Walimatulurus - 10.10.10

InsyaAllah ahad ini jam 8.00 pagi bersamaan 10.10.10, adik saya Khairiatul Hanim akan disatukan bersama Mohd Anas. Selepas setahun mengikat tali pertunangan akhirnya hari yang ditunggu akan menjelang tiba. Ini merupakan kali pertama buat ayahanda & mak bonda menerima menantu lelaki bermakna disebelah pihak kami harus menguruskan pelbagai bentuk persiapan berbanding sewaktu perkahwinan adik2 lelaki saya dahulu.

Tidak sangka begitu cepat masa berlalu, adik yang saya pangku & menjadi teman sewaktu kecil dahulu akhirnya menemui jodoh sebelum saya. Alhamdulillah Anas lelaki yang baik, tahu membawa diri & sangat akrab dengan keluarga kami. Itu sebahagian syarat yang perlu ada sekiranya ingin menjadi ahli keluarga saya memandangkan hubungan kekeluargaan kami yang terlalu rapat. Sebagai kakak saya mendoakan kebahagian akan menjadi milik mereka hingga ke akhir hayat kelak. Semoga Anas dapat menjaga adik saya dengan baik seperti mana yang telah diamanahkan padanya oleh ayahanda & bonda.

SELAMAT PENGANTIN BARU HANIM & ANAS

p/s bagaimana agaknya perasaan ayahanda yang bakal menikahkan anakandanya dipagi ahad nanti?

Bingkisan Aidilfitri

InsyaAllah esok semua umat islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, begitu pantas masa berlalu rasa seperti baru semalam kita semua berpuasa. Entah kenapa saya lebih merasa sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan berbanding untuk meraikan hari lebaran seperti tahun2 lalu. Seumur hidup baru kali ini saya benar2 merasai nikmat bulan ramadhan dan tahun ini juga merupakan tahun yang paling banyak saya berkunjung ke masjid untuk berterawih, hampir setiap malam mengunjungi rumah Allah terasa sayu dihati kerana jarang sekali saya dapat melakukannya dibulan2 lain. Bulan ramadhan inilah kita berlumba2 untuk mendapat pahala & keberkatan dari Allah s.w.t dan mungkin kerana itu apabila ramadhan hampir berlabuh hati saya terasa begitu sayu...masih adakah kesempatan untuk kita meraikannnya dimasa2 akan datang?

Tahun ni saya sekeluarga akan beraya di Ipoh & akan beraya di Grik pada petang raya setelah sekian lama tidak pulang kesana. Sejak arwah atuk pergi syawal sudah tidak seperti dahulu lagi. Dikesempatan yang ada saya akan berkunjung ke pusara arwah, rupanya sudah 3 tahun saya tidak kesana. Kalau dulu sejak awal lagi arwah atuk akan buat segala macam persiapan dari membeli barang keperluan dipasar tani sehinggalah memasang panjut kerana terlalu seronok meraikan kepulangan anak cucu ke kampung! Betapa meriahnya hari raya sewaktu arwah atuk ada bersama, setiap kali selesai solat aidilfitri arwah atuk akan kembali ke rumah bersama segerombolan teman2 masjidnya untuk beraya bersama, selepas itu mereka akan menunggang motorsikal untuk beraya di rumah teman2 yang berdekatan, hmmm macam orang muda lagaknya mengelilingi kampung! Arwah atuk seorang yang bergaya, kalau berbaju melayu mesti siap lengkap dengan songkok & sampin, baju mesti berwarna ceria sebab katanya hanya orang tua2 saja yang pakai warna kusam! Memang arwah atuk mahu sentiasa kelihatan muda & bergaya sejak dulu. Saya pasti semua penduduk disitu mengenali arwah, makanya tiada anak cucu yang berani buat jahat demi menjaga maruah & nama Haji Bahrain. InsyaAllah saya akan mengunjungi pusara arwah & akan membacakan surah yassin serta mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman kerana itu sahaja yang dapat saya berikan & barangkali tidak mampu dibalas oleh saya dengan pengorbanan arwah yang menjaga saya dahulu. Kenangan bersama arwah atuk akan terus terpahat dihati & sanubari saya.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua teman2 diseluruh pelusuk dunia, mohon ampun & maaf jika ada salah & silap, terlanjur kata, terkasar bahasa sehingga terguris & berbekas dihati kalian mohon ampun & maaf. Semoga kita dapat meraikan syawal dengan penuh kesyukuran & dapat bersama2 meraikan ramadhan lagi ditahun depan, insyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Bancik-Kilimanjaro

Alahai minggu ni tersangatlah busy dengan audit, meeting sana sini sampai tak sempat nak update blog! Beberapa hari lepas saya menghantar Bancik ke KLIA yang telah pun berangkat ke Tanzania untuk misi '7 SUMMITS-EXPEDITION-KILIMANJARO'. Ekspedisi ini bermula dari Afrika Selatan sehingga ke semua 7 benua lain didunia.

