Umrah (part 1)

Penerbangan dari Cairo ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebaik selesai urusan di airport kami meneruskan perjalanan ke Madinah. Alhamdulillah tiada sebarang masalah meskipun keadaan agak sesak sewaktu berada di airport. Dek kerana badan yang terlalu letih maka sepanjang perjalanan ke Madinah kebanyakkan dari kami hanya melelapkan mata. Lagipun tiba diwaktu malam nak tengok apa kan? Ustaz yang mengetuai rombongan pula tersangatlah halus suaranya sampai kami yang duduk di bahagian tengah pun tak dapat mendengar apa yang dia ucapkan meskipun menggunakan microphone, sudahnya mengomellah ustaz tu seorang diri sambil ditemani driver bus!

Kami singgah untuk makan malam di suatu tempat yang saya kurang pasti lokasinya tapi hanya dikelilingi kawasan bukit bukau & keadaan didalam kedai tersebut tersangatlah panasnya. Selama saya mengembara ke beberapa negara tak pernah saya temui tempat sepanas ini! Dalam keadaan mata yang mengantuk saya gagahi juga untuk menikmati makanan malam kerana perut susah mulai berkeroncong meskipun tidak selesa dengan keadaan cuaca panas yang melampau dalam kedai tersebut.

Perjalanan dari Jeddah menuju ke Madinah mengambil masa selama 6 jam, sewaktu tiba di Madinah jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi, sebaik dikejutkan oleh mak bonda sewaktu bas melintasi Masjid Nabawi tidak tergambar betapa seronok & kagumnya saya kerana akhirnya dapat melihat Masjid Nabawi didepan mata! Entah kenapa air mata saya bercucuran waktu itu, hanya Allah saja yang tahu...bagi mereka yang pernah sampai kesana barangkali dapat menyelami perasaan saya.

Sebaik dapat kunci bilik saya bersiap2 untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh tapi entah kenapa tiba2 hidung saya berdarah teruk (barangkali keadaan yang terlalu panas sewaktu berhenti makan tadi ) waktu tu saya hanya berdoa pada Allah supaya pendarahan dihentikan segera memandangkan itulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Kota Madinah & ingin benar bersolat di Masjid Nabawi buat pertama kali. Alhamdulillah sekelip mata itu darah yang mengalir deras sebentar tadi tiba2 menjadi kering. Syukur pada Allah meski agak terlewat tiba di masjid saya masih dapat berjemaah bersama2 jemaah yang lain untuk menunaikan solat subuh. Alhamdulillah.
Add Image

Sebaik selesai bersarapan pagi para jemaah dibawa melawat ke sekitar Masjid Nabawi, Makam Rasulullah & Perkuburan Baqi' (tempat Saidina Othman, anak-anak Rasulullah dan juga isteri2 baginda di semadikan).Kawasan perkuburan Baqi' terletak di sebelah timur dari Masjid Nabawi. Kini, selepas Masjid Nabawi diperluas, kedudukannya bersebelahan (dataran) dengan masjid tersebut. Ia menjadi perkuburan awam, khususnya jemaah haji atau umrah yang meninggal dunia di Madinah.

Kedudukan Perkuburan Baqi' menjadi agung dan mulia kerana kebanyakan hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan tentang itu. Antaranya ..."Siapa yang meninggal dunia di Madinah, akulah yang akan menjadi saksi dan penolong baginya pada hari kiamat." (Riwayat al-Tabrani)

"Engkau lihatkah perkuburan yakni Baqi' ini? Dari sini Allah akan membangkitkan sebanyak 70,000 orang wajah mereka bercahaya seperti bulan purnama, lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab." (Sabda Rasulullah kepada Ummu Qaish, riwayat Tabrani, Ibnu Hibban dan Tayalusi)


Peluang bersolat di Raudhah adalah suatu rahmat yang tidak terhingga buat saya. Dalam keadaan yang penuh sesak kerana terpaksa menunggu tempat untuk bersolat entah kenapa tiba2 saya rasakan ada satu ruang yang terbentang begitu luas didepan saya walaupun sebenarnya hanya cukup untuk saya seorang, rupanya Allah telah memberikan saya ruang untuk bersolat disitu, bercucuran airmata saya mengalir sehingga doa yang penghabisan & bersyukur sangat kerana telah diberi peluang oleh-Nya untuk berada disitu.

