Makan-makan

Topik saya masih lagi berkisar pasal makan! Sebelum mengikuti kelas di gym harus diakui bahawa saya seorang yang sangat suka makan! Saya akan mencuba apa sahaja makanan terutama apabila menjelajah ke negara orang. Seharusnya kita perlu mencuba kerana dari situ kita juga dapat mengenali budaya mereka. Jadi setiap kali apabila saya ingin ke luar negara biasanya saya akan google tempat2 makanan yang menarik disana. Sekiranya bercuti ke tempat sendiri sekalipun saya tetap akan mencuba menu2 istimewa yang terdapat disetiap negeri yang saya kunjungi. Jadi tiada pantang larang dalam soal makanan bagi saya pada waktu itu. Mungkin sesetengah orang tidak suka masakan pantai timur atau mungkin ada juga yang tidak menggemari masakan dari utara, tapi mungkin disebabkan saya dibesarkan dengan budaya pantai timur & barat maka saya boleh menerima kedua2nya. Bahkan dari utara atau selatan pun saya suka. Saya kan makan apa saja :-D

Dek kerana tiada pantang larang itulah berat badan saya pernah mencecah sehingga 75.5kg! Saya masih ingat sewaktu itu saya bercuti ke London bersama teman2 saya. Kami pula perlu merantau dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh yang singkat. Paling lama kami berada disuatu tempat adalah 4 hari bahkan beberapa jam pun ada. Jadi dengan keadaan saya yang 'sihat' pada waktu itu bersama beg2 yang harus ditarik & digalas memang sayalah selalunya menjadi orang terakhir dalam group kami apabila keluar berjalan. Walau tanpa beg sekalipun, kalau keluar ke bandar saya jugalah yang menjadi orang terakhir setiap kali berjalan kerana 'keberatan' & saya juga suka berada disesebuah kedai untuk tempoh yang lama apatah lagi didalam pusat membeli belah. Kegilaan saya membeli belah memang diakui oleh teman2 baik saya. Jika ke London satu beg akan dikhaskan untuk chocolate semata2 dan macam biasalah beg saya tidak pernah kurang daripada 25kg (biasanya saya akan membawa sekurang2nya 3 beg). Kali terakhir saya pergi ke London beg yang dibawa pulang mencecah hampir 40kg, tetapi disebabkan kami check in 4 jam lebih awal maka tidak perlulah membayar apa2, jika tidak bayangkan saya perlu membayar 25 pound sterling bagi setiap 1kg yang terlebih itu..huh! Itu belum lagi dikira dengan kotak yang dikirimkan dengan kapal kargo juga dipenuhi dengan chocolate & segala makanan! Memang saya obses dengan chocolate terutamanya white chocolate. Pernah suatu ketika sewaktu berada di Harrods saya boleh berdiri lama didepan kaunter chocolate semata2 kerana keghairahan saya melihat chocolate yang dijual disitu, nak beli maklum sajalah harganya yang mahal tambahan pula banyak pilihan chocolate boleh didapati ditempat lain dengan harga yang lebih murah. Walau sekarang saya harus berdiet namun sekali sekala saya tetap juga mengambil chocolate cuma semestinya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Satu lagi jika ke London memang tidak sah jika tidak mencuba kebab yang dijual di Oxford Street, sudah menjadi wajib bagi saya sekiranya kesana! Kebab yang disediakan sungguh enak & murah (kalau convert ke RM saya pasti anda tidak akan membeli). Ditambah pula dengan sos cili & mustard mmmm memang best! Boleh kenyang sampai ke malam :-D. Saya rasa sepanjang berada diLondon memang tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal, kalau teringin makan nasi dengan lauk pauk Malaysia sekalipun memang mudah didapati cuma harganya faham sendirilah. Kalau saya berada dinegara orang tentulah saya ingin mencuba keenakkan makanan tempatan kan! Nasib baik saya bukan tergolong dalam mereka2 yang tidak boleh hidup tanpa nasi!

Ketika di Paris pula makanan halal juga mudah didapati cuma rasanya tidaklah seenak di London dan harganya pula lebih mahal. Kota Paris mungkin menarik bagi sesetengah orang tapi tidak pada saya! Daripada masyarakatnya yang sombong sehinggalah kotanya yang agak kotor, rasanya 4 hari berada disana cukup lama buat saya! Namun keinginan saya ke Disneyland Paris tercapai, itulah yang paling penting! Harus diakui bahawa Paris memang kelihatan cantik diwaktu malam kerana itu digelar sebagai 'Kota Romantik' tapi tahan sahajalah nafas anda kerana najis anjing ada dimana2! Pernah suatu ketika sewaktu saya & teman2 berjalan disekitar Paris kami singgah disebuah cafe yang menjual pelbagai jenis roti & croissant, kami terpaksa beratur panjang untuk membeli & apabila tiba giliran saya pelayan itu pula tidak ambil peduli. Mungkin mereka ingat saya berketurunan arab & dia hanya melayani penduduk tempatan sahaja! Ikutkan hati mahu keluar sahaja dari situ tapi sebab saya teringin sangat nak makan croissant saya diamkan sahaja. Akhirnya ada seorang pelayan lain yang baik hati melayan kami itupun selepas bertutur beberapa perkataan dalam bahasa french. Tidak sia2 saya beratur panjang kerana croissant itu sememangnya enak!

Banyak lagi kenangan yang saya lalui sewaktu merantau ke negara orang. Cuma saya masih terkilan kerana tidak dapat mencuba juadah istimewa sewaktu berada di Manchester disebabkan kami hanya berada selama 8 jam sahaja sebelum berangkat ke Scotland. Tidak mengapalah asalkan impian saya ke Old Trafford tercapai (dapat melihat stadium Old Trafford pun dah mengenyangkan saya :-)) InsyaAllah jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki saya akan ke Manchester lagi, kali ini biarlah dapat tinggal lebih lama lagi, lagipun UK memang menjadi pilihan utama saya (walaupun ada kawan2 saya yang tidak suka kesana) kerana saya kan suka shopping jadi sekiranya diletakkan saya di Oxford Street selama 24 jam pun tidak mengapa kerana banyak bangunan yang boleh saya panjat sambil bershopping & makan2 :-DD

Nota : kalau bercuti kemana2 tidak kiralah samada didalam atau diluar negara amalan diet tu memanglah diabaikan!

3 comments:

Anonymous said...

ko biar betul dh kurus nih...mana gambar sebelum dan selepas..bila nak lepak nih..kalau nak buka posa taknak la aku..lgpun aku mkn ciput, kalau berani belanjala aku lps terawih..hehehe

joe

Dura said...

Kena jaga makan bukan setakat nak kurus kan nyah..yg penting utk kesihatan jugak..Kalau 'berat' sgt susah nak buat semua kerja..nak berjalan turun naik shopping malls pun tak larat ..apatah lagi nak mengangkat shopping bags hehe..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Joe : xde ler kurus keremping, kang terkejut lak ko kan! nanti lepas raya ler kita jumpa, lepas terawih mmg ler aku malas nak keluar, bulan pose ni mmg mcm ular sawa daaa dok melepak kat umah jek

Dura : ramai org ingat aku kurus sbb nak kawin ler, nak pikat laki ler..apa daaa..kita punya ler nak jaga kesihatan diaorg leh cakap camtu lak..nnt ler aku explain panjang2 kat dlm blog :-D