Walimatulurus - 10.10.10

InsyaAllah ahad ini jam 8.00 pagi bersamaan 10.10.10, adik saya Khairiatul Hanim akan disatukan bersama Mohd Anas. Selepas setahun mengikat tali pertunangan akhirnya hari yang ditunggu akan menjelang tiba. Ini merupakan kali pertama buat ayahanda & mak bonda menerima menantu lelaki bermakna disebelah pihak kami harus menguruskan pelbagai bentuk persiapan berbanding sewaktu perkahwinan adik2 lelaki saya dahulu.

Tidak sangka begitu cepat masa berlalu, adik yang saya pangku & menjadi teman sewaktu kecil dahulu akhirnya menemui jodoh sebelum saya. Alhamdulillah Anas lelaki yang baik, tahu membawa diri & sangat akrab dengan keluarga kami. Itu sebahagian syarat yang perlu ada sekiranya ingin menjadi ahli keluarga saya memandangkan hubungan kekeluargaan kami yang terlalu rapat. Sebagai kakak saya mendoakan kebahagian akan menjadi milik mereka hingga ke akhir hayat kelak. Semoga Anas dapat menjaga adik saya dengan baik seperti mana yang telah diamanahkan padanya oleh ayahanda & bonda.

SELAMAT PENGANTIN BARU HANIM & ANAS

p/s bagaimana agaknya perasaan ayahanda yang bakal menikahkan anakandanya dipagi ahad nanti?