Setiap doa di Raudhah memiliki afdhaliyah yang tinggi. Raudhah bererti taman, merupakan suatu tempat didalam Masjid Nabawi di Madinah yang letaknya diantara bilik Nabi/rumah Nabi (sekarang menjadi makam Rasulullah SAW) sampai mimbar masjid. Disitulah dahulu Nabi biasa membacakan wahyu dan mengajar tentang Islam didepan para sahabat terdekatnya. Mengingat besarnya makna tempat ini, Nabi pernah bersabda, Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah (taman) diantara taman-taman syurga".

Berada didalam Masjid Nabawi sambil melihatkan tiang2nya yang indah memenuhi segenap ruang masjid tidak tergambar oleh saya betapa indah & beruntungnya saya dapat sampai ke situ akhirnya, terasa begitu tenang berada berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w meski yang kelihatan hanya mimbar disebalik panel2 kayu yang memisahkan jemaah lelaki & wanita.

Selesai solat sunat di Raudhah saya & mak bonda termasuk beberapa orang makcik2 yang turut serta dalam rombongan kami mengambil kesempatan berjalan2 disekitar bazaar yang terletak diluar dari Masjid Nabawi. Dari kedai menjual jubah, tasbih sehingga pelbagai keperluan begitu mudah didapati disana.
Paling menarik apabila kami singgah disebuah kedai yang menjual kitab suci Al Quran. Seorang lelaki arab yang kami gelarkan sebagai YOB (gelaran yang makcik2 tu bagi, maklum ler kami kan orang perak) begitu ramah melayani kami, macam2 lah yang kami beli, akhirnya kami namakan 'KEDAI YOB' untuk memudahkan kami memandangkan terlalu banyak bazaar2 disitu, si arab tadi bukan main suka bila dipanggil YOB, lebih melucukan bila dia cuba mengikut slang orang perak, kelakar sungguh! Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari pertama kerana badan pun masih lagi keletihan, sekadar berulang alik ke masjid setiap kali tiba waktu solat. Disana masing2 berebut nak bersolat dimasjid maklumlah pahalanya berlipat kali ganda, kalau ditanahair nak pergi ke masjid tu pun kena tunggu waktu sembahyang raya sajalah jawabnya.
Hari kedua banyak diisi dengan lawatan & ziarah ke tempat2 bersejarah, sebaik selesai sarapan pagi kami berangkat ke Masjid Quba'.
Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi
bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

Destinasi seterusnya adalah ke Pasar Tamar Al Barokah, disana terdapat pelbagai tamar & berbagai jenis makanan menarik yang dijual disana, sayang sekali kebanyakkan tamar yang dijual disini agak mahal berbanding dengan pasar tamar yang berdekatan dengan hotel penginapan kami. Nak buat macamana dah terbeli...
Barangkali disitu merupakan tempat tumpuan para jemaah terutamanya yang datang dari Malaysia (kononnya orang2 malaysia kan kaya raya bak kata pak arab). Hmmm...bukan setakat kaya raya, hantu raya pun kami ada pak arab oi!

Tapi yang paling menarik tentulah tamar yang baru saja dipetik, tentu sekali masih segar & sedap rasanya. Tambahan pula jika diletakkan didalam peti sejuk maka semakin sedaplah tamar yang masak ranum tu. Kalaulah boleh dibawa pulang....

Tidak banyak tamar yang saya beli dari sana sebenarnya, cuma sejenis yang betul2 saya suka selebihnya hanya membeli coklat, pistachio, dried apricot sebagai buah tangan apabila pulang nanti.

Oleh kerana keadaan waktu yang tidak mengizinkan kami hanya dapat melihat Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh sewaktu dalam perjalanan menuju ke Bukit Uhud. Masjid Qiblatain mula-mula dikenal dengan nama masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan menghadap kiblat ke arah Baitulmuqaddis di Jerussalem. Pada tahun ke 2 Hijrah di masjid Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144.

Dalam solat tersebut mula-mula Rasulullah SAW menghadap ke arah Masjidil Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara, kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram.
Adapun wahyu yang diturunkan Allah untuk mengubah arah kiblat tersebut :
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Allahnya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan". (Albaqarah: 144).

