Senaman

Sudah hampir 3 bulan saya bersama Fitness First. Sebenarnya saya bukanlah tergolong dalam mereka2 yang suka ataupun rajin bersenam. Jangankan nak ke gym, nak membuat senaman ringkas hatta lompat katak sekalipun saya malas! Kalaulah anggota badan saya yang lain mampu berkata2 pasti mereka akan komplen banyak perkara. Tetapi kesedaran itu bermula sejak 3 bulan lalu selepas saya hampir putus asa untuk menguruskan badan. Bukan saya tidak berusaha langsung untuk kurus bahkan saya pernah melakukan diet yang ekstrem sekalipun tetapi perubahannya masih tidak mampu memuaskan hati saya.

Panggilan telefon pada suatu petang telah membawa saya untuk bersama mereka sehingga kini. Pada hari yang sama juga saya mendaftarkan diri & membuat pembayaran pendahuluan serta beberapa bayaran lain. Perkhidmatan & peralatan yang disediakan juga memuaskan hati saya. Oleh kerana saya telah membuat bayaran yang agak tinggi (kerana menggunakan perkhidmatan personal trainer) semestinya saya perlu mendisiplinkan diri supaya wang yang dibelanjakan tidak dibazirkan begitu sahaja. Setiap sen yang dikeluarkan haruslah berbaloi! Kerana itu saya pastikan yang saya perlu berada di gym 4-6 kali seminggu. Biasanya saya peruntukkan selama 2 1/2 jam sehari pada hari2 biasa & 5 jam pada hujung minggu. Ini atas kerelaan saya bukan dipaksa oleh personal trainer. Jika ikutkan, saya tidak perlu berada selama itu, 2 jam pun sudah cukup sebenarnya cuma saya rasa seronok dengan aktiviti baru saya, itu saja.
Pada 2 minggu pertama saya lebih banyak menggunakan treadmill, biasanya saya akan melakukannya selama 1-1 1/2 jam sehari. Tidak terhad pada sesuatu peralatan, setiap hari saya akan menggunakan apa sahaja yang disediakan disana. Atas nasihat personal trainer, saya perlu melakukan banyak senaman kardio kerana stamina saya yang sangat2 kurang & lemah pada waktu itu. Hmmm..ibaratkan enjin kereta yang tidak pernah digunakan, jadi waktu permulaan tu memang azab rasanya. Lepas beberapa ketika saya rasa bosan dengan treadmill sebab terasa bodoh berjalan2 diatas mesin statik begitu (lagipun saya rasa kalau nak berjalan2 adalah lebih baik pergi ke Shopping Mall sekurang2nya saya dapat buat terapi mata sekali :-))

Masuk minggu seterusnya saya bertukar kepada cardio wave. Saya pernah menggunakannya selama 2 1/2 jam tanpa henti (bersamaan 52.5km sehari). Kalau mengayuh basikal dah boleh sampai ke Seremban barangkali :-D. Memang sangat seronok bahkan kepenatan langsung tidak terasa apatah lagi setelah melihat kehilangan sebanyak 2500 kalori.


Cardio Wave
The only cardiovascular equipment for working out in several levels simultaneously, for new, effective and fun training.

The Cardio Wave workout focuses on leg muscles and buttocks, without placing stress on the joints. Calorie consumption and toning with Cardio Wave are unequalled in the sector. The machine’s special design means it can be used in a number of positions, making exercise fun and suitable for everyone.

Benefits
1.Reduces fatty tissue
2.Tones muscles in the lower body
3.Works out the cardiovascular system
4.Improves aerobic capacity
Sejak sebulan lalu saya bertukar kepada cardio stepper pula, waktu pertama kali menggunakannya hanya tuhan saja yang tahu sakitnya kaki saya bahkan seluruh badan saya terasa keras seperti robot! Seminggu saya berjalan bak transformer :-D tetapi apabila sudah biasa menggunakannya saya mula tertarik. Biasanya saya akan menggunakan selama 1/2 - 1 jam sahaja. Itulah satu2nya peralatan yang mampu membuatkan saya berpeluh. Sememangnya peluh sangat sukar keluar dari badan saya disebabkan kekurangan air didalam badan. Bayangkan sewaktu pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh personal trainer saya, badan saya kekurangan air hampir separuh daripada yang sepatutnya! Mulai dari saat itu saya terpaksa minum air kosong sebanyak 2 liter sehari. (Kalau tidak kerana terpaksa jangan harap saya akan minum air tidak berkaler). Sekiranya berada ditempat kerja saya akan pastikan sebotol air mineral besar 1.5L berada didepan saya & mesti dihabiskan pada waktu bekerja! Alhamdulillah air kosong kini menjadi kegemaran & air wajib saya setiap hari!
Walaupun sepanjang ramadhan ini saya tidak meneruskan aktiviti senaman di Fitness First seperti biasa, namun itu bukan alasan untuk saya tidak melakukan senaman dirumah! Kebetulan tempat tinggal saya menyediakan kemudahan gym jadi memudahkan saya melakukan aktiviti senaman seperti biasa. Memandangkan sepanjang ramadhan saya pulang lebih awal & akan tiba seawal 5pm dirumah biasanya saya akan terus ke gym selama 1-1 1/2 jam sebelum menyediakan juadah berbuka puasa kerana saya perlu pastikan badan saya sentiasa berpeluh. Tidak mengapalah kalau saya sekadar mampu melakukan senaman selama 1 jam kerana selepas raya nanti saya akan meneruskan aktiviti di Fitness First bersama personal trainer saya seperti biasa, lagipun setiap malam sepanjang ramadhan saya juga perlukan masa untuk menjalani ibadah lain, bukankah sembahyang itu juga boleh dikira sebagai satu senaman juga?
Dalam tempoh masa terdekat ini saya teringin nak membeli peralatan senaman yang mudah untuk dibawa kemana2, sekurang2nya apabila saya bercuti aktiviti senaman itu dapat diteruskan seperti biasa. Walaupun membership card saya boleh digunakan serata dunia tetapi faham sajalah kalau pergi atas urusan kerja memang saya takkan mampu mencuri masa untuk ke gym! Jadi kalau ada peralatan yang mudah dibawa bukankah lebih mudah? Sekurang2nya saya dapat mempraktikkan apa yang diajar oleh personal trainer saya kerana kebanyakkan peralatan yang digunakan adalah dumbell & exercise ball, cardio hanya dilakukan oleh saya sendirian sedangkan dengan trainer beliau lebih banyak mengajar saya tentang cara mengimbangi badan. Walaupun kelihatan mudah tapi kalau seminggu tak sakit badan memang tak sah! Oh tak sabarnya menantikan syawal kerana saya akan kembali ke Fitness First seawal raya ke3 yeay!
Nota : nasib baik personal trainer saya seorang yang peramah & baik hati walaupun kelihatan brutal, bertubuh sasa & berambut panjang, sekurang2nya dia tidak pernah memaksa saya melakukan sesuatu diluar kemampuan saya kerana ada juga trainer yang tegas macam tentera!

2 comments:

Dura said...

Adohaiiii Elly ..menengok mesin exercise kamu pun aku dah rasa letih..apatah lagi nak menunggang mesin2 tu. Tapi kalau dapat trainer yg hencem ok jugak ..hahaha..buat motivasi gitu kan :))

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

hahaha...tu ler salah satu cara utk motivasi diri kan! baru ler bersemangat nak berkayuh...yeah...yeah