InsyaAllah Bancik & team akan mengelilingi seluruh dunia & mendaki gunung2 yang bersejarah & tertera didalam al Quran. Ekspedisi hanya akan tamat pada tahun 2012. Saya tumpang berbangga kerana ini sebahagian daripada impian Bancik selama ni. Tak sabar menunggu cerita2 menarik sekembalinya mereka ke tanahair. All the best Bancik & team!

Nota : so proud of u bro!

BBQ-Hujung Minggu

Hari minggu lepas kami bertandang ke rumah Nyah di TTDI. Macam ni je ler aktiviti kami setiap minggu, makan..makan & makan..asalnya nak pergi Hi-tea di Bukit Tinggi tapi masing2 tengah sengkek almaklumlah tengah2 bulan, sudahnya kami plan buat BBQ je. Sah2 dapat makan sambil lepak2 dengan aman damai.

Princess Rania merangkap ahli jemaah junior juga menghadirkan diri, tersangatlah sukanya si kenit ni dapat ramai kawan2 walaupun kawan ngan makcik2 tua...hehe

Menu of the day : Potato Salad, Salad & Baked Spagetti...yummy!

BBQ Chicken & Lamb Chop...seronok dok membakar ditepi kolam! Buat selalu camni mesti best nih!
Perut kenyang sampai ke tengah malam, rasanya lagi puas dapat makan2 & lepak macam ni daripada makan kat luar, lagipun kalau kat rumah boleh bersantai pastu terus tidur!

Si kenit ni memang pantang jumpa air! Badan dah mengigil baru dia nak naik, kalau tak mau berjam2 dia berendam dalam pool.

Ahli jemaah bermandi manda, kekurangan ahli jemaah rupanya :-D

Pagi ahad kami menonton 'Inception' di The Curve, bayar tiket smpi RM40, haram tak paham apa pun pasal citer tu. Nasib baik ler Nyah belanja tengok wayang tu kalau tak alamat tak merasa ler kami tengok wayang kat Platinum Class...TQ Nyah!
Setiap minggu kami punya aktiviti tersendiri, kata orang kalau buat persatuan boleh jadi persatuan kami ler yang paling aktif sebab dipenuhi pelbagai aktiviti setiap minggu. Mulai hari sabtu hingga ahad depan nampak gayanya tiadalah perjumpaan dengan ahli jemaah yang lain memandangkan Nyah akan bercuti ke L.A mulai sabtu ini & saya pula akan ke Shanghai isnin nanti atas urusan kerja.
Nota : hazabnya nak pergi Shanghai nih!

Zara Homestay - Desa Chepor


'Zara Homestay' hampir 90% siap untuk disewa. Kepada sesiapa yang merancang untuk bercuti ke Ipoh bolehlah menginap di homestay saya ni. Harganya RM 250 untuk 2 hari 1 malam. Pelbagai kelengkapan telah disediakan termasuk katil untuk kesemua 3 bilik tidur, ruang tamu & ruang makan yang luas, kelengkapan dapur termasuk peti ais & dapur gas untuk memasak.
InsyaAllah selepas ramadhan nanti 'Zara Homestay' akan beroperasi sepenuhnya. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hj Khairuddin Bahrin di talian tertera. Segala maklumat lain akan di'update' kelak.

Guasa Theraphy

Guasa means 'scraping' in Chinese, but fret not. It's not as painful as it sounds! Quite the opposite, actually. The method traditionally involves a coin or a spoon dipped in liquor or water that is skillfully rubbed across the main acupressure points of the body in gentle strokes. This unique series of strokes provides you with a massage experience that's simply out of this world. You'll be lulled into a state of complete relaxation as your body quietly reaps the benefits of this curative method.

Benefits of Guasa:

For thousands of years, the Chinese have benefited from guasa's remarkable ability to rid their bodies of harmful toxins, enhance blood circulation, relax the body and strengthen immunity. You know what they say: when everything is in tip-top condition on the inside, it will show on the outside. You won't have to wait long either- just one session will visibly brighten your skin. Do it regularly enough and you may find relief from symptoms such as unexplained fatigue, sluggish, elimination irritated skin, eye bags and even menstrual problems.