Masjid Tujuh yang tidak sempat disinggahi :-(

Bukit Uhud yang terletak sekitar empat kilometer sebelah timur laut Madinah merupakan tempat berlangsungnya Perang Uhud (3 H). Perang Uhud terjadi antara kaum muslim dan kaum musyrik Quraisy. Meskipun memperoleh kemenangan, kaum muslim mengalami kerugian akibat banyaknya pahlawan muslimin yang gugur dalam perang ini, salah satunya adalah Hamzah bin Abdul Muthalib (Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).

Jika kita ingin melihat gunung yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi s.a.w. bersabda Bukit Uhud adalah salah satu dari gunung-gunung yang ada di syurga (H.R. Bukhari)

Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir berada di Madinah kami bersiap2 untuk melakukan ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sambil melakukan solat hajat & berdoa sebelum berangkat ke kota suci Makkah. Tak sangka sebegitu pantas masa berlalu akhirnya kami akan meninggalkan kota Madinah. Selama berada di Madinah tentu sekali pengalaman manis apabila dapat bersolat di Raudhah meskipun dalam keadaan penuh sesak dengan ribuan jemaah namun Allah masih memudahkan perjalanan saya. Alhamdulillah dapat juga menunaikan solat di Raudhah sebanyak 2 kali sambil memohon doa moga saya akan kembali lagi secepat mungkin.
Nota : betapa kini saya merindui suasana disana........

KL - Cairo

Assalamualaikum...maaf kerana mengambil masa agak lama untuk meng'update' blog saya. Sebaik kembali ke tanahair kesihatan pula kurang mengizinkan, tambahan pula harus menyusun kembali gambar2 yang ratusan banyaknya & membuka kembali catatan sepanjang perjalanan saya ke sana, ahhh...terlalu banyak yang ingin dikongsikan..perjalanan ini adalah antara kenangan terindah yang pernah mewarnai hidup saya selama ini.

Saya berangkat dari KLIA menaiki pesawat Egypt Air pada 3hb jun jam 1.30am yang lalu bersama mak bonda untuk menunaikan ibadah umrah. Meskipun telah dirancang sejak awal tahun lalu namun disebabkan kesibukkan & masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya hajat saya untuk menunaikan umrah tercapai juga pada tahun ini, syukur alhamdulillah.

Meskipun ada teman2 yang menawarkan diri untuk menghantar saya ke KLIA tapi terpaksa ditolak dengan baik kerana saya tidak mahu 'pergi' dalam keadaan sayu apabila melihat mereka2 yang sanggup bersusah payah menemani saya, cukuplah sekadar ahli keluarga & sepupu sepapat yang terdekat sahaja, lagipun pemergian saya tidak lama & bukannya untuk berjihad atau berjuang dimedan perang :-)
Penerbangan dari KLIA ke Cairo mengambil masa selama 10 jam. Memandangkan kami berlepas di waktu malam jadi penerbangan yang panjang itu hanya disulami mimpi2 yang indah sepanjang perjalanan. Kalau terjaga pun hanya disebabkan oleh bau makanan yang semakin menghampiri sehingga menusuk ke rongga hidung! Meski badan terasa letih & mata pula sukar untuk dibuka tapi perut tetap mahu diisi :-D

Saya & rombongan seramai 30 orang selamat tiba di Cairo pada jam 6.30 pagi waktu tempatan (kira2 jam 11.30 pagi waktu Malaysia). Selesai segala urusan di airport kami terus bertolak ke Dewan Malaysia Abbasiah dimana ramai pelajar2 Malaysia di Universiti Al Azhar tinggal berdekatan disini.

Makanan yang dihidangkan pada hari tersebut adalah nasi lemak, tapi janganlah mengharapkan rasanya sesedap di Malaysia ye...dapat mengisi perut pun dah syukur alhamdulillah. Selama hari ini saya cuma membaca tentang Universiti Al Azhar di dada2 akhbar sahaja tapi kali ni saya dapat menjejakkan kaki ke sana pula.

Sewaktu menyusuri perjalanan ke Pyramid & Sphinx boleh dilihat dengan jelas bangunan2 peninggalan lama disebelah kiri kanan sepanjang jalan. Bahkan kubur2 yang dibina menyerupai sebuah kawasan perumahan juga menarik minat saya, ada diantaranya dijaga dengan baik oleh 'penjaga' yang diupah oleh golongan yang berada.

Sungai Nil yang penuh sejarah selama ni hanya dipelajari sewaktu zaman persekolahan kini terbentang luas didepan mata..

