Sakit gigi pulak!!!

Batuk baru je nak beransur pulih dah sakit gigi pulak yang datang! Batuk2 manja ni pun entah bilalah boleh betul2 hilang, sampai sakit jiwa dah dibuatnya. Apa ler nasib saya diawal2 tahun ni. Yang gigi ni pun satu, masa ni ler dia nak sakit. 'Wahai gigi tidakkah kau tau yang aku sangat takut berjumpa dengan doktor gigi'? Tapi dek kerana tidak tahan sakit saya bergegas ke klinik gigi berdekatan. Huh...nasib saya baik sebab tiada sesiapa waktu itu, kalau ramai orang alamatnya saya berkira2 samaada perlu dicabut atau tidak!

Sejak kecil lagi saya memang fobia berjumpa dengan doktor gigi. Baru sebut nak pergi klinik gigi saya dah melolong satu rumah. Masa kecil2 dulu gigi selalu rosak maklumlah suka sangat makan benda2 manis. Memanglah selalu bermasalah & rosak. Kadang2 bila takut sangat berjumpa dengan doktor gigi saya sanggup jadi 'doktor tak bertauliah', apa lagi kalau tak menggunakan benang! Entah berapa batang gigi telah berjaya saya cabut menggunakan benang, tapi kalau gigi geraham memang kena jumpa dengan doktorlah, tak kan nak cabut pakai spanar hidup lak kan!

Nak berjumpa dengan doktor gigi pun satu hal, saya cuma mahu berjumpa dengan doktor yang baik saja. Sewaktu saya menetap di Pahang dahulu saya sudah biasa berjumpa dengan Doktor Ho. Klinik gigi lain memang saya tak pernah pergi. Doktor Ho memang baik sebab susah nak dengar suara dia, kadang2 saya rasa dia seperti orang bisu...hehe..kalau mendengar orang berkata2 hanya akan menambahkan ketakutan saya yang memang sedia takut! Sampai sekarang pun saya masih takut!

Saya pernah memandu ke Bentong Pahang beberapa tahun lepas semata2 nak mencabut gigi kat klinik Dr Ho. Sungguh mereng! Sudahlah kena tahan sakit berjam2 sepanjang perjalanan, bila sampai ke klinik Dr Ho pula tiada. Dalam keadaan terpaksa akhirnya gigi saya berjaya dicabut oleh doktor lain. Waktu tu saya pergi dengan Harny. Lepas cabut gigi kami terus balik ke KL, kan mereng namanya tu.

Lepas pada tu satu persatu gigi saya buat hal. Takkanlah nak pergi ke Bentong setiap kali sakit gigi kan? Akhirnya saya mencuba di klinik lain pula yang berhampiran dengan tempat kerja saya. (itu pun sebab dah tak tahan sangat, kalau tak mahu ler tunggu hari minggu untuk ke Bentong!). Pertama kali pergi ke klinik lain memanglah kecut perut dibuatnya. Adik beradik saya pun memang jenis yang penakut bila kena cabut gigi, ala2 penyakit keturunan ler ni. Tapi sejak saya berkunjung ke klinik Dr Sini sedikit sebanyak perasaan takut mula hilang walaupun perasaan gemuruh sebelum dibius tetap ada. Bahkan sekarang jika adik2 saya sakit gigi pun saya cadangkan supaya mereka berkunjung ke situ kerana murah & tidak menyakitkan! Sangat sesuai untuk orang yang trauma seperti saya :-D

Bukan setakat berjumpa doktor gigi bahkan mana2 doktor sekalipun (kecuali doktor haiwan) saya takut mahu berjumpa, lebih2 lagi kalau kena cucuk dimana2 bahagian anggota badan sebab saya sangat takut jarum! Sedangkan jarum yang mahu disuntik dilengan pun saya takut inikan pula yang disuntik pada gusi, memanglah takut! Pergi hospital pun saya takut sebab saya tak suka bau ubat2an & paling takut bila nampak jarum! Alhamdulillah sejak dahulu saya tak pernah ada penyakit yang serius jadi memang tak pernah merasa tinggal di hospital. Touch wood!

Nota : orang yang tanam gigi tu entah macamana ler azabnya ye? mesti sakit kan!

3 comments:

Dura said...

hahaha..macam mana aku boleh tak tahu yg ko takut ngan doktor gigi.. aku pun takut ngan doktor gigi jugak hahhaha

khairyn said...

hahahaha ya ya aku ingat time tu. waktu tu memang suka buat benda2 yang mereng macam tu.

memang zaman happy go lucky

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

hahaha...ingatkan aku sorang je takut ngan doktor gigi...gigi ni pun dah ikut mereput sama ngan org nyahhhhhh!!!!!!!!