Satu perkara yang menyebabkan kami suka ke pasar baru sebab nak makan nasi ayam penyet pak chi met lagi, lagipun masing2 tak mahu pulang berputih mata!! sambil2 tu nak mencari barang2 yang dikirimkan oleh ahli keluarga, biasalah dah last minute pun ada saja tambahan itu ini.
Lagi satu jangan lupa mencuba Bakmi Ayam Pedas ni, memang sedap sangat & dijamin rugi kalau tak mencubanya, juga terletak di lantai 6 pasar baru. Ada macam2 jenis Bakmi Ayam Pedas tapi kami pilih yang pedas manis, mmmm...memang boleh tahan pedasnya.
Es teler pula ibarat air batu campur disini cuma bezanya banyak buah2an & menggunakan santan. Buah2annya pula memanglah fresh, berbaloi sangat rasanya apatah lagi harganya yang sangat murah. Kalau order air buah2an di KL ada masanya takde rasa buah langsung tapi harganya bukan main berdentum dentam!
Kalau dah ke Bandung tu memang wajib berkunjung ke factory outlet, tak tahulah ada berapa banyak jenis factory outlet di sana sebab sepanjang jalan Dago (berhampiran hotel penginapan) pun ada bermacam2 jenis outlet tapi kena pandai2lah mencari outlet yang menawarkan harga yang paling murah sebab harga disetiap outlet selalunya tidak sama.
Badan pun dah terasa penat, pulang dari bershopping singgah pula di 'The Kiosk', tempat ni ibarat food court disana. Kebetulan berdekatan pula dengan hotel jadi siang malam kami makan di situ sebab macam2 ada. Sepanjang berada disana rasanya tiada lagi makanan yang tidak enak kami rasai, semuanya sedap walaupun sekadar nasi goreng 'bodoh' ( ibarat nasi & kicap semata2) tapi rasanya tidaklah 'sebodoh' rupanya :-D
Hari ke4 kami berdua memang dah tak sabar nak pulang. Masing2 dah rindu dengan keluarga. Saya pula masih belum hilang penat lelah lepas pulang dari Singapore tempohari, setiap malam kami tidur awal dek kerana badan dah terlalu letih.
Bila dah bercuti banyaklah ole2 dibeli untuk ahli keluarga & diri sendiri, jadi setiap kali nak check in beg je masing2 dah tak sabar nak tau berapa banyaklah yang perlu dibayar dek kerana 'excess baggage' ni. Sepanjang saya ke luar negara belum pernah lagi rasanya saya pulang tanpa 'excess baggage'. Selalu pun saya bernasib baik kerana tidak perlu membayar kalau kita check in 3-4 jam lebih awal, tapi di Bandung bayaran tetap akan dikenakan bagi setiap lebihan kilogram, tiada kompromi! Jadi kalau nak ke Bandung jangan lupa standby duit extra, jangan lupa diri seperti saya pada tahun lepas, sampai terpaksa membayar hampir RP 2 juta kerana sudah terlebih berbelas kilogram, waduhhh nasib baik masih punya wang dong! Kali ni kami upgrade sampai maksimum (30 kg setiap seorang) pun masih tak cukup! Sayalah punya angkara tu sebab barang Amy cuma 20 kg selebihnya 50 kg tentulah saya seorang...hehehe...puas hati buk!
Nota : tiap kali pergi tiap kali pun gila!