pula terasa nak makan nasi lemak. 'Hmm..hujan2 ni kalau makan nasi lemak mesti best! Dah lama sungguh tak pekena nasi lemak abang tu'. Bila sampai kedai nasi lemak pula tutup. Alahai kempunannya. Tekak yang tadi teringin nak makan nasi lemak terus buat perangai. Tiba2 batuk tanpa henti sehingga terpaksa berhenti ditepi jalan. Masa tu terfikir macamana agaknya kalau tiba2 saya mati disitu? Sungguh! itulah yang saya fikirkan waktu itu. Saya kelemasan yang teramat sangat. Dimana perlu saya mendapatkan bantuan dalam keadaan hujan lebat begitu? Hendak menekan nombor ditelefon pun saya tak mampu.

Beberapa hari lepas sewaktu hendak melelapkan mata juga begitu. Entah kenapa saya batuk tanpa henti, batuk hingga saya rasa sesak nafas yang teramat sangat. Waktu itu saya terfikir siapa yang akan tahu jika sesuatu terjadi pada saya pada waktu itu? Dahulu saya ada adik2 atau teman yang tinggal bersama tapi sekarang saya tinggal sendirian. Apa akan jadi jika tiba2 nyawa saya dicabut pada waktu itu? Pernah tak kita terfikir yang kita semakin menghampiri maut?

Setiap hari apabila memandang cermin saya melihat ada sedikit kedutan diwajah, apabila menyikat rambut kelihatan memutih disana sini, apabila menyentuh kedua tapak tangan rupanya sudah tidak selembut dahulu, apabila berjalan saya mudah mengadu letih. Saya dah tua! Sungguh sedih! Saya tidak mahu tua! Tidak mahu menjadi tua! Memang tua akan datang sekiranya kita ditakdirkan hidup lama. Memang maut akan datang jua tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Tapi saya belum bersedia untuk menjadi tua. Bukan juga saya lupa diri hingga tidak mahu mengingati mati. Saya mahu kelihatan muda walau umur semakin berganjak dari tahun ke tahun. Mahu hati sentiasa gembira walau terpaksa menghiburkan hati sendiri. Mahu mencapai segala yang saya impikan sehingga diri merasa puas. Tamakkah saya? Lupa dirikah saya...?? Saya sedih! :-((

Nota : bagaimanakah agaknya jika nyawa kita dicabut sedangkan kita tidak bersedia untuk kesana?

4 comments:

khairyn said...

jom kita buat persediaan dari sekarang :))

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku rasa aku ni dah smpi krisis pertengahan umur...uwaaa

khairyn said...

huish tak de nyer krisis pertengahan umur.. tu sebenarnya Allah bukakan sikit hati kita nak berubah.. Dia kata aku dah bukak sikit so now the ball is in your court, up to you how you're going to play it :)

best kan?

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kadang2 aku rasa mcm aku masih tercari2...mencari2 diri sendiri
:-((