Selama saya duduk berpindah randah ni rasanya tempat baru ni ler yang paling haru biru sekali. Saya pun tak tahu apa ler masalah dengan jiran tetangga ni! Kalau ditegur nanti ada pula yang bermasam muka, bila tak ditegur muka kita pula yang masam bak cuka! Bayangkan hampir SETIAP HARI jiran saya bertukang, entah apa yang ditukangkan pun saya tak tahu. Ini ler yang dikatakan rumah siap tapi pahat masih berbunyi!
Nak bertukang pun tengok2 ler waktu sama, kalau dah bertukang dari petang sampai ke tengah malam bertukang apa namanya? Dia pasang dinding tiap2 hari ke? Bancuh simen pastu pasang batu bata balik ke? Kreatif sangat sampai paku2 dijadikan sebagai wall paper ke? Hari2 ambil gambar ditaman bunga lepas tu paku kat dinding ke? Sungguh tiada kesedaran sivik!
Macam ni ler mentaliti orang2 yang tinggal di apartment kos rendah! Dahulu sewaktu saya tinggal di Belimbing Heights memang tidak dibenarkan buat bising selepas tengah malam, tidak boleh bertukang sebelum jam 9 pagi, tidak boleh buat sesuka hati tanpa kebenaran dari pihak management. Kediaman pula sentiasa diawasi oleh pengawal 24/7, setiap hari! Sungguh aman & tenteram (kecuali jiran atas yang sekali sekala melompat tidak tentu masa, barangkali dia ingat rumahnya itu gimnasium!)
Sebenarnya walau dimana sekalipun kita berada fikirkanlah ketenteraman jiran tetangga, jangan ingat seperti kita sahaja yang membayar sewa disitu. Bertimbangrasa & prihatinlah dengan orang lain. Sekurang2nya jika kita didalam kesusahan kelak ada juga yang bersimpati ingin membantu tapi kalau berjiran dengan orang begini tiada siapa pun yang ambil peduli!
Beginilah nasib bila tinggal di tempat 'murahan', jadi pemikiran yang tinggal disitu pun 'murahan' juga! Nasiblah saya cuma pulang kerumah untuk tidur sahaja, orang lain yang pulang untuk berehat dirumah bersama keluarga tidak tahulah nasib mereka bagaimana. Barangkali sudah serasi dengan bunyi2 begitu ibarat mendengar alunan lagu2 diradio!
Saya juga tidak tahu apa pandangan suri2 rumahtangga disitu terhadap saya. Memang hal2 mereka saya pun tidak berminat nak ambil tahu. Saya tidak berminat menjadi ahli mesyuarat tingkap yang asyik bercerita hal rumahtangga masing2, bertenggek ditepi2 longkang setiap hari sambil melihat kepulangan saya, apapun yang mereka fikirkan tentang saya pun saya tidak mahu ambil pusing. Selagi saya tidak mendengar perkara buruk tentang diri saya selagi itu saya akan mendiamkan diri. Jangan sesekali diganggu privasi saya pula!
Nota : kesal melihat bangsa sendiri menghabiskan masa dengan perkara2 tak berfaedah, macam manalah nak maju?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak abis bertukang lagi sejak hari tu ke ly? mak ai! Besarnya dinding rumah dia huhuhu
aku curious bebenor nak tau apa yg ditukangkannya..pergi report kat polis..mana tau dia tengah buat keranda ke aper..ish !
Ny : mmg x habis sejak aritu lagi!!!! aku ilang akal dah dok kat situ...malam tadi elok je aku balik umah dia mula mengetuk, nak bgtau aku yg dia ada kat umah ke? arghhhhhh!!!!!
Dura : kata mak ngah entah2 diaorg ketuk dadah sbb dia citer pernah ada org tu pi report polis sbb dah selalu sgt mengetuk tiap2 mlm last2pi check rupanya dok tgh ketuk2 dadah nak kasi hancur! kalau x tahan sgt nnt mmg aku panggil polis jek!
Post a Comment