Dalam keadaan cuaca yang panas terik & badan pula yang semakin tidak selesa (kerana belum mandi) kami tiba juga di Pyramid Gyza. Memandangkan ini kali pertama menjejakkan kaki ke sana tentulah rasa teruja apabila dapat melihat pyramid di depan mata.

Walau dalam bahang perit matahari saya gagahi juga mendekati Pyramid, maklumlah bukan selalu, barangkali selepas ni belum tahu bilakah dapat kesana lagi. Meski tidak dapat memasuki Pyramid kerana kesuntukkan masa tapi hati terasa puas sekurang2nya saya pernah menjejakkan kaki walaupun hanya untuk seketika.

Sphinx pula terletak tidak jauh dari Pyramid, tetapi memandangkan keadaan yang agak panas & juga kesuntukkan masa kami cuma dapat melihat dari dalam bas sahaja. Kami tidak dapat berada lama di suatu destinasi kerana harus tiba ke destinasi lain mengikut waktu yang telah ditetapkan. (inilah salah satu sebab saya tidak suka mengikut pakej!)

Sempat pula singgah di kedai menjual pelbagai jenis minyak wangi, pemiliknya pula bukan main peramah & kelakar lagi, beliau juga merupakan sepupu kepada Al Fayed pemilik Harrods yang terkenal tu. Walaupun tak berhajat nak membeli tapi akhirnya terbeli juga beberapa botol minyak wangi. Harganya..? MasyaAllah..mahal daaa..

Sebelum sampai ke hotel kami mengisi perut di sebuah kawasan yang agak terpencil dikenali sebagai Sakara Oasis untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan menarik belaka tapi rasanya...alahai...faham2 sajalah, manakan sama dengan lidah kita disini! Tapi ayam & daging yang dibakar panas2 tu memang sangat sedap!

Orang yang tamak memang selalu makan macam ni lah...maklum sajalah perut dah kelaparan mata pula jadi rambang tapi tekak pula tiba2 jadi tak selera apabila menjamah makanan. Tapi dek kerana terlalu kelaparan saya telan juga, lagipun tak baik dibiarkan membazir begitu, jadi saya makan juga setakat yang terdaya :-(
Selesai sahaja makan tengahari kami terus ke hotel penginapan di Cairo Khan, sebaik sahaja dapat kunci bilik, berehat dalam 10 minit terus sahaja mandi sebab dah tak boleh tahan lagi dengan badan yang berlekit disana sini, memang tak selesa sungguh rasanya! Kalau ikutkan hati masa tiba di Cairo International Airport tu lagi saya dah mengomel nak mandi! Bila dapat mandi & merehatkan diri rasa puas sangat, barulah ada mood nak meneruskan perjalanan! Waktu malam saya & mak bonda berjalan2 disekitar bazaar berdekatan hotel sahaja kerana badan pun sudah letih, esok pula mahu meneruskan perjalanan lagi! Dapat jugalah membeli serba sedikit dihari pertama ni!
Keesokkan harinya selesai sarapan pagi saya & ahli rombongan dibawa menziarahi makam Imam Al Shafi'e. Beliau adalah seorang imam mujahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Quraisy yg amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.
Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi". Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.
Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak".
Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.
Gereja Al-Mu'allaqa merupakan tempat persembunyian Maryam & Nabi Isa, Ia berada di sebelah selatan pintu Benteng Babylonia. Di gereja ini terdapat banyak barang-barang antik yang merupakan peninggalan dari zaman abad permulaan agama Kristian.

Masjid 'Amr Bin 'Ash terletak di daerah Fustat (Misr al-Qadima, ibukota Mesir pertama), merupakan masjid pertama di Mesir sekaligus merupakan perguruan pertama yang aktif dalam menyampaikan dakwah Islam. Syukur alhamdulillah kerana saya dapat menunaikan solat sunat tahiyatul masjid disini.
Khan Khalili terletak berdekatan Masjid Husain & Al-Azhar. Nama Khan Khalili berasal dari nama Khan yang bererti tempat penginapan para pedagang. Penginapan-penginapan tersebut dimiliki oleh seorang pedagang muda bernama Khalili. Daerah ini sangat luas dengan dipenuhi gedung-gedung tua, serta toko-toko kecil. Di sepanjang lorong-lorongnya dipenuhi para pedagang barang antik dan souvenir khas Mesir, seperti kraftangan dari kulit, tembaga, ukiran-ukiran serta perhiasan seperti batu permata, batu cincin, emas dan perak.

