Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam, sebaik tiba di suatu tempat untuk menunaikan solat jamak takhir saya lihat yang kelihatan disitu hanyalah kawasan berbukit bukau dan tidak pasti dimanakah lokasinya. Waktu tu sayup2 kedengaran suara azan yangn berkumandang dari surau berdekatan. Waktu hendak mengambil wuduk alangkah sedihnya melihat keadaan disekililing pada waktu itu, hanya titisan air yang menitis sedangkan rombongan kami agak ramai. Mujurlah air yang ada didalam tandas membolehkan kami berwuduk meskipun terpaksa menunggu agak lama & keadaan tandasnya sungguh menyedihkan, memang banyak dugaan & menuntut kesabaran yang tinggi sepanjang berada disana.
Betapa sedih & terharunya saya ketika itu apabila melihat orang yang semakin ramai berebut2 cuba mendapatkan air untuk berwuduk sampaikan air minuman yang dipegang oleh mak bonda pun diambil oleh jemaah dari Turki. Tidak mengapalah kerana apa yang ada harus dikongsikan bersama jemaah yang lain. Banyak perkara yang saya pelajari selama berada disana, betapa kita selama hari ini sentiasa leka dengan masalah duniawi hingga melalaikan waktu solat, betapa banyak kemudahan untuk bersolat yang disediakan ditempat kita tapi kita masih alpa & sering menyatakan betapa kita tidak selesa untuk bersolat disitu kerana tempatnya yang terhad, betapa egonya kita hingga akhirnya menyalahi waktu yang sentiasa tidak cukup hingga tiada masa untuk bersolat...begitu zalimnya kita...........
Kami berhenti makan malam di restoran Al-Afrah, oleh kerana badan pun agak letih makanan yang terhidang didepan mata pun tidak mampu dijamah habis, lagipun hati memberontak untuk segera tiba dikota Makkah.
Sebaik tiba dihotel jam 11.00 malam, semua ahli jemaah bersiap sedia untuk melakukan umrah yang pertama. Sebaik melihat Masjidil Haram terasa tidak sabar pula untuk melihat kaabah meskipun dalam hati tertanya2 'adakah aku akan dapat melihat kaabah didepan mata? Bagaimana jika Allah tidak mengizinkan...?'Ketika memasuki pintu Babussalam air mata mula membasahi pipi kerana bersyukur akhirnya saya sampai ke Baitullah, apatah lagi sebaik dapat melihat kaabah didepan mata semakin laju air mata saya mengalir. Rupanya Allah masih mengizinkan saya melihat kaabah & menerima saya menjadi tetamu-Nya meskipun banyak dosa yang telah saya lakukan dulu. Selama hari ni saya sentiasa diselubungi perasaan takut untuk kesana dek kerana mendengar pelbagai cerita & pengalaman yang kurang enak, bahkan setiap hari saya berdoa kepada Allah agar saya tidak diduga dengan perkara2 yang pelik & sentiasa bermohon agar dipermudahkan perjalanan saya selama berada di Makkah.
Sewaktu hendak berniat untuk melakukan tawaf pertama mata saya tidak henti2 melihat kaabah yang terbentang didepan mata, selama mengelilingi kaabah dalam hati saya hanya memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga & diselangi dengan berbagai perasaan yang bermain difikiran ketika itu, suka, gembira, terharu....segalanya.....Putaran demi putaran saya lalui dengan linangan air mata. Air mata kekaguman kebesaran Allah, panjatan zikir dan doa yang tidak putus dalam setiap langkah tawaf ,penyesalan atas dosa2 yang telah saya lakukan dulu.........
Sebaik selesai sai'e & bertahalul jam telah menunjukkan hampir 3.00 pagi, kami hanya berada didalam masjid sehingga tiba waktu subuh (jam 3.30 pagi-azan yg pertama). Meskipun badan masih keletihan tetapi hati terasa tenang apabila melihat kaabah. Alhamdulillah akhirnya pagi tu saya dapat menunaikan solat subuh yang pertama berkiblatkan kaabah didepan mata...
Apabila menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah tentu sekali kita akan dibawa melawat ke tempat2 bersejarah di zaman Rasulullah s.a.w. Pertama sekali kami dibawa ke Jabal Thur, merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Makkah. Setelah itu mereka meneruskan perjalanan ke kota Madinah.
Kelihatan Padang Arafah dari Jabal Rahmah, padang luas yg hanya digunakan pada musim haji sahaja untuk berwukuf. Wukuf di arafah adalah satu drp rukun haji, walaupun sakit dan bermasalah sekali pun, jemaah mesti berwukuf di arafah jika tidak hajinya tak sah. Padang arafah juga digambarkan sbg keadaan kita nanti apabila dibangkitkan semula di padang mahsyar.
Kata mak bonda beruntungnya saya kerana dapat bermiqat di 4 tempat yang berbeza, bermula dari Bir Ali, Ja'ranah, Hudaibiyah & Tane'im. Disetiap tempat bermiqat berbagai perkara yang saya perhatikan, disitulah kita dapat melihat keadaan orang ramai yang adakalanya menjengkelkan & menyakitkan hati, bagaimana orang yang hilang kesabaran sedangkan kita tidak boleh bersikap demikian sewaktu berada disana, entahlah......ragam manusia...ini baru di kota Makkah bagaimana pula keadaannya apabila kita berada dipadang masyhar nanti...?
Apabila mendapat tahu rombongan pak busu baru tiba dari Madinah saya & mak bonda menziarahi mereka dikediaman pak busu yang baru saja dibeli beberapa bulan lalu yang terletak ditingkat 2o Marwah Tower. Sayup2 kelihatan kaabah dari atas & terasa sayu juga hendak meninggalkannya esok hari. Sepanjang petang tu saya hanya duduk ditepi tingkap sambil mengadap kaabah melihat jemaah yang semakin ramai memenuhi sekeliling. Beberapa hari sebelum tu saya bertanya didalam hati 'adakah saya akan menangis apabila meninggalkan baitullah nanti?'
0 comments:
Post a Comment