The Guasa therapy Body Drainage Massage:
1. A detoxifying massage is first performed using detox aromatherapy oils to relax the body and pre remove toxins from body.
2. Part of the body are 'scraped' with a buffalo horn to release blockages of "gi" (energy) and blood. A special oil formulated from botanical ingredients is used to enhance absorption of the oil and facilitate the "scraping".
Red patches on the skin are a sign of toxins released from body. This usually fades in a day or two.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


'Guasa Theraphy' ini telah diperkenalkan oleh Amy kepada saya. Saya memang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru tambahan pula apabila dapat melihat kesannya terhadap orang yang terdekat dengan kita. Akhir2 ini saya beralih kepada perubatan cina dimana mereka banyak menggunakan herbs yang tentu sekali tidak membahayakan kesihatan, nampaknya badan saya agak serasi dengan perubatan cina. Sewaktu saya mengalami batuk yang berpanjangan awal tahun lalu hampir setiap minggu saya bertukar ubat tapi masih tidak serasi hingga akhirnya diperkenalkan sejenis ubat herba & amat berpuashati dengan kesannya.

Saya rasa guasa theraphy ini amat sesuai sekali kerana kita dapat mengetahui sekiranya ada sebarang penyakit sekurang2nya kita dapat merawatinya dari peringkat awal lagi. Saya bersyukur dapat mengetahui lebih awal penyakit yang 'bakal' saya hadapi sekurang2nya saya dapat mencegahnya dari terus merebak. Mulai hari ini saya hanya perlu berpantang selama 4 bulan disusuli dengan rawatan guasa theraphy ini hampir setiap minggu. Saya harus kuatkan minda & semangat supaya dapat bertahan selama 4 bulan ni. Memandangkan saya sangat takut dengan hospital jadi ini barangkali cara terbaik untuk saya mengelakkan diri 'menginap' di mana2 hospital.

Nota : jangan tunggu ke tahap kritikal untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

Umrah (part 2)

Dari Kota Madinah kami meneruskan perjalanan ke Kota Makkah dengan menaiki bas. Sebelum tu kami singgah ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat & memulakan niat umrah. Selesai bersolat & sebelum berniat umrah saya memohon keampunan dari mak bonda memandangkan selepas ini saya akan melakukan umrah & tidak mahu membawa 'perasaan bersalah' selama saya berada di kota suci Makkah nanti. Waktu tu air mata kami tak dapat dibendung lagi entah kenapa terasa sayu sangat, mungkin kerana kami akan melakukan perkara yang baik bersama2 atau barangkali itulah pertama kali saya menangis memohon ampun dari mak bonda disebuah tempat yang suci seperti didalam masjid.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam, sebaik tiba di suatu tempat untuk menunaikan solat jamak takhir saya lihat yang kelihatan disitu hanyalah kawasan berbukit bukau dan tidak pasti dimanakah lokasinya. Waktu tu sayup2 kedengaran suara azan yangn berkumandang dari surau berdekatan. Waktu hendak mengambil wuduk alangkah sedihnya melihat keadaan disekililing pada waktu itu, hanya titisan air yang menitis sedangkan rombongan kami agak ramai. Mujurlah air yang ada didalam tandas membolehkan kami berwuduk meskipun terpaksa menunggu agak lama & keadaan tandasnya sungguh menyedihkan, memang banyak dugaan & menuntut kesabaran yang tinggi sepanjang berada disana.

Betapa sedih & terharunya saya ketika itu apabila melihat orang yang semakin ramai berebut2 cuba mendapatkan air untuk berwuduk sampaikan air minuman yang dipegang oleh mak bonda pun diambil oleh jemaah dari Turki. Tidak mengapalah kerana apa yang ada harus dikongsikan bersama jemaah yang lain. Banyak perkara yang saya pelajari selama berada disana, betapa kita selama hari ini sentiasa leka dengan masalah duniawi hingga melalaikan waktu solat, betapa banyak kemudahan untuk bersolat yang disediakan ditempat kita tapi kita masih alpa & sering menyatakan betapa kita tidak selesa untuk bersolat disitu kerana tempatnya yang terhad, betapa egonya kita hingga akhirnya menyalahi waktu yang sentiasa tidak cukup hingga tiada masa untuk bersolat...begitu zalimnya kita...........

Sepanjang perjalanan banyak perkara yang bermain difikiran saya. Barangkali ini sebahagian daripada ujian yang Allah berikan kepada saya. Hati pun mula berbisik 'ini baru dugaan disini, di Makkah nanti entah dugaan apalah yang bakal saya tempuhi'.

