Salam Bicara

Assalamualaikum.

Saya ingin membuka bicara kembali di blog baru saya setelah sekian lama saya tidak berkesempatan berbuat demikian disebabkan oleh waktu yang tidak mengizinkan. Saya ingin memulakan blog saya kembali dengan mood yg baru dimana saya akan berkongsi mengenai diri saya, keadaan semasa & topik penjagaan kesihatan yg boleh dikongsi bersama. Sebenarnya blog ini telah dibuka sejak julai 2007 tetapi kali ini saya ingin menulis dgn cara yg berbeza memandangkan perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya menuntut saya merubah dalam banyak perkara. Lagipun saya tidak mahu mengingati apa yang telah saya tulis didalam blog yg lalu lebih2 lagi kepada beberapa perkara yang pahit untuk saya kenang. Tapi kini saya bersyukur kehidupan saya lebih tenang berbanding dahulu. Alhamdulillah.

Memandangkan kita berada dibulan Ramadhan, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai pemakanan kita dibulan puasa. Selalunya apabila tiba waktu berbuka puasa kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang tentunya menyelerakan bukan? Tetapi harus diingat dibulan puasa inilah seharusnya kita bersabar & menahan nafsu daripada pelbagai perkara supaya tujuan berpuasa itu tidak terpesong dari landasan sebenar. Tidak salah untuk berbelanja asalkan tidak mendatangkan pembaziran.

Sejak dari Ramadhan yg lepas saya tidak lagi berbelanja diluar disebabkan oleh ketidakpuasan hati saya pada banyak perkara. Dari harga yang tidak masuk dek akal sehinggalah pada rasa yang tidak menyelerakan. Itu belum lagi dengan makanan yang dibeli hampir basi! mmmm... memang putus selera saya waktu itu. Sejak itu saya mula memasak dirumah, tak kisahlah walau setakat telur goreng & sedikit lauk pauk ringkas sekurang2nya saya tidak membazir ataupun menambahkan dosa kerana melepaskan geram pada peniaga yang tidak bertimbangrasa.

Bulan Ramadhan kali ini juga saya memasak dirumah. Kalau tidak kerana Ramadhan entah bila dapur saya akan berasap kembali :-D. Seperti biasa lauk pauk saya memang ringkas, cepat & mudah. Saya seorang yang tidak cerewet didalam bab makanan & seorang yang suka mencuba pelbagai jenis makanan samada cina, india, italian atau apa saja selagi halal. Makanan juga tidak menjadi isu besar bagi saya sekiranya saya berada diluar negara. Saya hairan pada sesetengah orang yang menjadikan makanan sebagai alasan besar apabila berada dinegara orang, tambahan pula pada mereka yang tidak boleh meninggalkan makanan seperti nasi. Faham sajalah bukan disemua negara kita boleh mendapatkan nasi, kalau ada pun pasti harganya yang tinggi & lauknya sudah tentu bukannya selera kita.

Saya ingin berkongsi mengenai suatu cerita tentang 'makanan' ketika saya berada di Guangzhou China atas urusan kerja, saya satu2nya pekerja yang berbangsa melayu ketika itu & teman2 saya yang berbangsa cina pula begitu bimbangkan saya terutamanya bila tiba bab makanan. Biasanya saya tidak akan mengikut mereka keluar makan bersama kerana tidak mahu menyusahkan mereka hanya disebabkan oleh saya seorang, tetapi mereka pula akan rasa bersalah meninggalkan saya seorang diri dibilik hotel. Maka mahu atau tidak saya turutkan saja kerana tidak mahu mendengar bebelan mereka :-)) Selepas habis kerja2 di Exhibition Hall kami keluar untuk makan malam bersama disebuah restoran yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Sejak dari awal lagi saya menolak untuk makan kerana was2 pada makanan yang disediakan tetapi pelayan berbangsa cina itu berusaha meyakinkan saya bahawa makanan yang disediakan tidak mempunyai khinzir. Selama 15 minit dia menerangkan kepada saya (dalam bahasa mandarin yang pekat sampai teman2 saya pun tidak faham) & berusaha supaya saya mencuba makanan yang ada disitu. Kerana tidak mahu terus memeningkan teman2 saya yang terpaksa menjadi tukang alih bahasa tak bergaji & tak kuasa mendengar celoteh pelayan itu maka saya turutkan saja, berpuashati sungguh pelayan itu apabila saya menyatakan persetujuan. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan pun tiba, kelihatan menyelerakan ditambah dengan perut saya yang berkeroncong pada waktu itu. Sewaktu teman2 saya mula makan saya hanya tersenyum sahaja. Nasi yang disediakan didalam mangkuk saya pun tidak disentuh, sehingga menu terakhir kami iaitu 'mixed vege with garlic' tiba dimeja kami, baunya sungguh menyelerakan. Sedikit demi sedikit sayur itu masuk ke mulut saya, memang sungguh enak & apa yang boleh saya katakan, itulah sayur campur paling sedap yang pernah saya makan setakat ini. Itu saja satu2nya lauk yang saya cuba & waktu itu saya cuma ingat yang saya berada didalam keadaan darurat ditempat orang, itu sahaja! Selebihnya saya tidak mahu panjangkan isu. Banyak lagi kenangan tentang makanan diluar negara yang saya lalui sebelum ini & akan dikongsi dilembaran akan datang.

