Aduh!

Saya ni memang paling takut dengan jarum! Bila diarahkan untuk mendapatkan suntikan Anti Meningococal ACYW 135 sebagai persediaan untuk kesana, jadi tak tentu arah dibuatnya. Dah ler nak menyebutnya sampai bergulung2 macam kuih gulung, nasib baik dapat doktor yang baik, lemah lembut pulak (lelaki lagi...). Orang2 yang jadi doktor ni mesti cakap lemah lembut ye, banyak doktor2 yang saya jumpa memang 'sepesen' je cara bercakap. Kalau ada doktor yang garang pun doktor gigi! Dah ler kita takut nak cabut gigi dapat pulak doktor yang muka bengis, nak bukak mulut pun tak berani. Memandangkan saya memang takut jarum jadi kebarangkalian untuk suntik botox tu memang tiadalah dalam hidup saya :-p

Cepat betul masa berlalu, tinggal lebih kurang sebulan lebih saja dari sekarang sebelum berangkat kesana, dah benar2 bersediakah saya? Macam2 perasaan pun ada, takut, gembira, tak sabar semua ada. Sekarang ni kena belajar 'kontrol mulut' takut kat sana nanti macam2 perkataan pula yang keluar! ishhhh...maklumlah bukannya pergi bercuti2 seperti yang biasa saya buat tu tapi cuti mencari ketenangan yang sebenar2nya. Kalau ditanya persediaan memanglah dalam kepala ni kosong sekosong2nya, kadang2 rasa macam tak percaya nak pergi pun ada. Terus terang cakap saya memang mengharapkan segala2nya pada mak bonda yang akan bersama sepanjang berada disana, kalau tidak nanti entah apalah yang jadi pada saya. (ini cakap2 orang yang ketakutan :-p)

Nota : semoga saya diberi 'kekuatan' olehNya sebelum berangkat kesana.

2 comments:

khairyn said...

Elly
Aku bagi tips ye. Memang kena banyakkan buat persediaan, takut kat sana kita tak tahu buat apa, rugi pula nanti. Cari buku pasal Umrah dan doa2nya. Persediaan bukan setakat menjaga hati, kata2 dan perbuatan tapi juga mental dan fizikal. Banyakkan buat solat taubat sebelum pergi dan redha. Kadang2 ujian yg sebenar bukan kat Tanah Suci tapi persediaan nak pergi dan bila dah balik tu. Banyakkan zikir, istighfar dan bersabar. Redha saja dengan setiap ujian yang diterima, tak kira di sini atau di sana. Good luck my friend

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Ny

buku2 mmg aku dah beli, pak aku pun ada kasi suruh baca...tu ler aku kena bykkan buat solat taubat tu...nak belajar bangun malam2 utk bersolat sunat & mcm2 lagi lah..belajar bersabar segala jenis mendalah nak kena belajar...tq my friend