Kami berhenti makan malam di restoran Al-Afrah, oleh kerana badan pun agak letih makanan yang terhidang didepan mata pun tidak mampu dijamah habis, lagipun hati memberontak untuk segera tiba dikota Makkah.

Sebaik tiba dihotel jam 11.00 malam, semua ahli jemaah bersiap sedia untuk melakukan umrah yang pertama. Sebaik melihat Masjidil Haram terasa tidak sabar pula untuk melihat kaabah meskipun dalam hati tertanya2 'adakah aku akan dapat melihat kaabah didepan mata? Bagaimana jika Allah tidak mengizinkan...?'

Ketika memasuki pintu Babussalam air mata mula membasahi pipi kerana bersyukur akhirnya saya sampai ke Baitullah, apatah lagi sebaik dapat melihat kaabah didepan mata semakin laju air mata saya mengalir. Rupanya Allah masih mengizinkan saya melihat kaabah & menerima saya menjadi tetamu-Nya meskipun banyak dosa yang telah saya lakukan dulu. Selama hari ni saya sentiasa diselubungi perasaan takut untuk kesana dek kerana mendengar pelbagai cerita & pengalaman yang kurang enak, bahkan setiap hari saya berdoa kepada Allah agar saya tidak diduga dengan perkara2 yang pelik & sentiasa bermohon agar dipermudahkan perjalanan saya selama berada di Makkah.

Sewaktu hendak berniat untuk melakukan tawaf pertama mata saya tidak henti2 melihat kaabah yang terbentang didepan mata, selama mengelilingi kaabah dalam hati saya hanya memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga & diselangi dengan berbagai perasaan yang bermain difikiran ketika itu, suka, gembira, terharu....segalanya.....Putaran demi putaran saya lalui dengan linangan air mata. Air mata kekaguman kebesaran Allah, panjatan zikir dan doa yang tidak putus dalam setiap langkah tawaf ,penyesalan atas dosa2 yang telah saya lakukan dulu.........

Sebaik selesai sai'e & bertahalul jam telah menunjukkan hampir 3.00 pagi, kami hanya berada didalam masjid sehingga tiba waktu subuh (jam 3.30 pagi-azan yg pertama). Meskipun badan masih keletihan tetapi hati terasa tenang apabila melihat kaabah. Alhamdulillah akhirnya pagi tu saya dapat menunaikan solat subuh yang pertama berkiblatkan kaabah didepan mata...

Apabila menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah tentu sekali kita akan dibawa melawat ke tempat2 bersejarah di zaman Rasulullah s.a.w. Pertama sekali kami dibawa ke Jabal Thur, merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Makkah. Setelah itu mereka meneruskan perjalanan ke kota Madinah.

Kelihatan Padang Arafah dari Jabal Rahmah, padang luas yg hanya digunakan pada musim haji sahaja untuk berwukuf. Wukuf di arafah adalah satu drp rukun haji, walaupun sakit dan bermasalah sekali pun, jemaah mesti berwukuf di arafah jika tidak hajinya tak sah. Padang arafah juga digambarkan sbg keadaan kita nanti apabila dibangkitkan semula di padang mahsyar.

Di Jabal Rahmah pula diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah selama 200 tahun. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandai tempat pertemuan itu, kata orang kalau inginkan bertemu jodoh bolehlah berdoa disini, apapun berdoa didepan kaabah lebih afdal rasanya. Tapi alang2 dah sampai ke puncak Jabal Rahmah saya doakan juga apa yang patut untuk diri sendiri selainnya hanya terserah pada Allah taala. Terima kasih pada makcik Asiah yang bersusah payah nak membawa saya hingga sampai ke atas meskipun sedari awal saya sendiri sudah berniat untuk berada diatas sana.

