Sebelum sampai ke hotel kami mengisi perut di sebuah kawasan yang agak terpencil dikenali sebagai Sakara Oasis untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan menarik belaka tapi rasanya...alahai...faham2 sajalah, manakan sama dengan lidah kita disini! Tapi ayam & daging yang dibakar panas2 tu memang sangat sedap!
Orang yang tamak memang selalu makan macam ni lah...maklum sajalah perut dah kelaparan mata pula jadi rambang tapi tekak pula tiba2 jadi tak selera apabila menjamah makanan. Tapi dek kerana terlalu kelaparan saya telan juga, lagipun tak baik dibiarkan membazir begitu, jadi saya makan juga setakat yang terdaya :-(
Selesai sahaja makan tengahari kami terus ke hotel penginapan di Cairo Khan, sebaik sahaja dapat kunci bilik, berehat dalam 10 minit terus sahaja mandi sebab dah tak boleh tahan lagi dengan badan yang berlekit disana sini, memang tak selesa sungguh rasanya! Kalau ikutkan hati masa tiba di Cairo International Airport tu lagi saya dah mengomel nak mandi! Bila dapat mandi & merehatkan diri rasa puas sangat, barulah ada mood nak meneruskan perjalanan! Waktu malam saya & mak bonda berjalan2 disekitar bazaar berdekatan hotel sahaja kerana badan pun sudah letih, esok pula mahu meneruskan perjalanan lagi! Dapat jugalah membeli serba sedikit dihari pertama ni!
Keesokkan harinya selesai sarapan pagi saya & ahli rombongan dibawa menziarahi makam Imam Al Shafi'e. Beliau adalah seorang imam mujahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Quraisy yg amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.
Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi". Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.
Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak".
Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.
Gereja Al-Mu'allaqa merupakan tempat persembunyian Maryam & Nabi Isa, Ia berada di sebelah selatan pintu Benteng Babylonia. Di gereja ini terdapat banyak barang-barang antik yang merupakan peninggalan dari zaman abad permulaan agama Kristian.
Masjid 'Amr Bin 'Ash terletak di daerah Fustat (Misr al-Qadima, ibukota Mesir pertama), merupakan masjid pertama di Mesir sekaligus merupakan perguruan pertama yang aktif dalam menyampaikan dakwah Islam. Syukur alhamdulillah kerana saya dapat menunaikan solat sunat tahiyatul masjid disini.
Khan Khalili terletak berdekatan Masjid Husain & Al-Azhar. Nama Khan Khalili berasal dari nama Khan yang bererti tempat penginapan para pedagang. Penginapan-penginapan tersebut dimiliki oleh seorang pedagang muda bernama Khalili. Daerah ini sangat luas dengan dipenuhi gedung-gedung tua, serta toko-toko kecil. Di sepanjang lorong-lorongnya dipenuhi para pedagang barang antik dan souvenir khas Mesir, seperti kraftangan dari kulit, tembaga, ukiran-ukiran serta perhiasan seperti batu permata, batu cincin, emas dan perak.
Masjid Al Husein termasuk salah satu masjid yang terluas di Cairo. Masjid ini pernah bahkan sampai sekarang dijadikan masjid Negara. Di dalam masjid ini terdapat makam Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Thalib, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. dari Fatimah az-Zahra. Kami berhenti di masjid ini untuk menunaikan solat jumaat. Payung2 yang terdapat ini tak ubah seperti Masjid Nabawi di Madinah (meskipun saya belum pernah sampai tapi pernah melihatnya di dalam gambar).
Selesai solat jumaat kami berkunjung ke sebuah restoran yang terletak agak jauh dari kawasan masjid tadi. Jadi dalam keadan perut yang berkeroncong kelaparan terpaksa pula menahan hingga sampai ke destinasi yang ingin ditujui, akhirnya sampai juga ke sebuah restoran cina yang menyediakan hidangan yang agak menyelerakan daripada biasa, hari2 makan makanan arab pun boleh loya tekak saya.
Selesai makan tengahari kami berkunjung pula ke Asfour Crystal yang terletak di Shubra, utara Kaherah dan menjual pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada kristal termasuklah chandeliar, berbagai bentuk lampu, barang perhiasan rumah, barang kemas dsb. Sayang sekali rantai yang saya inginkan tiada stock pula, akhirnya pulang ke hotel dengan tangan kosong :-(
Memandangkan ini malam terakhir saya berada di Cairo jadi saya menggunakan peluang ni bersama mak bonda membeli souvenirs sebelum berangkat ke Jeddah esok hari. Yang menarik perhatian saya tentulah abaya/jubah pelbagai warna yang dijual berdekatan dengan hotel penginapan saya, dapat jugalah memborong serba sedikit disini. Meskipun tiada perancangan untuk membeli jubah disini tapi nak buat macamana bila hati dah terpaut....lagipun entah bila dapat ke Cairo lagi...hmmmmm
Sebaik selesai sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke airport tapi sempat juga singgah di tugu peringatan penembakan Anuar Sadat (mantan Presiden Mesir).
Sewaktu tiba di airport dugaan lain pula yang datang! Kali ni bukan salah kami berdua tapi masalah pada agen yang tidak menukarkan muhram kami sedangkan telah dimaklum terlebih awal bahawa muhram yang sepatutnya turut serta tidak dapat mengikuti perjalanan ini dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Sudahnya terpaksa bertegang urat dengan petugas disitu apabila dia dengan biadapnya meminta saya pulang ke KL segera! Yang hairannya sebelum tu tiada apa2 masalah pun!
Lagipun kenapa dipersoalkan isu muhram kami di Cairo sedangkan jika benar sekalipun kami berdua tidak dapat menunaikan umrah tentu sekali di Jeddah sanalah yang sepatutnya tidak membenarkan kami masuk! Dalam keadaan yang tegang & kepala yang semakin kusut mak bonda mengajak saya menunaikan solat sambil berdoa supaya perjalanan kami berdua dipermudahkan oleh-Nya. Sebaik selesai mengambil wuduk ada ahli rombongan yang memaklumkan bahawa kami akhirnya dapat juga masuk ke Jeddah. Saya memanjat syukur ke hadrat ilahi barangkali inilah dugaan pertama buat saya sebelum tiba di sana nanti....
Nota : perjalanan umrah akan menyusul nanti...........
0 comments:
Post a Comment