Saya rasa sejak dari itu saya mula suka makan sayur2an, tidak terhad kepada sayur putih semata2 seperti sebelumnya. Setiap kali menjamu selera diluar saya akan pastikan ada sayuran yang disediakan diatas meja saya. Sampai sekarang saya masih belum menemui keenakan sayuran yang dimasak seperti yang pernah saya rasai di China dulu. Sungguh sedap! Amalan pemakanan sayuran ini tentunya bagus untuk kesihatan kita bukan? Ada ketikanya pinggan saya hanya dipenuhi dek sayur2an sahaja kerana saya akan memenuhinya dalam kuantiti yang banyak! Sewaktu hari pertama berbuka puasa saya hanya memasak lauk yang cukup ringkas. Hanya telur goreng, sayur2an campur & ikan bilis goreng yang diberikan oleh teman saya. Biasanya saya tidak akan menyentuh nasi tetapi dibulan puasa ini saya makan juga tetapi dalam kuantiti yang sedikit kerana tidak mahu merasa bersalah terhadap badan saya :-((

Sekiranya berbuka dirumah, saya akan menyediakan nasi dari beras perang bersama lauk pauk ringkas tadi. Jika saya makan satu senduk nasi saya akan pastikan sayur2an dimakan 2-3 kali ganda dari kuantiti nasi. Jadi kadangkala saya rasa seperti makan sayur berulamkan nasi bukan sebaliknya :-D. Kalau dahulu jangan haraplah saya akan makan sedemikian rupa jika tiada lauk berwarna merah atau kuning didalam pinggan saya. Akan tetapi harus diingat apabila kita berganjak usia soal pemakanan itu sangat penting, kesedaran itulah yang membuatkan saya nekad untuk menjaga pemakanan agar kesihatan saya berada ditahap terbaik. Jika bukan kita siapa lagi yang perlu menyayangi diri kita, kerana itu juga saya nekad mendaftarkan diri & mengikuti kelas yang disediakan di Fitness First, ini juga akan saya ceritakan dilain lembaran.


Nota : selamat berbuka puasa & pilihlah makanan yang seimbang untuk kesihatan kita. Jumpa lagi :-D

2 comments:

Dura said...

Betul tu Elly ..bulan ramadhan macam ni memang kena jaga makan.Dah 11 bulan penuh asyik tak berhenti makan apa salahnya perut kita direhatkan 1 bulan kan.. Aku memang suka sayur ..tapi daging mesti adalah..at least ikan ..kalau tak rasa macam tak makan hahaha..
Air jagung & air kaler2 jgn lupa no :))

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Dura : waaaa...jgnlah diingatkan air jagung tu, tersangatlah teringinnya nyah weiiiii...sabar yo lar :-DD
Aku mmg kurangkan makan daging, kalau teringin pun makan ayam jek(ikut nasihat personal trainer), kalau x pun makan ikan, itu ler binatang kegemaranku skang..hehehe
Kalau perut boleh berkata2 mesti dia akan mintak kita puasa selalu sbb x larat nak servis...hahaha