Seterusnya kami dibawa melawati muzium dimana terdapat pelbagai khazanah bersejarah yang dipamerkan disana termasuklah telaga zam2, mimbar dizaman dulu. Disini boleh dilihat dengan jelas perbezaan kota suci Makkah dahulu & kini betapa banyak perubahan & pembangunan yang telah dilakukan untuk kemudahan para jemaah. Sekadar pendapat saya, jika semuanya sudah semakin maju & mudah bagaimana hendak merasai kesusahan yang dilalui sepertimana Rasulullah s.a.w & para sahabat baginda? Apapun saya tidak menolak sebarang kemajuan, tapi janganlah sampai kota Makkah yang sepatutnya menjadi tempat untuk beribadat dijadikan sekadar salah satu destinasi percutian oleh mereka2 yang punya wang. Renung2kan lah........
Dapat berada di depan pintu multazam sebaik selesai melakukan tawaf sunat bagaikan suatu rahmat buat saya memandangkan harus menempuhi ribuan jemaah sebelum sampai ke situ. Memang rezeki saya...meskipun tergamam akhirnya saya sempat juga memohon doa moga diampuni segala dosa2 saya yang lalu, dipermudahkan perjalanan saya didunia & akhirat, berulang2 kali berdoa sambil beristighfar, semua doa & harapan meluncur deras bersaksikan pintu multazam bersama derasnya air mata yang membasahi pipi.
Sewaktu hendak keluar dari ribuan manusia yang cuba menghampiri multazam sekali lagi rezeki berpihak kepada saya apabila penjaga pintu multazam memanggil kaum hawa untuk menghampiri hajarul aswad. Ya Allah dalam keadaan yang begitu sesak saya dapat mengucup hajarul aswad walaupun tidak pernah terlintas untuk sampai ke situ tapi Allah memudahkan segala2nya buat saya. Syukur alhamdulillah...
Saya masih tergamam kerana berpeluang berdoa betul2 didepan multazam & mengucup hajarul aswad. Air mata pula seakan tidak berhenti mengalir betapa Allah masih memberikan saya berbagai peluang meskipun tidak terhitung dosa2 saya yang lalu tapi Allah masih menerima saya untuk menjadi tetamu-Nya.....
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mengetahui rahsiaku yang tersembunyi, dan amal perbuatanku yang nyata, maka terimalah ratapanku. Engkau Maha Mengetahui keperluanku maka kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apapun yang terkandung dalam hatiku,maka ampunilah dosaku, matikanlah aku dalam keadaan muslim, masukkanlah aku ke dalam golongan orang2 soleh tanpa kenistaan & fitnah......
Hari ini merupakan umrah yang terakhir sebelum kami berangkat pulang esok. Semakin hari saya rasa semakin seronok untuk melakukan ibadah umrah, selama berada disini tiada masa langsung memikirkan masalah dunia bahkan tarikh serta hari pun ada kalanya saya boleh lupa. Dalam hati terdetik juga 'agak2 kalau dapat tinggal disini barangkali tak banyak buat dosa' :-D

Kata mak bonda beruntungnya saya kerana dapat bermiqat di 4 tempat yang berbeza, bermula dari Bir Ali, Ja'ranah, Hudaibiyah & Tane'im. Disetiap tempat bermiqat berbagai perkara yang saya perhatikan, disitulah kita dapat melihat keadaan orang ramai yang adakalanya menjengkelkan & menyakitkan hati, bagaimana orang yang hilang kesabaran sedangkan kita tidak boleh bersikap demikian sewaktu berada disana, entahlah......ragam manusia...ini baru di kota Makkah bagaimana pula keadaannya apabila kita berada dipadang masyhar nanti...?

Apabila mendapat tahu rombongan pak busu baru tiba dari Madinah saya & mak bonda menziarahi mereka dikediaman pak busu yang baru saja dibeli beberapa bulan lalu yang terletak ditingkat 2o Marwah Tower. Sayup2 kelihatan kaabah dari atas & terasa sayu juga hendak meninggalkannya esok hari. Sepanjang petang tu saya hanya duduk ditepi tingkap sambil mengadap kaabah melihat jemaah yang semakin ramai memenuhi sekeliling. Beberapa hari sebelum tu saya bertanya didalam hati 'adakah saya akan menangis apabila meninggalkan baitullah nanti?'

Hari terakhir sebaik selesai sarapan pagi kami melakukan tawaf wida' sebelum meninggalkan kota Makkah. Sewaktu mengelilingi kaabah air mata sekali lagi membasahi pipi, begitu mudah air mata mengalir barangkali mengerti bahawa itulah hari terakhir saya berada disini. Hati saya begitu sayu memandang kaabah sebelum berangkat pergi.
Dengan tangisan penuh syahdu dihati & linangan air mata yang semakin deras membasahi pipi, saya pergi meninggalkan kaabah, akhirnya Allah 'memberikan jawapan' akan persoalan saya beberapa hari lalu. Bersaksikan kaabah saya berdoa semoga saya akan kembali lagi tapi kali ini untuk melakukan ibadah haji pula. Saya harap dapat melaksanakannya secepat mungkin...insyaAllah.
Nota : moga kita semua dipanjangkan umur & dapat kembali sebagai tetamu-Nya...kini baru saya mengerti betapa indah & tenangnya dapat berada ditanah suci Makkah Al Mukarramah.....alhamdulillah......Tamat.