Masjid Al Husein termasuk salah satu masjid yang terluas di Cairo. Masjid ini pernah bahkan sampai sekarang dijadikan masjid Negara. Di dalam masjid ini terdapat makam Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Thalib, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. dari Fatimah az-Zahra. Kami berhenti di masjid ini untuk menunaikan solat jumaat. Payung2 yang terdapat ini tak ubah seperti Masjid Nabawi di Madinah (meskipun saya belum pernah sampai tapi pernah melihatnya di dalam gambar).

Selesai solat jumaat kami berkunjung ke sebuah restoran yang terletak agak jauh dari kawasan masjid tadi. Jadi dalam keadan perut yang berkeroncong kelaparan terpaksa pula menahan hingga sampai ke destinasi yang ingin ditujui, akhirnya sampai juga ke sebuah restoran cina yang menyediakan hidangan yang agak menyelerakan daripada biasa, hari2 makan makanan arab pun boleh loya tekak saya.

Selesai makan tengahari kami berkunjung pula ke Asfour Crystal yang terletak di Shubra, utara Kaherah dan menjual pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada kristal termasuklah chandeliar, berbagai bentuk lampu, barang perhiasan rumah, barang kemas dsb. Sayang sekali rantai yang saya inginkan tiada stock pula, akhirnya pulang ke hotel dengan tangan kosong :-(

Memandangkan ini malam terakhir saya berada di Cairo jadi saya menggunakan peluang ni bersama mak bonda membeli souvenirs sebelum berangkat ke Jeddah esok hari. Yang menarik perhatian saya tentulah abaya/jubah pelbagai warna yang dijual berdekatan dengan hotel penginapan saya, dapat jugalah memborong serba sedikit disini. Meskipun tiada perancangan untuk membeli jubah disini tapi nak buat macamana bila hati dah terpaut....lagipun entah bila dapat ke Cairo lagi...hmmmmm

Sebaik selesai sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke airport tapi sempat juga singgah di tugu peringatan penembakan Anuar Sadat (mantan Presiden Mesir).

Sewaktu tiba di airport dugaan lain pula yang datang! Kali ni bukan salah kami berdua tapi masalah pada agen yang tidak menukarkan muhram kami sedangkan telah dimaklum terlebih awal bahawa muhram yang sepatutnya turut serta tidak dapat mengikuti perjalanan ini dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Sudahnya terpaksa bertegang urat dengan petugas disitu apabila dia dengan biadapnya meminta saya pulang ke KL segera! Yang hairannya sebelum tu tiada apa2 masalah pun!
Lagipun kenapa dipersoalkan isu muhram kami di Cairo sedangkan jika benar sekalipun kami berdua tidak dapat menunaikan umrah tentu sekali di Jeddah sanalah yang sepatutnya tidak membenarkan kami masuk! Dalam keadaan yang tegang & kepala yang semakin kusut mak bonda mengajak saya menunaikan solat sambil berdoa supaya perjalanan kami berdua dipermudahkan oleh-Nya. Sebaik selesai mengambil wuduk ada ahli rombongan yang memaklumkan bahawa kami akhirnya dapat juga masuk ke Jeddah. Saya memanjat syukur ke hadrat ilahi barangkali inilah dugaan pertama buat saya sebelum tiba di sana nanti....
Nota : perjalanan umrah akan menyusul nanti...........

Lambaian Kaabah

InsyaAllah malam ni jam 1.30am saya & mak bonda akan berangkat ke Cairo selama 3 hari 2 malam sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kota Madinah & seterusnya menunaikan ibadah umrah di Makatul Mukarramah. Meskipun banyak kerja yang harus disiapkan disaat2 akhir saya berdoa semoga perjalanan kami dipermudahkan oleh-Nya, barangkali inilah dugaan buat saya.

InsyaAllah saya & mak bonda akan kembali ke tanahair pada 16 june nanti, maka blog akan 'ditutup' sementara waktu sehingga saya kembali nanti. Doakan moga kami semua dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna. Sampai bertemu lagi. Wassalam

Nota : setiap kali bertalbiah air mata sudah mula bercucuran...labbaikallahhummalabbaik...