Apabila mendapat tahu Amy akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya mulalah masing2 kecoh nak mendapatkan tiket. Kebetulan sepanjang bulan lepas masing2 sibuk hampir setiap hari bahkan pada hujung minggu pun kami jarang berada di KL jadi banyak tiket yang telah habis dijual, kalau ada pun memang mahallah harganya dan agak jauh dari pentas.
Tapi memang rezeki kamilah bila tiket untuk malam 'full dress rehearsal' pula mula dijual, macam goreng pisang panaslah orang berebut nak beli! Masuk tengahari saja hampir keseluruhan tempat duduk sudah dipenuhi! Dapat tiket dibahagian depan sekali memanglah seronok sebab dapat melihat Amy dengan jelas (walaupun dihadang oleh monitor dek kerana terlalu dekat sangat dengan pentas!)
Melihatkan Amy bermonolog rasa kelakar pun ada, maklumlah dia penyanyi rock yang sudah biasa beraksi agresif di atas pentas tiba2 harus bermonolog meluahkan perasaannya dihadapan audiens. Memulakan persembahan dengan lagu 'Kongkang' dan berimej rambut panjang hingga paras pinggang apa yang dapat saya katakan persembahan Amy semalam memang hebat walaupun agak kekok rasanya tanpa Search.
Keseluruhan persembahannya menggambarkan perjalanan AMY sejak mula menjadi artis yang hanyut dek kehidupan duniawi sehingga menjadi Amy yang baru. Dendangan lagu2 seperti Rozana, Isabella, Nigina, Laila namamu teratas menggambarkan seolah-olah wanita2 tersebut pernah hadir dalam hidupnya. Sungguh indah sekali....
Khabarnya Amy akan membuat konsert bersama kumpulan Search di Dewan Philharmonik pula. Sungguh tidak sabar rasanya! Sepatutnya nama besar seperti kumpulan Search harus ada penaja yang sanggup menaja konsert besar sebagai penghormatan buat mereka yang masih mampu bertahan sehingga kini, bahkan mereka lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan artis indonesia yang baru setahun jagung menyanyi tapi punya keistimewaan apabila berkunjung kemari! Walau semakin ramai penyanyi yang muncul setiap hari namun Amy & Search hanya satu! Penyanyi yang bagus punya aura yang sangat kuat untuk menarik peminat untuk setia bersama mereka sejak dahulu hingga kini. Syabas Amy!
Nota : seronok melihatkan perubahan Amy sejak bersama Search hingga beliau kembali dari Mekah. Alhamdulillah :-)
0 comments:
Post a Comment